Terima kasih juga kepada usahawan yang sanggup datang dari jauh seperti En Hazemin, En Azwan, dan En. Hassan dari Gelang Patah, Johor dan En Madir dan isteri dari Tanjong Minyak, Melaka semata-mata untuk bersama-sama di dalam perjumpaan ini.
Diantara agenda yang dibentang pada hari tersebut adalah :-
Nama Team : Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA)
Penasihat :
Penyelaras : Romatech Agro
Tujuan :
- Menghimpun dan menggabungkan semua usahawan pertanian dan fertigasi di seluruh Malaysia,
- Membantu ahli untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik dan memudahkan ahli bagi mendapatkan bekalan peralatan pertanian seperti peralatan fertigasi, baja, supplement dan lain-lain dengan harga yang lebih kempetitif,
- Membantu ahli untuk mendapatkan bekalan racun dan kawalan penyakit dan serangga dengan harga yang lebih rendah daripada pembekal yang berdaftar,
- Membantu ahli menguruskan kebun pertanian mereka dengan lebih effisyen samada dari segi kos penyelenggaraan mahupun pendapatan.
- Menjadi tempat untuk ahli bernaung, berbincang dan merujuk masalah yang dihadapi dalam sektor pertanian,
- Mendapatkan ahli teknologi dan maklumat pertanian.
- Membantu ahli memasarkan hasil pertanian dengan lebih sistematik dan terancang disamping merancang untuk mengujudkan Pusat Pemasaran Setempat di setiap negeri di seluruh negara.
Matlamat :
- Menjadikan kebun pertanian yang diusahakan oleh ahli dapat mengeluarkan hasil yang optimun, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan setiap ahli.
- Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan hasil pertanian dari luar negara.
- Membantu ahli untuk mendapatkan harga yang tertinggi dan dapat menstabilkan harga pasaran hasil pertanian.
- Melahirkan lebih ramai usahawan di dalam sektor pertanian.
Kelebihan Keahlian TEFRA :
- Setiap ahli yang telah diluluskan pendaftarannya akan mendapat potongan harga istimewa sebagai Ahli Eklusif Pertanian Romatech Agro (AET), tertakluk kepada jumlah yang akan ditetapkan oleh Romatech Agro.
- Mendapat harga yang lebih rendah untuk pembelian racun kawalan penyakit dan serangga. Romatech Agro akan berusaha melantik Pembekal Racun Kawalan Penyakit dan Serangga berdaftar untuk membekalkannya dengan harga yang lebih rendah kepada ahli.
- Membantu ahli di dalam memberikan informasi pertanian seperti teknologi pertanian, harga pasaran semasa dan lain-lain lagi.
- Jaringan pemasaran secara berkelompok bagi menjamin ahli akan mendapat harga pasaran yang tertinggi.
- Khidmat nasihat dan sokongan daripada ahli-ahli TEFRA yang lain.
Syarat-syarat Keahlian :
- Umur : 18 tahun dan ke atas
- Jantina : Lelaki atau perempuan
- Kaum/bangsa/Agama : Terbuka kepada pelanggan Romatech Agro
- Ahli Eklusif Pertanian (AET)
- Ahli Eklusif Perniagaan (AEN)
- Bayaran Masuk : RM20.00
- Yuran : Tiada
Ahli Eklusif Pertanian (AET) :
- Memiliki kebun (atau ladang) pertanian samada milik sendiri, perkongsian, sewaan, pajakan, atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang asal samada telah atau sedang atau akan diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran seperti cili, terung, timun, melon, kailan, taugeh, jagung dan sebagainya, dan
- Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan hendaklah secara fertigasi atau sekurang-kurangnya 25% (dua puluh lima peratus) daripada jumlah keseluruhan tanaman samada dari kebun yang sama atau berlainan lokasi kebun.
- Memiliki jumlah tanaman 500 pokok dan ke atas, dan
- Telah melakukan transaksi pembelian terkumpul di Romatech Agro tidak kurang RM500.00
Terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri pertanian seperti pembekal, penjual, pengedar, pemborong, tenaga pengajar, konsultan pertanian dan lain-lain lagi.
Aktiviti TEFRA :
TEFRA merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kebaikan kepada ahli-ahli. Diantara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-
- Perladangan Kontrak (Contract Farming)
- Projek Kebun Angkat
- Khidmat nasihat dan bimbingan pertanian – Konsultansi.
- Kursus dan latihan pertanian – Cadangan mengadakan kursus fertigasi kepada ahli TEFRA dengan menjemput penceramah yang berkelayakan di dalam sektor pertanian.
- Mengujud dan/atau Melantik Agen Pengumpulan Hasil Pertanian bagi membantu ahli mendapatkan harga ladang yang tertinggi.
- Mengadakan perjumpaan secara mingguan atau bulanan dan sessi perbincangan diantara ahli yang berkaitan dengan pertanian.
- Mengadakan satu laman weblog KHAS untuk ahli TEFRA sahaja.
TEFRA akan dilancarkan secara rasminya pada 19hb. Disember 2009 ini iaitu hari yang sama dengan di Pusat Jualan Puchong. Maklumat lanjut berkenaan dengan syarat-syarat keahlian di dalam TEFRA, sila hubungi kami atau telefon 019-226 2125 (Prof)