- Mula-mula buka penutup di bahagian bawah.
- Kemudian basuh elektrod dengan cara mengacau pH meter tersebut pada air bersih atau dengan melalukan air kepada elektrod dan lap dengan kain atau kertas yang menyerap.
- Tekan butang "ON" untuk menghidupkan PH meter.
- Masukkan elektrod ke dalam cecair yang hendak diukur PH-nya.
- Kacau perlahan-lahan sehingga bacaan PH menjadi stabil.
- Tekan butang "HOLD" jika anda ingin menyimpan data bacaan. Jika anda ingin mengukur sekali lagi, tekan butang "HOLD" sekali lagi.
- Selepas selesai menggunakannya, bersihkan hujung elektrod dengan air bersih untuk mengelakkan bacaan PH yang tidak betul dimasa hadapan.
- Pastikan anda menutup semula penutup PH meter selepas digunakan.
Penjagaan
Membuat Pelarasan (Calibration) :-
- Masukkan elektrod ke dalam bahan penguji 6.86 (atau pH 7);standard buffer solution; dan kacau secara perlahan-lahan.
- Pusingkan skrew "TRIMMER" sehingga mendapat bacaan yang sepatutnya. Basuh elektrod dengan air bersih dan lap untuk mengeringkannya.
- Masukkan elektrod dalam standard buffer solution pH 4.01 atau pH 9.18 atau pH 10.
- Tunggu hingga bacaan menunjukkan pH 10.
- Bahagian kaca elektrod adalah mudah pecah (fragile). Berhati-hati semasa mengendalikannya.
- Cuci elektrod dengan air bersih.
- Tukar bateri di bahagian atas seperti gambar jika bacaan pH tidak muncul.
- Tukar elektrod mengikut aturan seperti gambar.