Sekiranya pH media di dalam keadaan masam (berasid), maka akar tanaman tidak akan mampu untuk menyerap nutrien dan sekaligus akan menyebabkan tanaman tidak memperolehi nutrien. Inilah diantara salah satu sebab mengapa tanaman akan kelihatan kekuningan pada bahagian daun, terutamanya pada bahagian pucuk.
Media tanaman yang baik adalah di dalam julat pH 5.5-6.8. Apabila disukat dan didapati media tanaman (cocopeat/sekam) tidak berada di dalam julat tersebut (kebiasaannya di bawah pH5.0), maka kaedah yang terbaik untuk menaikkan (memperbaiki) pH media tanaman ialah dengan menggunakan kapur (kapur pertanian) yang ditaburkan di atas media tanaman tersebut.
Cara yang lebih baik ialah dengan menggantikan kapur kepada Zeolite yang bukan sahaja berfungsi memperbaiki pH media tanaman, malahan ianya dapat membekalkan nutrien tambahan kepada tanaman. Maklumat lanjut klik disini.
3in1 Plant Mate (ETP306)
Ia adalah Penyukat Tanah (Soil Meter) yang mudah dan pelbagai guna. Ia dapat menyukat :-
1. pH Tanah ( 3.5 - 8 )
2. Kelembapan Tanah ( 1 - 10 )
3. Cahaya ( 0 - 2000 LUX )
Cara-cara penggunaan :-
1. Cucuk rod ke dalam tanah pada kedalaman lebih daripada 10cm
2. Tukar suis kepada "MOIST" jika ingin menyukat kelembapan tanah.
3. Tukar suis kepada "PH" jika ingin menyukat PH tanah.
4. Tukar suis kepada "LIGHT" jika ingin menyukat cahaya.
5. Bersihkan rod selepas digunakan.
Harga : Klik disini
Soil PH Meter (ETP110)
Ia adalah Penyukat Tanah (Soil Meter) yang mudah dan pelbagai guna. Ia dapat menyukat :-
1. pH Tanah ( 3.0 - 10 )
Cara-cara penggunaan :-
1. Cucuk rod ke dalam tanah pada kedalaman lebih daripada 10cm
2. Bersihkan rod selepas digunakan.
Harga : Klik disini