![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/tali_junjung/DSCN9893_zps9ojylfnq.jpg)
Kebun Puchong, Ahad 21 Disember 2008 - Hari ke-59, Saya selesai menyediakan tali junjung bagi pada setiap pokok cili sebanyak 20 batang pokok di tepi rumah saya ini. Tujuan memasang tali junjung ini adalah :-
- Sokongan terhadap dahan yang mempunyai banyak buah cili bagi mengelakkan ianya patah.
- Mengelakkan dahan pokok cili daripada menjadi terlalu "rendang" dan bersentuhan dengan pokok cili bersebelahan. Jika ini berlaku, maka ianya akan mengujudkan persaingan untuk mendapatkan cahaya matahari dan menyebabkannya terbantut.
- Memudahkan urusan penyelengaraan pokok cili itu sendiri seperti meracun dan proses memetik buah cili (harvest) dan lain-lain.
- Sediakan tali plastik (tali rapia) kira-kira 6 kaki panjang. Tali plastik yang biasa boleh dibelah kepada beberapa saiz yang lebih kecil.
- Pada satu bahagian tali plastik, ikatkan secara "membulat" pada 2 atau 3 dahan yang mempunyai bilangan buah cili yang banyak atau dahan yang hampir melentur. Tali hendaklah diikat pada bahagian luar pokok untuk membolehkannya berfungsi sebagai "pejunjung".
- Pada bahagian tali yang lagi satu, ikatkan pada dawai penegang dan buluh pancang sambil dahan pokok cili tersebut dijunjung sedikit ke atas.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/tali_junjung/DSCN9874_zps6gbepstq.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/tali_junjung/DSCN9886_zpsm4a07nki.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/tali_junjung/DSCN9886_zpsm4a07nki.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/tali_junjung/DSCN9890_zpso27bmnfj.jpg)