Antara kebun yang saya lawati pada Ahad, 17hb Januari 2010 yang lalu ialah di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Kebun pertama yang saya lawati ialah kebun milik En. Muhammad Imran Bin Abdul Malek yang juga merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau mengusahakan tanaman cili secara fertigasi dengan kapasiti tanaman berjumlah 6,000 pokok. Antara varieti yang beliau usahakan ialah Cili Kulau F1 568 dan F1 223 dan dibuat secara berperingkat-peringkat berjumlah 4 plot kesemuanya.
Menggunakan 2 tangki simpanan 600 gelen dengan pam air berkuasa 1.5HP dan Polipaip Utama 32mm mampu membekalkan jumlah air baja yang diperlukan di dalam kebun beliau memandangkan keadaan permukaan tanah yang rata.
Info Kebun
Pengusaha : En Imran
Kebun : Kg Sri Aman, Puchong
Tanaman : F1 568, F1 223
Jumlah : 6,000 pokok
Mudah-mudahan beliau akan terus kuat untuk mengatasi masalah tersebut.
Kemudian saya memenuhi undangan kedua iaitu melawat kebun En Ridzuan yang terletak berhampiran dengan Taman Mas, Sepang-Puchong. Kapasiti tanaman beliau yang hampir mengeluarkan hasil berjumlah 750 pokok cili Kulai F1 568.
Beliau mengusahakan tanaman cili ini di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit dan saya dapati lebih daripada 99% tanaman cili beliau hidup sihat tanpa serangan penyakit. InsyaAllah beliau akan mula menuai hasilnya dalam tempoh 1 minggu yang akan datang.
Info Kebun
Pengusaha : En Ridzuan
Kebun : Taman Mas
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 750 pokok
Antara faktor yang menjadikan tanaman beliau dapat hidup sihat adalah disebabkan persekitaran yang baru, sejuk dan yang pasti penjagaan nutrien dan kawalan serangga yang baik.
Tahniah diucapkan kepada En Ridzuan. Mudah-mudahan beliau akan terus maju lagi dengan hasratnya untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman.