Patogen (Agen Pembawa) :
Punca :
Nama Lain : Scirtothrips dorsalis
Agen Penyebaran : Sentuhan, Angin, dll.
Bahagian Serangan : Daun, Pucuk dan Bunga
Cara Serangan :
Menghisap cecair daripda bahagian daun, pucuk dan bunga
Kesan Serangan :
Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperangan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal (keras) dan kedua sisi tepinya menggulung arah ke atas. Tahap yang lebih kritikal, ianya akan menyebarkan virus kepada pokok.
Tanaman di serang : Timun, Cili,Terung, Tomato, Labu, Peria, strawberi, kacang soya (soyabean), pokok asam jawa (tamarind), citrus, mangga, gajus (cashew) dan Petola
Populasi : Afrika Selatan, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea, Kepulauan Solomon, Australia, Taiwan, Jepun, Hawai, Venezuela dan kawasan-kawasan sekitar Caribbean seperti Barbados, Jamaica, St. Lucia, St. Vincent, Tobago dan Trinidad.
Kitaran Hidup Kutu Trips (Amin and Palmer, 1985)
Telur (Eggs) - Kutu Trips bertelur sebiji-biji di bawah daun. Bentuknya seperti buah pinggang dan berwarna putih. Seekor kutu trips betina boleh bertelur sehingga 60 biji (purata 17 biji). terutamanya pada musim panas. Kebiasaannya, telur akan menetas di dalam tempoh 6-8 hari.
Nimfa (Larval) - Rupa nimfa adalah seakan-akan sama seperti kutu trips dewasa. Ia akan bersalin kulit sebanyak 2 kali di dalam masa 6-7 hari. Ia akan jatuh ke bawah dan akan mendiami kawasan media tanaman sebelum berubah menjadi bentuk menjadi Pupa.
Pupa (Pupal) - Pupa biasanya berwarna kuning dan berbentuk tirus. Panjang badan lebih kurang 1.24 mm. Pupa akan berada 10-25 mm di dalam tanah/media tanaman. Jangka hayatnya adalah kira-kira 2-4 hari. Penyalinan kulit perengkat pupa akan mengambil masa 2-3 hari.
Kutu Trips Dewasa - Secara umumnya, Kutu Trips Dewasa adalah berwarna kekuningan. Saiz badannya adalah kira-kira 1 mm panjang. Ia boleh hidup sehingga 22 hari. Purata kitaran hidup adalah 11 hari.
Kawalan Secara Kultura
Kawalan secara kultura boleh dilakukan seperti berikut :-
- Periksa dan pastikan semua peralatan kebun di dalam keadaan bersih. Pembersihan boleh dilakukan dengan mencuci kesemua peralatan kebun dengan larutan pembersih seperti cloroc dan sebagainya bagi memastikan pembiakan kutu trips dapat dibendung.
- Rumpai hendaklah tidak memenuhi kawasan kebun
- Lantai, tapak, silver shine dan sebagainya hendaklah di dalam keadaan bersih.
- Penggunaan perangkap plastik kuning dan pelekat serangga dapat memerangkap kutu thrip dewasa.
Terdapat beberapa agen Pengawalan secara biologi bagi mengatasi serangan Kutu Trips ini. Tetapi kebanyakannya terdapat di negara-negara maju seperti United Kingdom dan negara-negara Eropah. Antaanya adalah seperti berikut :-
Amblyseius Cucumeris - Menggunakan pemangsa Amblyseius cucumeris yang memakan kutu thrip pada peringkat larva dan tidak kutu thrips peringkat pupa atau kutu thrip dewasa. Pemangsa ini kebanyakannya boleh di dapati di negara Eropah dan penggunaannya adalah secara terkawal dan memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa sahaja.
Amblyseius swirskii - Pemangsa ini juga memaka kutu trips peringkat larva dan juga telur lalat putih (whitefly eggs). Mengikut rekod, penggunaan serangga pemangsa ini banyak terdapat di United Kingdom. Terdapat peraturan yang ketat di dalam penggunaan serangga pemangsa ini dan ianya memerlukan lesen khas dan tanaman hendaklah berada di dalam rumah kaca memandangkan serangga ini bukanlah serangga asal United Kingdom.
Secara umumnya, bagi masalah serangan Kutu Trips ini, kawalan secara kimia adalah sesuatu yang agak sukar. Peratusan kejayaan untuk merawat tanaman yang telah diserang oleh Kutu Trips adalah terlalu rendah terutamanya apabila serangan telah mendatangkan virus kepada tanaman. Tambahan pula pada sesetengah kawasan dan persekitaran, Kutu Trips seolah-olah kebal (immune) kepada racun kimia yang digunakan.
Antara kaedah yang terbaik bagi mengawal serangan Kutu Trips ini adalah :-
- Memahami kitaran hayat Kutu Trips dan melakukan semburan racun kimia yang betul bagi membataskan pembiakannya bermula dari pembentukan telur dan larva.
- Melakukan semburan pada masa/waktu yang sesuai.
- Menggilirkan penggunaan racun kimia.
- Memastikan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar racun kimia dipatuhi.
- Admire 200SL, Agent 505, AGR Cylac 10EC, AGR Cyma 10EC, AGR Jola 10EC
- Brightage 25 SC
- Confidor, Confidor 100SL, Confidor 200SL, Confidor Matrix, Consult 5 EC, Cosmo 35, Crescent 5EC
- Delta 1.4EC, Delta 2.5EC, Deltafos 1.4EC, Destin 1.4EC, Dewana Cyperchlor 505, Dimeto 400, Dimexion 40, Dragon 505
- Elektra, Energy 505
- Fantasia, Farmsect 550, Fezmet, Fezmet 40, Fujita B, Fusilier 18.3SL
- Imida 200, Indigo
- Kayak 505
- Larvin, Lexide 400EC, Lonsat, Lorsban 40EC
- Mafidor, Mattador, Mospilan 20% WSC
- Naga 505, Nascent 18.2SL, Nexus 18.3SL, Nullecide 10EC
- Pack-It 200, Palisade 18.2 SL, Pegasus 250 SC, Provado 200SL, Pyriban SP
- Recca 280, Regain 500, Regent 50SC, Roction 400
- SK Malathion, Starfos 505, Success 25SC, Sumitox 3.0, Synton 25EC
- Trekker 28
- Unitrin 5EC
- Vita Dimethoate
- Wesilin 1.40
- Zattack 150, Zesban, Zesban 45
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik terhadap kawalan Kutu Trips ini, pengguna disarankan mencampurkan Green Patrol ES kepada racun kimia di atas.