Kebun Puchong, Puchong, Selangor, Khamis 1 Januari 2009 - Hari ke-70, buah cili sulung telah menampakkan tompokan tanda merah menunjukkan perubahan daripada warna hijau kepada warna merah.
Perubahan warna ini akan berlaku kepada semua cili menunjukkan tanda ianya telah hampir masak dan boleh dituai (harvest) untuk dipasarkan. Pada masa kini, permintaan pasaran cili merah ini adalah amat tinggi yang mana peraih/pemborong lebih menggemari cili yang separuh masak (hijau-merah) untuk membolehkan ianya dapat disimpan lebih lama sebelum dijual kepada pelanggan.
Ini adalah kerana cili yang telah hampir masak ini (merah-hijau) akan bertukar warna kepada merah keseluruhannya selepas beberapa hari ianya dituai (lebih kurang 3~5 hari). Manakala harga pasaran runcit cili merah pada masa sekarang adalah lebih kurang RM12.00 sekilogram.
InsyaAllah, saya menjangkakan 20 pokok cili R&D saya ini akan mengeluarkan hasil sebanyak 60kg semusim, sekiranya setiap pokok dapat mengeluarkan buah cili sebanyak 3kg semusim.