Kepada pelanggan-pelanggan kami yang juga merupakan guru-guru sekolah dan warga pendidik termasuk pensyarah-pensyarah di kolej-kolej pengajian dan universiti, sekalung tahniah di atas Jasa dan Pengorbanan guru-guru di dalam mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
1 Aspirasi : Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
1 Agenda : Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.
Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Tema Hari Guru (1972 - 2013)
- 2013 : Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
- 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 : Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 :Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
- 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara