![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0912_zps6ittyb8v.jpg)
Memasang peralatan paip fertigasi adalah amat mudah. Ianya adalah seperti memasang paip air di rumah kita sendiri. Ianya sama seperti pengagihan saluran paip air ke bilik air, tandas, dapur memasak dan sebagainya. Namun begitu kawalan air di rumah adalah dengan menggunakan "kepala paip". Kita akan membuka atau menutup pada bila-bila masa yang kita perlukan.
Manakala pengaliran air di dalam Sistem Fertigasi adalah secara automatik dengan menggunakan pam air dan timer sebagai alat untuk menyalurkan air kepada tanaman di dalam polibag.
Kebanyakan daripada kita mengabaikan sistem pemasangan paip air saliran terutamanya di bahagian tangki air baja. Kesannya, walaupun timer dan pam air telah "OFF", air masih lagi menitis melalui dripper ke dalam polibag sehingga membasahi silver shine. Jika ianya berterusan akan menyebabkan tangki air akan menjadi kering dan kita terpaksa membancuh semula air baja.
Ini adalah disebabkan oleh faktor fizik yang mana air akan berterusan mengalir kerana di dalam paip 16mm tersebut yang terdapatnya daya tarikan terhadap aliran air yang lebih dikenali sebagai proses siphon/syphon. Oleh yang demikian bagi memutuskan daya tarikan ini, maka udara adalah perlu dibekalkan ke dalam paip air ini melalui paip "return". OT Valve (atau Ball Valve) digunakan sebagai alat kawalan kuantiti air yang hendak dialirkan ke dalam polibag.
Dengan pemasangan sistem pemutus aliran air ini, secara tidak langsung ianya memberi faedah kepada kita yang mana kita tidak perlu menggunakan "alat pengacau" semasa kerja-kerja membancuh air baja. Cukup sekadar dengan "menutup" OT Valve di bahagian "output" paip 16mm ke polibag. Kemudian, "ON"kan pam air selama beberpa minit dan air di dalam tangki akan berpusing kembali kedalam tangki menjadikan bancuhan kita lebih mudah dan tidak memenatkan.
Bagi yang menanam cili secara fertigasi berskala kecil yang kurang dari 100 pokok dan menggunakan pam air akuarium, rekabentuk di atas adalah diantara sistem yang boleh di praktiskan dan menjimatkan kerana ianya menggunakan paip 16mm sama seperti "paip dalaman" yang menyalurkan air kepada polibag. Cara inilah yang saya gunakan di Kebun Puchong dan hasilnya adalah amat baik sekali.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0909_zpsbr9ccj0g.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0923_zpszspksjfw.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0919_zpszepv3lfv.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0921_zpssuybv1ev.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/sistem_tangki_air_baja/DSCN0914_zpszrbicwu6.jpg)