![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7407-1_zpss6eqk888.jpg)
Hari ini saya membuat kiraan secara terperinci terhadap kadar siraman yang perlu diberikan kepada cili fertigasi saya sebanyak 20 pokok ini. Saya turut mendapatkan pandangan beberapa orang rakan usahawan bagi mendapatkan jumlah baja air yang perlu diterima oleh cili fertigasi ini.
Kadar yang ideal untuk pokok cili menerima siraman adalah 500ml~1000ml. Ini adalah bagi memastikan pokok cili sentiasa mendapat cukup air dan keadaan media (cocopeat) sentiasa lembab. Masalah kekeringan terhadap media perlulah dielakkan.
Memandangkan saya menggunakan pam air aquarium (yang tak diketahui kadar pelepasan air), maka saya menggunakan kaedah secara manual untuk menyukat jumlah yang diterima oleh pokok cili tersebut.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7621_zpskrircj7o.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7620_zps0csmjn9t.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7622_zpsjslxvdpp.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7623_zps2d9q4odz.jpg)
SEBELUM PENETAPAN :-
Bilangan siraman : 5 kali sehari (setiap hari)
Masa Siraman : 8:00 pagi, 10:30 pagi, 1:00 ptg, 3:30ptg dan 6:00 ptg.
Tempoh siraman : 5 minit
Kuantiti siraman : 50 ml = 10 ml seminit
-:Jumlah siraman/sehari: 50 ml x 5 kali = 250ml
Jumlah ini adalah tidak mencukupi bagi memastikan pembesaran pokok cili tidak terganggu. Oleh yang demikian bagi mendapatkan kuantiti siraman yang secukupnya, maka saya telah mengubah tempoh siraman daripada 5 minit kepada 10 minit bersesuaian dengan pam air yang saya gunakan tersebut. Maka jumlah siraman yang diterima oleh setiap pokok cili tersebut adalah 500 ml dalam sehari.
PENETAPAN AKHIR :-
Bilangan siraman : 5 kali sehari (setiap hari)
Masa Siraman : 8:30 pagi, 10:30 pagi, 1:00 ptg, 3:00ptg dan 5:00 ptg.
Tempoh siraman : 10 minit
Kuantiti siraman : 100 ml = 10 ml seminit
-:Jumlah siraman/sehari: 100 ml x 5 kali = 500ml
Jumlah Pokok cili = 20 pokok
Jumlah siraman bagi 1 pokok = 500 ml
Jumlah siraman sehari bagi 20 pokok = 20 x 500 ml = 10 liter
Maka jumlah penggunaan baja air sebulan = 10 liter x 30 hari = 300 liter
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/siraman/kadarsiraman/DSCN7388-1_zpspm1fx130.jpg)
Muaturun Jadual Siraman
Maklumat lanjut berkaitan Baja AB
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Facebook : Facebook PAGE Romatech Agro
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga Baja Fertigasi AB
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami