Patogen :
Punca :
Nama Lain :
Nama Racun/Kawalan : Perangkap Lalat Buah
Bahagian diserang : Buah
Kesan Sampingan :-
- Terdapat kesan lubang kecil pada buah.
- Terdapat ulat di dalam buah
- Buah menjadi busuk
Lalat Buah merupakan serangga perosak yang banyak menyerang buah-buahan dan sayuran seperti mangga, jambu biji, belimbing, melon, nangka, jambu air, tomato, cili dan lain-lain lagi. Serangga ini terdapat hampir di seluruh kawasan Asia-Pasifik, dan dianggarkan menyerang lebih dari 26 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kajian menunjukkan terdapat lebih kurang 4,500 spesies lalat buah diseluruh dunia dan ianya adalah berasal dari famili Tephritidae yang menjadi perosak tanaman. Namun begitu, daripada jumlah tersebut, terdapat 20 spesies dari gen Bactrocera adalah merupakan perosak utama pada buah-buahan dan sayuran di Asia.
Lalat buah bersimbiosis mutualisme (sinonim) dengan bakteria kerana apabila lalat buah meletakkan telur pada buah, biasanya akan turut disertai dengan bakteria akan memungkinkan pembentukan kulat pada bahagian yang terkena serangan yang akhirnya akan meyebabkan buah menjadi busuk. Bahagian buah yang terkena serangan lalat buah ini akan menjadi lembik, berulat dan busuk.
Pada satu-satu masa, seekor lalat betina mampu meletakkan telur pada buah sebanyak 1-10 butir dan dalam sehari ia mampu meletakkan telur sehingga 40 butir. Telur kemudian menetas menjadi ulat dan akan merosakkan buah. Sepanjang hidupnya seekor lalat betina mampu bertelur sampai 800 butir.
Kaedah Kawalan Serangan Lalat Buah
Pengendalian Lalat Buah adalah begitu sukar dengan penggunaan racun kawalan serangga kerana ciri-ciri fizikalnya yang besar. Malahan penggunaan racun kulat untuk melindungi buah seringkali tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
Oleh yang demikian, satu kaedah memerangi serangan lalat buah ini adalah dengan cara mengurangkan dan menghapuskan popolusi lalat buah di kawasan kebun atau tanaman. Kaedah yang terbaik dan berkesan adalah dengan menghapuskan “lalat buah jantan”. Ini akan menyebabkan tiada persenyawaan baru akan berlaku diantara lalat jantan dan lalat betina yang menghasilkan telur, seterusnya larva dan anak lalat buah.
Kaedah menghapuskan lalat buah jantan ini adalah dengan cara memasangkan perangkap yang diperbuat daripada botol air mineral, bekas plastik dan sebagainya. Cecair pemikat (lure) dititiskan pada gumpalan kapas dan diikat secara tergantung di dalam perangkap. Lalat buah jantan yang tertarik kepada aroma/bau cecair pemikat ini, akan memasuki perangkap dan gagal untuk mencari jalan keluar. Lalat buah jantan yang terperangkap di dalam perangkap ini kemudiannya akan mati dengan sendirinya atau boleh diletakkan sedikit air (yang tidak mengenai paras kapas) di dalam botol untuk mematikannya.
Diantara bahan-bahan pemikat Lalat buah yang biasa digunakan ialah Minyak Cemara Hantu (Melaleuca bracteata) dan Minyak Selasih (Ocimum sanctum) yang mengandungi bahan Metil Eugenol. Bahan ini mempunyai bau (aroma) yang sama seperti yang dikeluarkan oleh lalat buah betina untuk menarik perhatian lalat buah jantan untuk melakukan persenyawaan (Feromon Seks- Sex Pheromone).
Dalam alam semula jadi, metil eugenol terdapat dalam berbagai-bagai jenis tumbuhan daripada beberapa famili, seperti Anacardiaceae, Araceae, Caricaceae, Labiatae, Liliaceae, dan Leguminosae.
Panduan Berkenaan Perangkap Lalat Buah
- Jarak pemasangan perangkap antara satu pokok dengan pokok yang lain adalah 20 meter.
- Perangkap hendaklah digantung pada ketinggian 2-3 meter dari permukaan tanah.
- Air hendaklah giganti pada setiap minggu supaya bau metil eugenol tidak terpengaruh dengan bau air.
- Pemikat Lalat Buah hendaklah diganti pada setiap seminggu atau dua minggu bagi memastikan keberkesanannya.
