Info
Pengusaha : En Mahadi
Kebun : TUDM Subang
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 1100 pokok
Semasa kedatangan saya, kebun beliau sudah mula mengeluarkan hasil cili merah.
Selain itu, saya juga berkesempatan melawat kebun Greenland Farm pada 27hb. November 2009 yang dimiliki oleh En Rizal yang terletak di Ulu Yam dengan jumlah tanaman cili Kulai F1 568 ialah 2,500 pokok dan telah mengeluarkan hasil. En Rizal amat bertuah kerana kebun beliau terletak bersebelahan dengan sungai. Oleh yang demikian beliau menggunakan air sungai sebagai sumber air yang utama untuk pengairan air baja ke kawasan kebun.
Info
Pengusaha : En Rizal
Kebun : Ulu Yam Bharu
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 2,500 pokok
Atas permintaan cili segar yang amat tinggi, maka beliau sedang berkira-kira untuk memperbesarkankan jumlah tanaman cili disamping mengusahakan tanaman sayur-sayuran lain seperti kailan, sawi dan kekacang.