![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/cuci_dripper/DSCN0796_zpslfbtaiwm.jpg)
Kebun Puchong, 11 Januari 2009 - Hari ke-80, saya melakukan kerja-kerja pencucian terhadap peralatan siraman seperti dripper dan paip dalaman (16mm) kerana ianya telah menunjukkan tanda-tanda bahawa dripper tersebut telah tersumbat dan dipenuhi dengan kotoran seperti habuk dan sebagainya.
Ini dapat dipastikan bilamana beberapa polibag kelihatan kering sedangkan pam air berjalan dengan baik tepat pada waktunya.
Kesempatan mengisi bancuhan baja air seterusnya saya gunakan untuk mencuci dripper bengkok tersebut dengan mengisi sedikit air paip ke dalam tangki sehingga ke paras pam air. Kemudian pam dihidupkan untuk mengalirkan air bersih melalui micro tube.
Micro tube yang bersambung kepada dripper dicabut secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada rosak seperti patah, bengkok dan sebagainya.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/cuci_dripper/DSCN0800_zpsqaz7lu1w.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/cuci_dripper/DSCN0803_zpsj4fqyp4g.jpg)
Kemudian air yang mengalir melalui micro tube dihalakan kepada dripper bengkok untuk membuang dan mencuci kotoran yang menyekat laluan air baja dari tangki. Adalah lebih baik jika menggunakan berus kecil untuk tujuan pencucian ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/cuci_dripper/DSCN0799_zpsbur7np9k.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/pengurusan_tanaman/cuci_dripper/disc_filter_zpsot7268bo.jpg)
Sekiranya kita tidak mengendahkan perkara ini, maka kesannya amat besar seperti pokok akan layu kerana kekurangan nutrien memandangkan media tanaman yang digunakan adalah sabut/sekam bakar yang tidak menyimpan apa-apa nutrien yang penting di dalam pembesaran pokok cili ini.