
Kebun Puchong, Khamis 30 Disember 2008 - Hari ini buat pertama kalinya saya dapat merasai cili yang saya tanam lebih 2 bulan yang lepas. Semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan pada pokok cili, tah macam mana saya telah terlanggar buah cili menyebabkannya jatuh ke atas silver shine. Bukan satu tapi 2 biji pulak tu....
Saya mengambil kesempatan makan tengahari hari ini dengan menjadikannya sebagai ulam. Satu untuk saya dan satu untuk isteri. Sedap? memang sedap dijadikan ulam, apatah lagi ianya hasil dari titik peluh dari tulang 4 kerat kita sendiri. Kalau ikut hati, nak petik lagi untuk buat ulam, tapi kajian R&D saya masih belum tamat, kerana pusingannya belum lagi berakhir.
Kesimpulan yang saya dapat dari incident ini ialah :-
- Spesifikasi/jarak kelegaan antara satu-satu pokok cili amat mustahak bukan sahaja untuk keselesaan pokok itu sendiri, malahan kepada usahawan tanaman cili bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan, meracun dan sebagainya.
- Umur cili 2 bulan dah boleh dapat hasil dengan syarat baja dan racun diselenggara dengan baik dan teratur.
- Cili hijau memang sedap dibuat ulam.





































Setiap usahawan pertanian terutamanya usahawan pertanian fertigasi perlu memiliki alat penyukat ini yang amat berrguna untuk tujuan menyukat kandungan baja air yang digunakan bagi membolehkan setiap tanaman mereka memperolehi nutrien (baja) yang mencukupi. Ini adalah kerana setiap jenis tanaman memerlukan sukatan EC (Electric Conductivity) yang berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut.
Cara penggunaannya adalah mudah iaitu dengan mengambil sedikit baja air dan dimasukkan kedalam satu bekas (boleh gunakan penutup alat ini) dan kemudian hujung alat ini direndamkan ke dalam larutan baja air. Bacaan EC diperolehi dengan menekan butang "MODE" sehingga kelihatan paparan "EC".
Kebun Permai, Ahad 14 Disember 2008 - Hari ke-8, perkembangan pokok cili adalah baik walaupun terdapat gangguan daripada beberapa jenis serangga perosak seperti semut, lalat putih dan belalang hijau yang memakan dan merosakkan beberapa helai daun pokok cili. Oleh yang demikian pada hari ini saya melakukan semburan racun serangga jenis 














