Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Lakaran Pemasangan Pada Tangki Air Baja


Lakaran di atas adalah contoh pemasangan paip, pam air dan timer pada Tangki Air Baja. Kaedah pemasangan ini adalah paling efektif bagi mengatasi masalah Siphon/Syphon iaitu apabila Pam Air "OFF", kesemua air di dalam tangki air baja akan terus dialirkan ke kebun sehingga air baja akan kering sepenuhnya.

Ia sama seperti kita memindahkan air dari Bekas A (kedudukan lebih tinggi) kepada Bekas B (kedudukan lebih rendah) dengan menggunakan paip getah. Pada satu hujung paip getah dimasukkan ke dalam Bekas A, kemudian kita akan menyedut air dari hujung paip getah yang lagi satu dan terus memasukkannya ke dalam bekas B. Air akan terus mengalir ke dalam Bekas B tanpa kita perlu menyedutnya secara berterusan di sebabkan oleh apa yang dinamakan proses Siphon (Syphon).

Untuk memberhentikan air daripada terus mengalir, bahagian hujung paip yang terletak di dalam Bekas A perlulah diangkatkan melebihi paras air dari Bekas A tersebut. Pada masa ini, udara akan masuk ke dalam hujung paip getah. Apabila kita memasukkan semula hujung paip getah ini ke dalam Bekas A semula, air tidak akan mengalir lagi.

Kaedah yang sama juga digunapakai di dalam Sistem Pemasangan Paip Air Baja di dalam Sistem Fertigasi, kerana ianya bukan sahaja amat efektif, malahan kosnya adalah amat rendah berbanding dengan pemasangan "Solenoid Valve" yang harganya lebih daripada RM100.00.

Tambahan pula, kaedah ini tidak memerlukan penyelenggaraan (maintenance).

Selamat mencuba....


Artikel berkaitan : Pemasangan Sistem Kebun Laman


Download Lakaran Penuh Pemasangan Tangki Air Baja :-





Buku Log : Rekod Penyediaan Baja Fertigasi AB


Menyediakan Buku Log merupakan satu Amalan Pertanian yang baik kerana secara tidak langsung ianya dapat memastikan kerja-kerja yang dilakukan di kebun adalah secara terancang dan teratur disamping dapat menjimatkan masa dan kos operasi di kebun. Dengan penggunaan buku log juga, pengusaha kebun pertanian akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara yang dicatitkan di dalam buku log tersebut.

Pada kali ini kami ingin membantu pengusaha kebun pertanian samada yang berskala kecil mahupun besar bagaimana untuk menyediakan Buku Log Penyediaan Baja Fertigasi AB. Dengan adanya buku Baja AB ini, pengusaha akan dapat mengetahui perbelanjaan (kos) penggunaan baja AB untuk 1 pusingan musim tanaman fertigasi. Malahan ianya juga akan dapat memastikan kerja-kerja menyediakan baja fertigasi AB akan lebih mudah dan menjimatkan.

Ini adalah kerana, bagi pengusaha yang menggunakan air paip sebagai sumber air utama, bacaan pH dan EC air yang dibekalkan oleh pembekal air sperti SYABAS adalah tidak konsisten. Kebiasaannya pada musim hujan, bacaan pH dan EC adalah lebih rendah.

2 perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah bacaan pada pH (keasidan atau kealkalian sumber air atau air baja) dan EC (Electric Conductivity) iaitu kepekatan baja AB. Sila pastikan bacaan pada pH dan EC adalah bertepatan dengan keperluan pokok bermula dari anak pokok sehingga pokok mengeluarkan hasilnya seperti berikut :-

Contoh tanaman : Cili
Permulaan
pH 5.8 – 6.3
EC 1.5 – 1.8

Selepas 3 – 4 minggu
pH 6.0 – 6.3
EC 1.8 – 2.5

Sila rujuk Jadual siraman untuk maklumat lanjut disini

Langkah-langkah penyediaan buku log Baja Fertigasi AB :-
1. Dapatkan sebuah buku tulis di kedai buku.


2. Salin format Buku Log ke dalam Buku tersebut.
3. Isikan butiran maklumat di dalam buku log setiap kali membuat bancuhan air baja.

Penjelasan :-
  • Bacaan Awal bermaksud bacaan diambil selepas mengisi tangki air baja dengan air seperti air paip, air sungai, air telaga dan sebagainya.
  • Bacaan Akhir bermaksud bacaan yang diambil selepas menambah Pati Baja AB ke dalam tangki yang berisi air yang hendak dijadikan siraman ke pokok.

Download Contoh Buku Log Penyediaan Baja Fertigasi AB :-





Bandwith Exceeded : Masalah Paparan Imej

Kami ingin memohon maaf sekali lagi kerana terdapat masalah Paparan Imej pada blog ini di sebabkan "Bandwidth Exceeded" sejak 3hb. Februari 2010, seperti mana yang dimaklumkan oleh penyedia hosting (Photobucket).

Ini adalah kerana menurut Photobucket, had penggunaan sebanyak 10.0 GB yang diperuntukkan kepada kami telah melebihi kuota yang dibenarkan (kes percuma la nie...dan kekerapan blog dilayari). Oleh yang demikian, semua paparan imej yang menggunakan penyedia hosting Photobucket tidak akan dipaparkan pada blog sehingga 15hb Februari 2010 ini.

InsyaAllah, kami sedang di dalam proses mengalih arah kepada penyedia/hosting yang lain yang tidak menghadkan bandwidth.

Kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.

Romatech Agro.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.