Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di tanam itu perlu di jaga.
Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja memancang. Dalam unit ini hanya akan diterangkan kerja-kerja penjagaan umum yang penting untuk hampir semua jenis tanaman. Kerja-kerja tersebut ialah membaja, memangkas, mengawal penyakit, mengawal perosak dan menyiram serta akan disentuh sedikit berkenaan dengan penuaian tanaman.
Bagaimanapun, amalan pengurusan selalunya tertumpu kepada mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh pengusaha cili. Risiko ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok cili. Patogen yang menyerang pokok cili adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.
Kesuburan tanaman sering diancam oleh berbagai jenis perosak. Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.
Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis menghisap
Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :
- Daun berlubang –lubang atau koyak.
- Najis serangga bertaburan.
- Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.
- Akar terpotong atau menjadi pendek.
- Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.
- Getah atau cecair kelihatan meleleh.
- Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.
- Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.
- Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau batang.
- Pertumbuhan pokok terbantut.
- Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.
- Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan daun.
- Karat di daun.
- Layu di seluruh pokok.
- Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
- Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
- Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.
Tanda-tanda serangan bakteria :
- Keseluruhan pokok layu.
- Bahagian daun berbintik-bintik.
- Pokok kelihatan buruk dan reput.
1. Kawalan Fizik
Iaitu kaedah mengawal perosak secara fizik seperti menggunakan menutup atau melindungi kawasan tanaman dengan menggunakan jaring, menggunakan penutup buah seperti sarung, balutan kertas suratkhabar, plastik dan lain-lain, menggunakan tin-tin kosong yang digantung, membuat orang-orang, memasang pagar elektrik dan sebagainya.
2. Kawalan Kultura
Iaitu kaedah mengawal serangan perosak dengan menggunakan amalan penanaman yang baik, seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti/benih yang tahan lasak dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna.
3. Kawalan Biologi
Iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod.
4. Kawalan Kimia
Iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun hamama Mitac atau Ortus.
5. Kawalan Secara Undang-Undang
Iaitu mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarintina, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.
Bakteria dan Kulat
Penyakit-penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria ialah penyakit bintik, layu, reput, mati rosot dan lain-lain. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain.
Pengklasan Racun Kimia Berdasarkan Ketoksidan
- Kelas Ia - Jalur hitam pada label dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
- Kelas Ib - Jalur merah dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
- Kelas II - Jalur Kuning
- Kelas III - Jalur Biru
- Kelas IV - Jalur putih atau tanpa warna seperti racun serangga di rumah.
Memandangkan penggunaan racun serangga amat meluas dan popular dikalangan pekebun-pekebun, maka langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan racun kimia adalah amat penting bagi memastikan pekebun tidak terdedah kepada kesan secara terus mahupun kesan sampingan semasa dan selepas menggunakan racun tersebut :-
Pemilihan Racun Serangga
- Pilihlah racun dari kelas III dan !V. Elakkan dari menggunakan racun Kelas I dan Kelas II kecuali terpaksa.
- Apabila pokok telah berbuah masa memetik (menunggut hasil) telah hampir tiba, maka seelokknya gunakan racun jenis sentuh dan bukan jenis sistemik tapi tak tahan lama.
- Baca dan fahami arahan pada label
- Pakai Pakaian Pelindung Diri yang sesuai yang sesuai seperti overall, sarung tangan, topi, `boots’, `goggles’.
- Jangan pindahkan racun perosak ke dalam lain-lain bekas.
- Simpan racun perosak di tempat yang sesuai, jauh daripada makanan, ubat, pakaian dan sebagainya.
- Jauhkan orang yang tidak berkenaan dari tempat membancuh racun perosak.
- Jangan menghidu atau menyedut racun perosak
- Jangan sekali-kali membancuh racun perosak dengan tangan kosong.
- Berdiri dengan membelakangkan arah tiupan angin sewaktu membancuh racun perosak.
- Jangan tiup dengan mulut muncung alat penyembur yang tersumbat.
- Jangan makan, minum atau merokok.
- Pakai peralatan keselamatan semasa membuat semburan seperti but getah yang tinggi, topi, baju lengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung/muka (mask).
- Perhatikan arah tiupan angin. Semburan hendaklah membelakangi arah tiupan angin bagi bagi mengelakkan anda terkena kabus semburan.
- Cuci alat penyembur dengan air bersih dan letakkan di dalam stor.
- Mandi dengan menggunakan sabun dan air yang banyak.
- Rekodkan semua penggunaan racun perosak.
- Jangan gunakan bekas racun perosak untuk menyimpan bahan makanan.
- Jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda keracunan.
Akan datang ...Jenis-jenis penyakit tanaman dan rawatannya.