![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/RA_PelombongDaun.jpg)
Nama Serangga : Ulat Pelombong Daun (Leaf Miner)
Keluarga (Famili) : Agromyzidae
Spesis : Terdapat lebih daripada 2,500 spesis di seluruh dunia.
Jenis Tanaman diserang : Bunga kekwa, limau, manggis, Kekacang, tomato, daun bawang, cili dan hampir kesemua sayuran berdaun dan berbuah
Penerangan :
Ulat Pelombong Daun ini sebenarnya berasal dari salah satu spesis lalat yang bertelur pada daun tumbuhan yang kemudiannya apabila telur menetas akan menjadi larva (ulat) sebelum menjadi pupa dan lalat dewasa. Peringkat larva adalah lebih penting kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada tanaman jika tidak dikawal.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_kitaran-1.png)
Telur Pelombong Daun bersaiz kecil, berwarna putih krim dan kebanyakkan boleh dijumpai di permukaan daun. Kebiasaannya seekor serangga dewasa boleh mengeluarkan lebih kurang 100 biji telur pada satu-satu masa.
Telur yang kemudiannya akan menetas menjadi larva dalam masa 4-5 hari. Larva akan melombong ke dalam daun dan memakan tisu daun.
Larva akan bertukar menjadi pupa di dalam kepompong dalam masa 7-8 hari.
Pupa akan bertukar menjadi dewasa dalam masa 8-12hari. Apabila dewasa kelihatan seperti lalat kecil yang berukuran 2.0-3.0mm
Agen/Cara Penyebaran :
Lalat dan Ulat
Bahagian Serangan :
Daun dan buah
Cara Serangan :
Serangga bertelur di atas daun. Apabila telur menetas, larva (ulat) mencari makanan dengan cara melombong (mengorek) daun pokok dan menghisap cecair di dalam tisu daun (sap epidermis). Ini menyebabkan lingkaran putih kelihatan di permukaan daun yang diserang.
Kesan Serangan :
Daun menjadi rosak/cacat dan berkedut atau bergulung.
Kaedah Kawalan dan Rawatan :
- Pasangkan perangkap kuning berpelekat di batas-batas untuk menangkap serangga dewasa (pelombong daun).
- Sembur racun serangga sistematik seperti dimethoate (10ml/4.5 liter air) pada tanaman sekiranya dewasa pelombong daun dikesan pada perangkap kuning berpelekat.
- Sembur racun serangga seperti Selecron, Abermectin (Agrimec 15) atau cyromazine (Trigad) atau deltamethrin (Decis 250) mengikut kadar dan PHI (tempoh menunggu sebelum mengutip hasil) yang disyorkan pada label sekiranya tanda serangan kelihatan.
- Sisa-sisa tanaman hendaklah dicabut dan dimusnahkan selepas kutipan hasil dan tanamkan atau bakar supaya perosak tidak dapat membiak.
- Hapuskan semua tumbuhan lain (termasuk rumpai) di kawasan tanaman dimana terdapat tanda serangan oleh pelombong daun. Ini disebabkan kebanyakan tumbuhan ini adalah perumah bagi pelombong daun.
Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
BioGuard - BioGuard yang mengandungi ekstrak Daun Papaya (Betik) dan Daun Neem dapat mengatasi masalah ulat pelombong daun dengan berkesan. Selain itu, BioGuard juga dapat melindungi tanaman daripada beberapa serangan beberapa jenis seperti Hama, Aphid, Lalat Putih dan penyakit kulat. Apabila semburan BioGuard dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh perosak. Gunakan bersama Garlic Oil untuk kesan yg lebih cepat dan perlindungan yg lebih lama. BioGuard adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.
Green Patrol EC - Green Patrol yang mengandungi lebih 34% pelbagai jenis ekstrak tumbuhan dapat mengatasi masalah ulat pelombong daun dengan berkesan. Selain itu, Green Patrol juga dapat melindungi tanaman daripada beberapa serangan beberapa jenis seperti Hama, Aphid, Lalat Putih, pelbagai jenis ulat dan penyakit kulat seperti kuapok berdebu, jelaga hitam, bintik daun dan lain-lain lagi. Gunakan bersama Garlic Oil untuk kesan yg lebih cepat dan perlindungan yg lebih lama. Green Patrol adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_01.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_02.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_03.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_04.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_05.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_06.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_07.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_08.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_09.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/penyakit/ulat_pelombong_daun/pelombong_daun_10.jpg)