Projek permulaan Fertigasi ini diperkenalkan ke SMKA Maahad Hamidiah oleh Cikgu Rosni Koronay. Ia bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan kepada para pelajar mengenai tanaman secara fertigasi ini.
Berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan sebelum ini, fasa awal iaitu penyiapan tapak, pemasangan silvershine, batubata, penyemaian benih sayuran telahpun siap dilaksanakan dengan penambahan sebanyak 20 polibag lagi menjadikan jumlah keseluruhan adalah 40 polibag. Maka kehadiran saya pada hari ini sebagai melengkapi pemasangan yang memerlukan teknik yang betul iaitu :-
- Pemasangan Dripper-Nipple-Microtube kebahagian polipaip 16mm
- Pemasangan Sistem paip di bahagian tangki air baja
- Pengujian Sistem Siraman
- Pelarasan Alat Timer
- Pengurusan Tanaman
Kerja-kerja pemasangan dan penerangan sistem fertigasi ini selesai dalam tempoh 1 1/2 jam dengan dibantu juga oleh Cikgu Laili Fairuz Ahmad dan Cikgu Norhashimah Bt Abu Bakar.
Maklumat lanjut mengenai Set Permulaan Tanaman Secara Fertigasi ini boleh didapati di sini atau melalui laman FaceBook Romatech Agro
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.