Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Penyakit : Hawar Pucuk



Nama Penyakit : Hawar Pucuk (Leaf Blight)
Patogen (Agen Pembawa) : Choanephora Cucurbitarum
Punca : Kulat Amaranthus (terdiri dari 15 spesis)
Nama Lain : Patah batang (Indonesia), Wet Rot, Shoot Blight

Penerangan :

Choanephora ialah kulat daripada kumpulan Zygomycetes. Ia membentuk hifa tegak (aerial), berwarna kelabu seperti duri halus dengan penghujungnya berwarna gelap. Choanephora, seperti juga hifa Rhizopus, berwarna kelabu.

Kulat dalam kategori ini tidak hidup dalam air dan pada amnya tidak menyukai tempat yang basah. Sebahagian besar daripadanya hidup sebagai saprofit di dalam tanah atau bahan organik yang sedang mengalami pereputan.

Kulat alam subdivisi ini mempunyai dua ciri utama iaitu tidak mempunyai zoospora dan hasil percantuman gametangiumnya ialah zigospora. Ia mempunyai dua kelas iaitu :-
  1. Zygomycetes. Zygomycetes mempunyai dua order iaitu Entomophthorales dan mucorales . Sebahagian besar kulat dalam order Entomophthorales merupakan parasit serangga. Contohnya ialah Entomophthora muscae yang menjadi patogen serangga terutama kepada lalat rumah ( Musca domestica). Badan lalat yang sudah mati akan diselubungi oleh kapas iaitu konidiofor dan miselium kulat.
  2. Trichomycetes. Pengetahuan tentang kulat ini sebenarnya tidak banyak. Kedudukan taksonomi tidak jelas kerana sistem pembiakan seksnya tidak diketahui secara mendalam. Ia dimasukkan dalam subdivisi zygonycotina kerana struktur yang menyerupai zigospora di jumpai. Kebanyakkan kulat kela ini hidup secara komensal (kulat ini hidup dengan mendapat keuntungan dari organisma lain dan organisma itu tidak mengalami kerugian ).

Agen/Cara Penyebaran :
Kulat jenis ini banyak tersebar melalui bawaan angin.

Bahagian Serangan :
Pucuk, daun dan buah

Cara Serangan dan Kesan :
Kulat jenis ini biasanya akan menyerang bahagian pucuk. Bahagian daun yang mengalami serangan akan mengecil. Pucuk akan menjadi layu dan berwarna hitam. Manakala penghujung ranting pula akan mati bermula di bahagian pucuk (dieback). Ia kelihatan seperti ri-ri halus berwarna kelabu air. Terdapat juga spora-spora berwarna hitam dan jika dibiarkan akan merebak ke bahagian putik bunga dan ranting-ranting pokok.


Kaedah Kawalan dan Rawatan :

Perlu diakui bahawa penyakit Hawar Pucuk ini pada kebiasaannya tiada sebarang racun kulat yang yang mampu untuk membendung atau merawatnya seperti penyakit-penyakit yang lain. Walaubagaimanapun, penggunaan racun kulat yang lain akan dapat mengurangkan kesan daripada kemusnahan akibat dari penyakit Hawar Pucuk ini. (Dr Pamela D. Robers).

Jika serangan penyakit ini berada pada tahap yang kritikal, adalah disarankan agar pokok tersebut dimusnahkan (sebaiknya dibakar) dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kepada pokok yang lain.

Salah satu kaedah yang popular untuk mengekang penyakit ini pada peringkat awal ialah dengan melakukan rawatan terhadap biji benih sebelum semaian benih lagi. Biji benih perlulah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan racun kulat seperti Thiram dan sebagainya.

Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Kimia :
Pengaktif Tanaman
Acibenzolar (47.5% w/w) - Pengaktif Tanaman
Nama dagangan : Bion 50 WG
Formulasi : Butir Terserak Air
No. LRMP : 4943 Kelas V
Nama pendaftar : Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.

Deskripsi : Sejenis pengaktif tanaman. Bertindak dengan merangsang ketahanan semulajadi tanaman dikenali sebagai Systemic Activated Resistance dan memperbaiki ketahanan terhadap tanaman cili. Disyorkan pengaktif tanaman ini dicampur dengan racun kulat Mancozeb dan disembur sebelum serangan penyakit berlaku.

