Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Kebun Permai : Semaian Benih Cili


Proses semaian benih cili bukanlah sesukar mana dan tidaklah semudah seperti yang disangkakan. Ini adalah kerana kita perlu memahami untuk mendapatkan anak benih yang berkualiti baik, maka beberapa panduan ringkas perlulah diberikan perhatian.

Antara keperluan semaian adalah seperti berikut :-
1. Bekas semaian (standard 104 lubang berharga RM2.80)
2. Peat Moss (sebag berharga RM37.00)
3. Benih Cili (Cili Kulai 568 1000 biji berharga RM30.00)
4. Air (sebaiknya gunakan botol spray)

Berikut adalah kaedah yang telah saya guna-pakai :-

Langkah 1
Bekas semaian perlulah dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air bagi membuang kekotoran seperti habuk atau serangga kecil yang bertapak di dalam bekas semaian.

Langkah 2
Peat Moss akan dimasukkan kedalam lubang semaian dengan kuantiti tidak melebihi paras tiga suku penuh.
Isikan Peat Moss


Langkah 3
Benih cili dimasukkan satu persatu sebanyak 104 biji ke dalam bekas semaian dan hendaklah dipastikan kedudukannya adalah di tengah-tengah lubang semaian bagi memastikan akar pokok cili mendapat keseimbangan dan tidak terganggu.
Masukkan Biji Benih Cili


Langkah 4
Spray air keatas kesemua benih. Kemudian penuhkan lubang semaian dengan Peat Moss sehingga ke paras penuh lubang semaian tersebut. Elakkan daripada menekan-nekan Peat Moss yang telah diisikan. Kemudian spray sekali lagi keatas Peat Moss sehingga menjadi lembab.

Memenuhkan Peat Moss


Langkah 5
Bekas semaian yang telah siap perlulah di jauhkan daripada pancaran matahari pada masa ini. Biasanya anak benih akan bercambah diantara 3~5 hari selepas disemai Peat Moss hendaklah di dalam keadaan lembab bagi melancarkan biji benih bercambah dengan mudah dan cepat. Walaubagaimanapun anak benih yang saya semai hanya mula bercambah pada hari yang ke-7.

Anak Benih Bercambah




Langkah 6
Apabila anak benih telah bercambah dan mengeluarkan 2 daun, maka ianya perlulah di dedahkan kepada cahaya matahari. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang kuat (panas terik) ata upun hujan lebat. Kerana pada ketika ini anak benih masih lagi diperingkat muda dan perlukan perlindungan yang sebaiknya.
Dedahkan Kepada Matahari



Nota :
Penggunaan baja A+B boleh digunakan sebagai media air. Tetapi sukatannya hendaklah tidak melebihi 1.00 pada sukatan EC Meter bagi mengelakkan ketidak-tahanan benih tersebut terhadap tindakbalas baja.

InsyaAllah seawal sabtu depan 29 November 2008 saya menjangkakan anak pokok cili ini akan cukup matang untuk membolehkannya dipindahkan ke dalam polybag.




Kebun Permai : Lakaran

Gambarajah di atas adalah lakaran bagi Projek Mini Cili Fertigasi 78 pokok yang saya sedang usahakan di Kampung Permai, Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka.

Memandangkan tapak hanya dapat memuatkan kurang daripada 100 pokok cili, maka saya telah membuat sedikit perubahan dengan menggunakan pam aquarium untuk penjimatan penggunaan kuasa elektrik dan kos membeli pam.



Kebun Permai : Minggu 2


Sabtu 15 November 2008 - Seawal jam 7:30 pagi, saya dan keluarga bertolak balik ke Kampung Permai, Alor Gajah, Melaka yang terletak lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan dari Puchong, Selangor melalui Lebuhraya PLUS.

Setelah berehat hampir 1 jam (sarapan pagi), saya dan adik saya Mohd Naser memulakan kerja-kerja pemasangan sistem paip air seperti yang telah dirancangkan. Memandangkan di sekitar negeri Melaka tidak terdapat kemudahan untuk membeli peralatan Fertigasi ini, maka saya terpaksalah membelinya dari Kedai Fertigasi yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

Antara peralatan yang telah dibeli sebelum ini ialah polypipe utama 32mm, polypipe 16mm, tube mini micro, dripper, nipple, Off Take Valve dan lain-lain lagi.

Langkah permul
aan ialah dengan memasang paip utama 32mm daripada Poly-tank 100 gelen (bersamaan 350 liter air). Memandangkan saya menggunakan pam aquarium yang agak besar dan paip yang digunakan adalah bersaiz 25mm, maka untuk menyambung kepada paip utama, maka saya perlu menggunakan adaptor penyambung (32mm-25mm).
Poly Tank



Kerja-kerja memasang paip utama 32mm berjalan dengan baik. Kemudian, kami memasang Clamp Saddle dan Off Take Valve (Male) selepas menebuk lubang bersaiz 16mm pada paip utama untuk tujuan penyaluran air baja kepada setiap barisan. Ada 6 lubang kesemuanya dengan menggunakan penebuk lubang khas.
Paip Utama



Selepas itu, kerja-kerja memasang paip dalaman untuk disalurkan kepada polybag dibuat dengan menggunakan poly pipe yang lebih kecil bersaiz 16mm sepanjang 35 kaki untuk sebaris 15 polybag. Memandangkan saya bercadang untuk menjadikan Kebun Permai ini sebagai Projek Contoh, maka saya menggunakan sebanyak 6 polypipe dalaman yang diletakkan dibawah polybag (diantara dua batu-bata) supaya ianya nampak lebih kemas dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan nanti.

