Pam Air yang telah dihidupkan ini seterusnya akan menyalurkan air/air baja kawasan tanaman melalui paip air (paip siraman) yang telah dipasang ke keseluruhan kawasan tanaman. Kemudiannya pam ini akan terhenti dengan sendirinya apabila Alat Pengatur Masa (Timer) memutuskan bekalan elektrik (OFF) berdasarkan kepada pelarasan (setting) yang telah kita lakukan pada Timer tersebut.
Konsep dan fungsinya adalah sama seperti jam loceng yang biasa digunakan di dalam kehidupan harian kita.
Terdapat pelbagai jenama Digital Timer yang berada di pasaran. Diantara jenama yang popular yang terdapat di negara kita Malaysia adalah jenama SUM dan SMART. Di dalam artikel ini, jenama yang yang digunakan sebagai rujukan adalah jenama SUM.
Definasi Paparan Pada Skrin Timer
Setiap butang mempunyai fungsi masing-masing seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-
Fungsi-Fungsi Utama Timer
Pada sesebuah alat Timer terdapat pelbagai fungsi-fungsi yang direka oleh pengeluar yang bertujuan untuk memudahkan dan mempelbagaikan penggunaannya. Diantara fungsi utama yang terdapat di dalam Timer keluaran syarikat tempatan ini ialah :-
- 8 ON/OFF program dengan had minima 1 minit
- Pilihan fungsi MANUAL ON/AUTO/MANUAL OFF
- Pilihan mod waktu 12/24 jam
- Fungsi musim-panas (summertime) tersedia
- Fungsi rawak (random function) dengan rawak terkehadapan 0-30 minit diantara 6:00PM and 6:00AM
- 16 jenis pilihan kombinasi hari :-
Menetapkan Mod 12/24 JAM (12/24 Hour Mode)
Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan mod waktu 24 jam bagi mengelakkan sebarang kekeliruan (AM dan PM) terutamanya semasa melakukan setting.
Fungsi RANDOM
Walaubagaimanapun, di dalam sistem siraman secara Fertigasi, fungsi RANDOM ini tidak digunakan. Oleh yang demikian, ianya perlu dimatikan (OFF) bagi mengelakkan Pam Air melakukan siraman selain daripada Jadual Siraman yang telah ditetapkan oleh pengguna.
Nota : Fungsi RANDOM tidak boleh dijalankan semasa setting program.
Fungsi RST/RCL
Fungsi ON/AUTO/OFF
Begitulah juga pada kedudukan MANUAL OFF, ia akan mematikannya (OFF) Pam Air secara manual.
Pada kedudukan AUTO, Timer ini akan berfungsi secara automatik sepertimana yang telah disetkan oleh pengguna (Jadual Siraman). Namun begitu, sila pastikan kedudukan AUTO yang sebenarnya untuk Timer ini berfungsi. ( sila rujuk disini)
Panduan Membuat Pelarasan (Setting) Digital Timer
Terdapat 4 langkah mudah yang perlu dilakukan untuk alat Timer ini berfungsi sepertimana yang dikehendaki iaitu :-
- Mengecas (Charging)
- Setkan Masa Semasa (Terkini)
- Setkan Masa Siraman (ON/OFF)
- Menetapkan Fungsi AUTO
Mengecas (Charging)
Ini adalah bagi memastikan bateri yang terdapat di dalam alat ini dapat membekalkan kuasa yang berterusan kepada alat ini untuk tujuan menyimpan memori (memory) pelarasan (setting) yang telah kita buat.
Masa yang dicadangkan untuk pengecasan adalah 8-12 jam seperti yang disarankan oleh pengeluar bagi memastikan jangkahayat bateri tersebut dapat bertahan lebih lama.
Kemudian tekan (press) butang MASTER CLEAR dengan menggunakan pen atau pensil atau lidi bagi memadamkan semua informasi yang terdapat di dalam timer ini.
Sekarang timer ini telah mula boleh digunakan untuk membuat pelarasan (setting).
Setkan Masa Semasa (Current Time)
1. Tangan Kiri : Tekan CLOCK (Jangan lepaskan)
Tangan Kanan : Setkan seperti berikut,
2. WEEK : Setkan “MO”
3. HOUR : Setkan “21”
4. MINUTE : Setkan “10”
Sekarang tangan kiri boleh dilepaskan daripada menekan butang “CLOCK”
Muaturun Jadual Siraman
Setkan Masa Siraman (ON/OFF)
Kaedah untuk setkan Masa Siraman seperti di dalam Jadual Siraman adalah seperti berikut :-
Contoh : Siraman 1
Hari (WEEK) : Setiap hari (Isnin-Ahad)
Tempoh Siraman : 5 minit
Masa Timer ON : 8:30
Masa Timer OFF : 8:35
Timer ON adalah kedudukan di mana Pam Air akan ON dan dapat menyalurkan air baja ke kawasan tanaman.
1. Tekan (sekali sahaja) butang “TIMER”
Pada paparan “1 ON”, setkan seperti berikut :-
2. WEEK : MO TU WE TH FR SA SU
3. HOUR : 8
4. MINUTE : 30
Timer OFF adalah kedudukan di mana Pam Air akan OFF dan menghentikan penyaluran air baja ke kawasan tanaman.
1. Tekan butang “TIMER” sekali lagi
Pada paparan “1 OFF”, setkan seperti berikut :-
2. WEEK : MO TU WE TH FR SA SU
3. HOUR : 8
4. MINUTE : 35
Ulangi langkah 1 hingga 4 seperti di atas untuk setting Siraman 2, Siraman 3, Siraman 4 dan Siraman 5.
Akhir sekali, tekan butang CLOCK untuk kembali ke paparan dan kedudukan normal.
Menetapkan Fungsi AUTO
Butang ON/AUTO/OFF adalah berfungsi untuk menentukan arahan kepada operasi yang akan dilakukan oleh Timer seperti berikut :-
MANUAL OFF : Mematikan (Menghentikan) Pam Air secara manual selepas selesai menjalankan fungsi MANUAL ON
AUTO (tanda "betul" berwarna biru) : Menjalankan fungsi alat Timer secara automatik berpandukan kepada setting yang telah dibuat (ON-OFF)
AUTO (tanda "X" berwarna merah) : Tidak ada fungsi
Oleh yang demikian, alat Timer ini MESTI disetkan pada kedudukan AUTO yang betul (tanda "betul" berwarna biru) bagi memastikan program yang telah disetkan dapat berfungsi.
Penyambungan Soket Pam Air Kepada Timer
Pasangkan soket dari Pam Air kepada Alat Pengatur Masa (Timer) ini. Sekiranya panjang wayar elektrik (dari Pam Air) tidak mencukupi, buatlah penyambungan tambahan dengan menggunakan "3 core wire" yang bersesuaian.
Langkah keselamatan hendaklah diutamakan semasa membuat sambungan wayar seperti :-
- Kod warna (LIVE, NEUTRAL, EARTH) wayar sambungan hendaklah dipastikan betul.
- Sambungan wayar tidak bersentuhan antara satu sama lain (LIVE, NEUTRAL, EARTH).
- Kemasan sambungan wayar bagi memastikan tiada kebocoran elektrik melalui sambungan wayar atau terdedah kepada percikan air seperti dari tangki air baja atau terkena air hujan.
Nota : Suis bekalan kuasa elektrik (plug) hendaklah senantiasa di dalam kedudukan "ON".
Spesifikasi Digital Timer : SUM
Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.