Pendebungaan cili adalah secara persenyawaan sendiri, melalui agen seperti angin dan serangga seperti kelulut dan lain-lainnya. Walaupun begitu 30% dari bunga cili akan berlaku persenyawaan silang juga.
Cili sesuai ditanam di dataran rendah dengan suhu di antara 22 hingga 40 darjah Celcius selain taburan hujan sederhana. Iklim paling baik ialah yang mempunyai suhu 28 hingga 29 darjah Celcius dan ditanam di atas jenis tanah gambut atau tanah berpasir, di dalam polibag atau pasu.
Fakta mengenai Cili Kulai F1 568
Nama varieti : Cili Kulai F1 568
Negara asal : Taiwan
Ketinggian pokok : 70-80cm
Berat buah : 20-25 gram
Panjang buah : 12-18cm
Tempoh semaian biji benih : 3-4 minggu (30 hari)
Tumbesaran : 3 bulan (berbunga, berputik dan berbuah)
Tuaian (Harvest) : 3 bulan
Hasil tuaian : 2.5-3.5 kg/pokok
Jangkahayat : 1 bulan semaian, 6 bulan di dalam polibag
Sifat buah : Berkedut, sederhana pedas, rangup
Sifat pokok : Berbunga sambil berbuah sepanjang masa
Senarai harga biji benih Cili Kulai F1 568 boleh didapati di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.