Ini adalah kerana, bagi pengusaha yang menggunakan air paip sebagai sumber air utama, bacaan pH dan EC air yang dibekalkan oleh pembekal air sperti SYABAS adalah tidak konsisten. Kebiasaannya pada musim hujan, bacaan pH dan EC adalah lebih rendah.
2 perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah bacaan pada pH (keasidan atau kealkalian sumber air atau air baja) dan EC (Electric Conductivity) iaitu kepekatan baja AB. Sila pastikan bacaan pada pH dan EC adalah bertepatan dengan keperluan pokok bermula dari anak pokok sehingga pokok mengeluarkan hasilnya seperti berikut :-
Contoh tanaman : Cili
Permulaan
pH 5.8 – 6.3
EC 1.5 – 1.8
Selepas 3 – 4 minggu
pH 6.0 – 6.3
EC 1.8 – 2.5
Sila rujuk Jadual siraman untuk maklumat lanjut disini
Langkah-langkah penyediaan buku log Baja Fertigasi AB :-
1. Dapatkan sebuah buku tulis di kedai buku.
2. Salin format Buku Log ke dalam Buku tersebut.
3. Isikan butiran maklumat di dalam buku log setiap kali membuat bancuhan air baja.
Penjelasan :-
- Bacaan Awal bermaksud bacaan diambil selepas mengisi tangki air baja dengan air seperti air paip, air sungai, air telaga dan sebagainya.
- Bacaan Akhir bermaksud bacaan yang diambil selepas menambah Pati Baja AB ke dalam tangki yang berisi air yang hendak dijadikan siraman ke pokok.
Download Contoh Buku Log Penyediaan Baja Fertigasi AB :-