Secara umumnya tanaman secara Fertigasi tidak menetapkan jenis-jenis tanaman yang perlu dan boleh ditanam. Malahan tanaman nenas juga boleh ditanam di dalam polibag untuk skala kecil dan hobi.
Ini adalah kerana dari segi komersial ia tidak bersesuaian disebabkan oleh masalah kos dan tempoh masa yang lebih panjang untuk tuaian hasil.
Dari segi pembajaan dan siraman air tidaklah terlalu membebankan kerana baja diberi di dalam bentuk granula iaitu Zeolite dan dapat bertahan sehingga tempoh 2 bulan.
Baja Fertigasi AB juga boleh diberi pada kadar EC 1.5-2.0 dengan kekerapan sekali seminggu. Manakala penggunaan medium cocopeat adalah bersesuaian kerana ia dapat menyimpan sejumlah keperluan air untuk tanaman nenas ini.
Dari segi kawalan penyakit amat minimum dengan penggunaan Minyak Neem dan Minyak Bawang Putih yang berkesan mengawal serangga perosak disamping mengelak penyakit seperti kulat.

Baja BGREEN Seaweed adalah campuran organik ekstrak rumpai laut terpilih dalam membekalkan nutrien seimbang kepada tanaman untuk tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Ia kaya dengan mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman berdaun, bunga dan buah-buahan.
Di samping itu ia meransang susunan saraf dan ia berbahaya pada anak kecil kerana mungkin mengakibatkan gatal. Allicin pula mempunyai khasiat antibiotik. Kandungan kimia lainnya adalah sinistrin, saponin, nicotinic acid dan bersifat hipotensive. Diallydisulfide sebagai anticacing, yitamin A, vitamin B, C dan vitamin D.
Dalam perubatan Cina, bawang putih dianggap sebagai makanan pemanas kerana ia menghasilkan haba dalam badan. Maka mana-mana makanan yang memanaskan badan sehingga boleh menyebabkan penghasilan haba ia dikira memiliki sifat pemanas dan tujuannya adalah untuk mengawal tahap suhu dalaman.
