![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0351_zpsflxor98p.jpg)
Kebun Puchong, Ahad 4 Januari 2009 - Hari ke-73, buat pertama kalinya, Projek Mini Kebun Puchong sebanyak 20 pokok cili Kulai (tak tahu hibrid mana) telah mula melangkah episod baru yang lebih menambah semangat untuk saya dan isteri apabila pokok cili yang bernombor 12 telah boleh dituai hasilnya iaitu Cili Merah.
Buah cili ini bertukar sepenuhnya kepada warna merah selepas 4 hari menunjukkan tanda sedikit kemerahan bermula di bahagian pangkalnya. Saya mengambil kesempatan dengan kunjungan keluarga dari Melaka dengan meminta ayah saya untuk menuai/memetik cili merah Kulai sulung ini dengan diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Saya amat bersyukur dan amat bertuah sekali kerana ayah, mak dan ahli keluarga yang lain banyak memberikan galakan yang terhadap projek yang saya usahakan ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0354_zpsivq2phvg.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0427_zpsfgyjxsr4.jpg)
Dengan sebab itulah maka ayah dan mak turut membantu dan mempelajari teknik penanaman secara fertigasi ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0428_zpszilrffbw.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0437_zpsfblg7qar.jpg)
Spesifikasi Cili Merah
Panjang : 5 1/2 inci
Ukurlilit : 2 inci
Berat : 14 gram
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0431_zpsu9m51wuf.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0451_zpsehhva8s9.jpg)
Sementara ini, pokok yang lain (20 pokok kesemuanya) juga sedang rancak berbuah sambil pucuknya mengeluarkan bunga walaupun terdapat kekuningan pada beberapa bunga cili yang tidak menjadi. Ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi oleh semua usahawan tanaman cili memandangkan musim hujan yang secara tidak langsung telah menyebabkan kerosakan pada bunga cili ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0361_zpsfmz8looz.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST73_hasilcilimerah/DSCN0365_zpsspsjizkn.jpg)