Racun Makhluk Perosak (Racun Perosak) merupakan bahan atau campuran bahan yang digunakan untuk memusnah, menghalau dan mengurangkan kesan bahaya daripada makhluk perosak kepada tanaman, manusia dan persekitaran seperti yang tersenarai di Bawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Racun perosak adalah bahan beracun dan bukannya ubat. Oleh kerana ianya adalah racun, maka ia adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan cara dan kaedah yang betul untuk mengendalikannya.
Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.
Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas I (a) atau I (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas. Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.
Bahan-bahan Pengawal Makhluk Perosak
Secara asasnya, bahan-bahan makhluk perosak tediri daripada :-
Cara-cara Racun Bertindak
- Racun Perut - Terkena semasa makan.
- Racun Sentuh - Terkena semasa racun bersentuh dengan bahagian luar badan.
- Sistemik - Memasuki tumbuhan melalui akar, batang atau daun.
- Fumigan - Melalui sistem pernafasan.
- Pengawalatur pertumbuhan (IGR) - Menjejaskan perkembangan serangga pada peringkat larva.
Cara Penyerapan Racun Ke Dalam Tubuh
Racun Makhluk Perosak boleh tersebar kepada pengguna melalui beberapa cara seperti :-
1. Melalui Mulut
- Semasa menghembus muncung(nozzle) yang tersumbat.
- Mengambil makanan, minuman atau merokok semasa melakukan semburan racun.
- Makan atau minum makanan/minuman yang telah tercemar dengan racun (tanpa disedari).
- Semasa melakukan semburan racun jenis fumigant.
- Menyedut wap racun di dalam tempat tertutup seperti stor semasa membancuh.
- Bahagian yang terdedah kepada racun makhluk perosak seperti muka, tangan, rambut dan kaki.
- Suhu yang panas akan mencepatkan proses penyerapan racun melalui kulit.
Pengkelasan Racun Berdasarkan Ketoksidan
Racun perosak mempunyai darjah keracunan (kebisaan/toksid) yang berbeza-beza. Ia dapat diperhatikan pada label botol atau bekas racun yang dibeli. Setiap racun yang berdaftar mempunyai jalur warna seperti warna hitam, merah, kuning, biru atau tidak berwarna seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :-
Kaitan Warna Jalur Dengan Keberkesanan Racun Perosak
Warna jalur (label) tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan (effective) sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia adalah bergantung kepada bagaimana racun perosak tersebut digunakan dan dikendalikan (disembur) seperti yang disyorkan pada label.
Komponen Formulasi
Sesetengah formulasi adalah sedia digunakan, ada yang mesti dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan digunakan dalam proses formulasi adalah seperti berikut :-
Pemilihan formulasi:
- Objek yang hendak dilindungi.
- Alat aplikasi yang sedia ada.
- Bahaya aliran dan larian.
- Keselamatan .
- Tabiat atau pola pertumbuhan perosak.
- Jenis persekitaran
Jenis-jenis Formulasi
Keserasian
Keserasian bermaksud, dua atau lebih racun perosak daripada bahan formulasi yang berbeza boleh dicampur bersama untuk mengawal lebih jenis serangga perosak dengan sekali penggunaan. Contohnya mencampurkan racun kulat Mancozeb kepada racun serangga Malathion.
Terdapat juga bahan bahan supplement yang boleh dicampurkan kepada racun perosak seperti CY-787 bagi tujuan meningkatkan lagi kecekapan dan fungsi racun perosak tersebut.
Namun begitu, tidak semua racun perosak/serangga akan berfungsi dengan baik apabila dicampur. Malahan ketidakserasiannya akan menyebabkan :-
- Mengurangkan keberkesanan.
- Merosakkan permukaan dirawat.
- Menyebabkan pengasingan bahan-bahan kandungan kepada lapisan.