![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/jadual_siraman/DSCN0997_zpsgyhe4eqr.jpg)
Kadar siraman dan sukatan baja fertigasi AB adalah amat penting di dalam penanaman sayuran secara fertigasi. Sekiranya jumlah air dan sukatan baja yang diberikan kepada tanaman tidak mencukupi, ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok tersebut. Secara tidak langsung hasil yang diperolehi akan berkurangan dari sasaran mendapatkan hasil yang optimum.
Di dalam pertanian moden secara fertigasi ini, baja yang diberikan kepada tanaman adalah melalui air di mana baja AB dilarutkan ke dalam tangki untuk siraman ke pokok. Kekerapan siraman adalah diantara 3 hingga 5 kali sehari bermula seawal 8:00 pagi sehingga sebelum jam 6:00 petang pada setiap hari. Oleh yang demikian pemberian air dan baja (air baja) adalah lebih kerap dan sepanjang tempoh masa siraman tersebut. Namun begitu terdapat kaedah lain di mana ada usahawan yang mengamalkan pemberian air baja hanya 2 kali sehari (atau sekali sehari) dan selebihnya adalah pemberian air sahaja.
Secara umumnya keperluan air baja bagi setiap pokok/tanaman adalah berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut. Oleh yang demikian setiap usahawan dan kebun tanaman perlulah mempunyai jadual siraman sendiri bagi memastikan pemberian air/air baja adalah seimbang dan memenuhi keperluan setiap pokok dan dapat menjimatkan kos penggunaan air mahupun baja fertigasi tersebut.
Kategori Pemberian Sukatan Air Baja :-
- 1 bulan : Peringkat Anak (Membesar)
- 2 bulan : Bunga dan putik buah
- 3 bulan dan ke atas : Berbuah/menuai hasil
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/images/Savefile.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/images/Mediafire.jpg)