Patogen (Agen Pembawa) : Pythium spp, Rhizoctonia solani, Fusarium
Punca : Kulat
Nama Lain :
Agen/Cara Penyebaran :
Air dan tanah/media
Bahagian Serangan :
Batang anak benih pokok cili dan lain-lain tanaman seperti kacang soya.
Cara Serangan :
Merebak melalui air dan penggunaan tanah/medium/media semaian yang terdedah/dan atau pernah terdedah kepada penyakit ini. Penggunaan media semaian (peat moss) yang telah tercemar hendaklah dielakkan sama sekali.
Kesan Serangan :
Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Tiada rawatan khusus yang boleh diberikan kepada penyakit ini. Tambahan pula ianya adalah diperingkat awalan penanaman, maka kaedah rawatan tidak perlu diberikan kepada anak benih yang terkena penyakit ini kerana ia akan menyebabkan kepada peningkatan dari segi kos.
Walaubagaimanapun, kaedah kawalan dan perlindungan (imunisasi) terhadap anak benih boleh diberikan pada peringkat awal iaitu semasa proses menyediakan semaian biji benih. Ini akan dapat mengelakkan penyakit lecur anak benih daripada berlaku.
Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi dan mengelakkan masalah ini daripada berlaku iaitu :-
Rawat biji benih terlebih dahulu dengan menggunakan racun kulat yang sesuai seperti racun Thiram iaitu dengan cara menggaul biji benih dengan racun kulat tersebut sebelum disemai ke dalam tray semaian.
- Tapak/tray semaian juga perlulah disembur (siram) dengan menggunakan racun kulat yang sama.
- Jangan melakukan siraman air secara berlebihan kepada semaian dan anak benih.
Elakkan pemberian baja (nitrogen) secara berlebihan semasa anak benih membesar.