Berikut adalah panduan kepada pelanggan-pelanggan Romatech Agro yang berminat untuk membuat pembelian peralatan pertanian dan fertigasi secara online.
- Layari blog Romatech Agro untuk peralatan yang diperlukan. Lihat disebelah kira atas blog ini, bahagian "Senarai Harga Peralatan Fertigasi"
- Cara Membuat Pesanan :-
- Melalui email- Senaraikan peralatan yang diperlukan dengan mengisi borang Pesanan dan Pendapat seperti yang terdapat di bahagian bawah blog ini atau email terus kepada kami
- Melalui SMS - hantarkan pesanan anda kepada 019-226 2125 atau 012-347 8552
- Kami akan segera memberikan jawapan samada melalui e-mail atau sms berkenaan dengan amaun dan Kos Penghantaran serta makluman akaun Bank.
- Pelanggan bankin (pembayaran) ke dalam akaun bank :-
- Maybank
- CIMB Bank
- Public Bank
- Pelanggan memaklumkan maklumat perbankan (Bank, Amaun dan Tarikh) kepada kami melalui sms atau email serta maklumat penerima pesanan tersebut :-
- Nama Penuh Penerima
- Alamat Penuh (alamat peti surat tidak dibenarkan)
- No. Telefon
- Selepas mendapat pengesahan bayaran, kami akan segera menghantar pesanan barangan yang dipersetujui dalam tempoh 48 jam.
- Agen Penghantaran : Pos Malaysia, ABX, KTMD, ESB, Metroport dan lain-lain.
- Pelanggan akan dimaklumkan melalui e-mail/sms maklumat penghantaran : Agen Penghantaran, Tarikh dan No. Waybill.
- Tempoh Penghantaran adalah bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipersetujui oleh pelanggan.
- Pos Biasa :
- Semenanjung 2-5 hari (maksima 14 hari)
- Sabah/Sarawak/Labuan 5-10 hari bekerja.
- Pos Laju :
- Semenanjung 1-3 hari
- Sabah/Sarawak/Labuan 3-5 hari bekerja.
- Kapal Laut :
- Sabah/Sarawak/Labuan 3-4 minggu.
- Pelanggan adalah diharap dapat memberikan maklum balas kepada kami sebaik sahaja menerima pesanan bungkusan tersebut samada melalui sms atau e-mail.
- Pelanggan yang masih belum menerima pesanan tersebut di dalam tempoh yang dinyatakan di atas diminta menghubungi pihak kami untuk tindakan susulan.