Model-Model Perangkap Lalat Buah.
Model 1
Perangkap jenis ini diperbuat daripada botol plastik atau botol bekas air minuman (mineral) 500ml atau 600ml yang amat mudah diperolehi.
- Potong/kerat lebih kurang 1/3 botol pada bahagian atas (kepala).
- Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah botol (setelah dimiringkan/dicondongkan secara mendatar). Kedudukan kapas hendaklah tergantung dan berada pada paras di tengah-tengah botol.
- Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
- Isikan air (atau racun kulat) ¼ bahagian ke dalam botol tersebut atau pada paras yang tidak mengenai bahagian kapas.
- Masukkan potongan bahagian 1/3 botol itu tadi secara terbalik ke dalam botol dengan pada bahagian mulut botol hendaklah terbuka (tanpa penutup botol).
- Ikatkan pada bahagian kiri dan kanan botol (mendatar) dengan tali atau kawat halus dan gantungkan di kawasan kebun. Pada satu bahagian hendaklah dicondongkan sedikit agar air tidak tumpah.
Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lalat ini kemudiannya akan jatuh ke dalam air lalu mati.
KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat.
KELEMAHAN : Kekerapan hujan akan menyebabkan botol akan dipenuhi dengan air sehingga menenggelamkan kapas dan menghilangkan bau pemikat lalat.
Model 2
Perangkap jenis ini diperbuat daripada bekas plastik atau tupperware 8-10cm tinggi dan bergaris pusat 15cm dengan menggunakan 2-3 corong kecil (sebaiknya corong plastik).
- Buat 3 lubang pada bahagian tepi bekas plastik untuk memasukkan bahagian hujung corong.
- Lekatkan corong tersebut ke dalam lubang dengan menggunakan gam/pelekat agar ianya tak jatuh. Boleh gunakan gam super-glu.
- Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah penutup bekas plastik dengan kedudukan kapas di tengah-tengah bekas plastik.
- Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
- Ikat pada 3 bahagian penjuru bekas plastik dengan menggunakan tali/kawat halus.
- Gantungkan Perangkap lalat buah ini di kawasan kebun.
Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lama-kelamaan lalat ini akan mati dengan sendirinya. Agar lalat ini cepat mati, boleh dimasukkan sedikit/sebutir kapur barus.
KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat. Dapat memerangkap lebih banyak lalat buah.
KELEMAHAN : Pada kawasan kebun yang selalu mengalami tiupan angin kencang, bahagian corong akan mudah terjatuh sekiranya tidak dilekatkan dengan kuat. Faktor hujan juga boleh menyebabkan air memasuki perangkap melalui corong plastik.
Model 3
Perangkap jenis ini diperbuat daripada bekas plastik atau tupperware 13-15cm tinggi dan bergaris pusat 15cm dengan menggunakan 1 corong kecil (sebaiknya corong plastik).
- Buat 3 lubang pada bahagian tepi bekas plastik untuk memasukkan bahagian hujung corong.
- Lekatkan corong tersebut ke dalam lubang dengan menggunakan gam/pelekat agar ianya tak jatuh. Boleh gunakan gam super-glu.
- Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah penutup bekas plastik dengan kedudukan kapas di tengah-tengah bekas plastik.
- Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
- Ikat pada 3 bahagian penjuru bekas plastik dengan menggunakan tali/kawat halus.
- Gantungkan Perangkap lalat buah ini di kawasan kebun.
Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lama-kelamaan lalat ini akan mati dengan sendirinya. Untuk mempercepatkan lalat buah ini mati, masukkan sedikit/sebutir kapur barus.
KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat. Dapat memerangkap lebih banyak lalat buah.
KELEMAHAN : Pada kawasan kebun yang selalu mengalami tiupan angin kencang, bahagian corong akan mudah terjatuh sekiranya tidak dilekatkan dengan kuat. Faktor hujan juga boleh menyebabkan air memasuki perangkap melalui corong plastik.
Lain-Lain Model Perangkap Lalat Buah
Maklumat lanjut berkaitan ... Lalat Buah
Senarai harga ... di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati ... disini
Pelbagai kaedah menghubungi kami ... di sini
Email terus kepada kami ... di sini
Produk : Pemikat Lalat Buah
Jenama : Valiants Me
Kuantiti : 30ml
Harga :disini
Produk : Pemikat Lalat Buah
Jenama : SmartLure
Kuantiti : 30ml
Harga : disini