Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Khidmat Pembelian Melalui Pesanan Tempatan Local Order LO

Bermula daripada hari ini, Isnin 25hb November 2013, Romatech Agro melangkah setapak ke hadapan bagi memudahkan urusan yang melibatkan pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat pembayaran melalui Local Order - Pesanan Tempatan (LO)

Sehubungan dengan itu, pelanggan-pelanggan terutamanya daripada jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Kementerian Kesihatan, MARDI, UPM, Majlis Daerah dan sebagainya, kini boleh membuat urusan pembelian semua peralatan pertanian dan fertigasi daripada Romatech Agro melalui Pesanan Tempatan - LO.

Mudah-mudahan dengan perkhidmatan terbaru ini, pelanggan-pelanggan akan dapat berurusan dengan lebih mudah dan selesa dengan Romatech Agro.

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Foliar Kalsium dan Boron Magic CaBo 118

Magic CaBo 118 adalah merupakan nutrien atau baja dedaun (foliar) tambahan yang amat berguna untuk membekalkan unsur penting Kalsium dan Boron sepertimana yang diperlukan oleh semua jenis tanaman.

Pada kebiasaannya hampir kesemua jenis tanaman seringkali menghadapi masalah kekurangan (nutrien deficiency) kedua-dua unsur Kalsium dan Boron terutamanya pada musim hujan.

Kepelbagaian Jenis Kalsium (Ca)
Kalsium (Ca)
Diantara fungsi utama Kalsium adalah :-
  • Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar.
  • Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan.
  • Perlu di dalam proses fotosintesis.
  • Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino.
  • Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanaman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.
  • Membantu di dalam proses mematangkan stem.
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
  • Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata.
  • Memperbaiki tekstur buah.
Kesan kekurangan Kalsium (Ca) adalah :-
  • Daun muda (atas) berwarna hijau gelap dan pucuk mati pada keadaan yang lebih teruk.
  • Pertumbuhan struktur dan ketelapan dinding sel terbantut.
  • Bahagian matatunas, pucuk dan daun muda berwarna keputihan serta kering (nekrotik) di hujung atau tepi lai daun.
  • Daun muda berkedut (gelembung).
Simpton Kekurangan Kalsium (Ca)


Kepelbagaian Jenis Boron (B)
Boron (B)
Diantara fungsi utama Boron (B) adalah :-
  • Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat.
  • Penting untuk pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk.
  • Perlu di dalam proses fotosintesis.
  • Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino.
Kesan kekurangan Boron (B) adalah :-
  • Pertumbuhan daun muda terbantut dan menyebabkan ianya kelihatan berputar (bergulung). Pada tahap kronik, pertumbuhan bahagian pucuk terhenti dan mati pada keadaan yang lebih teruk.
  • Pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk akan terbantut.
  • Tanda kekurangan mula ditunjukkan pada matatunas, pucuk dan daun muda.
  • Daun muda berkedut dan rapuh.
  • Bahagian berkenaan menjadi putih dan kering (nekrotik).
  • Pertumbuhan bunga akan terbantut
Simpton Kekurangan Boron (B)


Kelebihan Magic CaBo 118
Terdapat banyak manafaat yang diperolehi hasil dari penggunaan Magic CaBo 118 secara berterusan, antaranya :-
  • Mencegah dan membaik pulih gangguan-gangguan fisiologi yang berkaitan dengan kekurangan dan ketidakseimbangan Klasium dan Boron.
  • Mempercepatkan pembiakan dan percambahan tisu-tisu sel.
  • Menggalakkan pendebungaan dan meningkatkan pembentukan buah.
  • Meneguhkan tisu-tisu tumbuhan dan meningkatkan daya ketahanan penyakit seperti pecah buah, reput hujung, reput buah dan lain-lain.
  • Mempercepatkan daya translokasi Kalsium terutama dari daun ke dalam buah.
  • Menggalakkan keberkesanan daya fotosintesis.
  • Meningkatkan mutu hasil pertanian pada tahap tertinggi.
  • Meningkatkan daya jangkamasa simpanan dan ketahanan hasil pertanian selepas tuaian.

Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Botol Magic CaBo 118 perlu digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan.

Pokok buah-buahan :

Dokong, Betik, Jambu Air, Durian, Limau Bali, Limau, Belimbing, Tembikai, Mangga, Pulasan dan lain-lain.

Kadar : 30ml -40ml = 18 Liter air

Kekerapan : 1-2 minggu sebelum pembentukan bunga dan semasa berbunga


Sayur-sayuran Berbuah :

Cili, Terung, Timun, Kekacang, Tomato dan lain-lain.

Kadar : 35ml -55ml = 18 Liter air

Kekerapan : Selepas pembentukan buah, ulang setiap 2 minggu


Sayur-sayuran Berdaun :

Kobis Cina, Kobis Bunga, Sawi dan lain-lain.

Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air

Kekerapan : Sebaiknya selepas pengubahan (transplant), 2-3 kali semusim atau setiap 1-2 minggu sekali


Pokok Bunga (Hiasan) :

Orkid, Ros, Kekwa, Jasmin dan lain-lain.

Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air

Kekerapan : Sebelum atau selepas pembungaan atau setiap 1-2 minggu sekali


Tanaman Ladang :

Lada Hitam, Koko, Kopi, Semaian Kelapa Sawit dan lain-lain.

Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air

Kekerapan : Sebelum atau selepas pembungaan atau setiap 1-2 minggu sekali


Tembakau :

Tanaman Tembakau

Kadar : 20ml = 18 Liter air

Kekerapan : 2-3 minggu selepas pengubahan (transplant) atau setiap bulan sekali


Kesesuaian dan Keserasian
Magic CaBo 118 juga sesuai digunakan bersama-sama dengan kebanyakan jenis racun serangga, racun kulat serta baja semburan (foliar) yang lain.

Keselamatan Terhadap Tumbuhan
Magic CaBo 118 adalah selamat digunakan pada semua jenis tanaman. Walaubagaimanapun, disyorkan untuk menguji keselamatan terhadap tanaman sensitif sebelum menggunakan di kawasan yang besar.


Maklumat lanjut berkaitan Magic CaBo 118
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.