Sebagai memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia, malahan dari Sabah dan Sarawak, maka pada hari ini Selasa 14hb. April 2009, Romatech Agro telah menandatangani perjanjian dengan pihak ABX Express untuk menggunakan perkhidmatan mereka bagi penghantaran peralatan fertigasi melalui pos dengan kadar bayaran yang minimum bergantung kepada berat timbang dan lokasi penghantaran.
Oleh yang demikian, mulai hari ini pelanggan-pelanggan Romatech Agro boleh membuat tempahan untuk penghantaran melalui pos. Tempoh masa penghantaran adalah di dalam masa 3 hari selepas menerima pembayaran daripada pelanggan.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tempahan dan kos penghantaran tersebut.Sebarang tempahan dan pembayaran boleh dibuat melalui :-
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.