Kemudian, pada sebelah petangnya pula, saya dan adik-adik melakukan kerja-kerja mencatas dahan pokok cili yang paling bawah sekali. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses pokok cili mencapai ketinggian yang ideal untuk mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selain daripada itu ianya akan dapat mengekalkan penerimaan baja yang secukupnya untuk setiap pokok cili. Sekiranya terlalu banyak daun/dahan pokok, maka lebih banyak baja air yang diperlukan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya pada Projek Mini R&D Kebun Puchong.
Pisau yang digunakan dipastikan ketajamannya serta bebas daripada kesan minyak bagi mengelakkan adanya kesan sampingan terhadap pokok cili.