Paip Dalaman



Kemudian, pengujian terhadap penyaluran air baja dilakukan bagi tujuan memastikan tidak ada sebarangan halangan laluan di dalam paip utama dan paip dalaman. Ianya juga bagi memastikan sisa-sisa kesan dari kerja-kerja penebukan lubang tidak tersangkut di dalam paip tersebut.

Lancarkan Aliran Air


Proses akhir dengan membuat kemasan seperti memasang Endcap 16 mm (paip dalaman) dan 32mm (paip utama) serta memasang dawai pemegang paip utama 32mm agar tidak mudah bergerak-gerak.

Kemasan Akhir



Dengan masa yang masih ada, kami seterusnya menyediakan media iaitu cocopeat dan sekam bakar yang saya bawa dari Puchong (2 beg sahaja). Nisbah campuran yang dicadangkan adalah 3 cocopeat : 1 sekam bakar untuk mendapatkan hasil yang ideal. Sekam bakar tidak dapat menyimpan air, manakala cocopeat pula banyak menyimpan air. Kemudian, campuran kedua-dua media ini akan digaul sehingga rata sebelum boleh dimasukkan ke dalam polybag.

Media





Kemudian saya membuat ujian terhadap 9 polybag ini dengan memasang set siraman. Seterusnya menjalankan pam. Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan baik tanpa apa-apa masaalah.

Set Siraman


Akhir sekali untuk minggu kedua ini saya sempat melakukan kemasan seperti membuat pagar sementara dengan menggunakan tali plastik di bahagian hadapan. Ini adalah mengelakkan pelawat daripada memasuki kawasan projek fertigasi hingga mengganggu tanaman cili fertigasi ini. Konsep yang ingin saya jalankan ini adalah kualiti dan kebersihan tapak projek fertigasi.

Pagar




Projek Mini Cili Fertigasi : Hari 21


Khamis 13 November 2008 - Hari ke 21 (3 minggu) sejak anak pokok cili kulai yang telah saya pindahkan dari tray semaian ke dalam polybag (24 Oktober 2008) menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang semakin baik. Serangan serangga seperti semut telah berjaya diatasi dengan penggunaan racun Cypermethrin pada hari ke-13 yang lalu.

Ketinggian pokok cili pada hari ini mencapai ketinggian 10 inci dan telah telah mula mengeluarkan bunga yang berwarna putih (tak tau nak panggil apa) yang amat jelas kelihatan. Secara puratanya, setiap pokok cili telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 5 kuntum bunga seperti ini. Seronok...tak leh nak cakap.. (tapi belum lagi terhasil cili sebenar...nak kena tunggu 1 bulan lagi, baru cantik).

Ketinggian 10 inci-Berbunga






Kesempatan cuti (mengambil keputusan UPSR anak saya) pada hari ini saya gunakan untuk mencantas tunas/dahan dan daun-daun di bahagian bawah daun utama (atas) yang bertunas agak banyak. Tujuan membuang dahan di bahagian bawah ini adalah untuk menggalakkan peningkatan ketinggian pokok cili sehingga ketahap yang ideal. Sekiranya terlalu banyak dahan atau daun dibahagian bawah (batang pokok), ianya akan menyebabkan penggunaan baja yang lebih banyak untuk menampung keperluan pokok tersebut.

Mencantas Dahan/Daun Bawah



Kemudian saya membuat tiang sokongan (kayu 2"x3") setinggi 5 1/2 kaki (seperti ampian baju) untuk membantu agar pokok cili nanti dapat berdiri tegak dan tidak mudah tumbang akibat hujan lebat, angin kuat dan dapat menampung berat buah cili nanti. Dawai bersalut plastik hijau adalah disarankan (belum beli lagi) dan diregangkan diantara tiang sokongan. Kemudian buluh (5 kaki panjang) yang diracik selebar 1/2 inci - 1 inci akan dipacak ke dalam media secara selari dengan batang pokok cili (jarak 1 inci) dan hujungnya diikat pada dawai. InsyaAllah, apabila dah ada buluh nanti, saya akan memasangnya sebelum ketinggian pokok cili mencapai 1~2 kaki.

Memasang Tiang Sokongan




Selain daripada itu, pada hari ini juga saya berkesempatan untuk mengunjungi Kebun Cili Fertigasi di Sungai Ramal Dalam bagi membeli kelengkapan fertigasi untuk Projek Fertigasi Kebun Permai saya yang terletak di Kampong Permai, Machap, Alor Gajah Melaka. InsyaAllah, minggu ini akan siaplah paip siraman untuk 78 pokok cili tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.