Racun Kulat
Prodione (50% w/w) - Racun Kulat
Nama dagangan : Rovral
Formulasi : Serbuk Bancuh (WP)
No. LRMP : 4898 Kelas IV
Nama pendaftar : Rhone Poulenc Malaysia Sdn. Bhd.

Deskripsi : Racun kontrak yang mempunyai tindakan protective dan curative. Racun kulat ini dapat mengawal penyakit-penyakit seperti hawar, bintik daun pada tanaman kubis cina, timun, tomato, kulapuk kelabu bagi cili, tomato, terung, kekwa, ros, binting perang, hawar seludang pada tanaman padi dan rumput turf.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil :
Tanaman timun dan tomato : 3 hari
Tanaman kubis cina, terung dan cili : 7 hari


Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Organik :

Terdapat juga kaedah dan kawalan secara organik iaitu dengan menggunakan ekstrak Minyak Bawang Putih :-
1. Hancurkan (kisar) 50 gm bawang dengan 1 liter air.
2. Kemudian tapis hasil yang telah dikisar
3. Semburkan pada pokok.
NOTA : Namun begitu keberkesanannya adalah bergantung kepada tahap kerosakan yang disebabkan oleh serangan penyakit ini.

Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Cultural :

Bagi tanaman di dalam rumah lindungan hujan (bertutup), peredaran udara yang bail adalah amat mustahak dan memastikan keadaan seperti berikut diambil kira :-
  • Menjarakkan tanaman (plant spacing)
  • Memastikan sistem aliran peparit (drain) adalah teratur bagi memudahkan aliran air semasa hujan.
  • Mengelakkan sistem pengairan secara pancuran yang tidak teratur.

Simpton Penyakit Hawar Pucuk









Rujukan :
1. Dr. Pamela D.Roberts - Integreted Pest Management, University of Florida
2. Jabatan Pertanian Malaysia




EcoKompos : Baja Organik Air Cacing


EcoKompos merupakan baja organik berasaskan air cacing yang telah di-fermentasikan untuk menghasilkan bakteria yang berfaedah kepada tanaman.

Produk ini dihasilkan bukan sahaja sebagai baja organik malahan dengan keujudan kumpulan bakteria baik di dalamnya akan dapat menghindarkan bakteria dan patogen yang tidak baik daripada merosakkan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk kelapa sawit, getah dan tanaman padi.

Sekaligus ianya dapat memberikan keupayaan dan ketahanan kepada tanaman daripada serangan penyakit seperti kerinting pada tanaman cili, kulat dan sebagainya.

Penggunaan Baja EcoKompos ini juga akan dapat memanjangkan tempoh dan jangka hayat tanaman.

Disamping itu juga, ia mampu meningkatkan kesihatan tanaman dan merangsangkan pertumbuhan tunas, bunga dan buah kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.

EcoKompos adalah selamat & mesra alam
EcoKompos adalah produk 100% organik. Oleh yang demikian ia adalah selamat digunakan dan mesra alam.

Faedah Baja EcoKompos
  • Merangsang pertumbuhan tunas, bunga dan buah.
  • Memperkukuh akar, batang, daun dan buah.
  • Memperkaya unsur media tanaman, baik makro atau mikro.
  • Meningkatkan kesuburan media tanaman.
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
  • Memulihkan tanah secara semulajadi dan mesra alam.

Panduan Penggunaan Baja Organik EcoKompos
  1. EcoKompos boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti tanah semaian (topsoil) dan baja organik yang lain.
  2. EcoKompos boleh dicampurkan dengan tanah/campuran tanah/substrak fertigasi untuk kegunaan tanah semaian.
  3. EcoKompos ditaburkan ke pangkal pokok atau di atas akar tanaman dan ditutup dengan sedikit tanah kemudian disiram dengan air.
  4. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (hidroponik), disiram ke pangkal tanaman atau disiram rata-rata ke atas permukaan tanah/rumput.
  5. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (fertigasi), disembur kepada keseluruhan pokok dan di dalam polibag.
  6. EcoKompos boleh dibuat uncang kain dan diletakkan di atas media (arang atau sabut) untuk pokok orkid.


Sukatan Penggunaan Baja EcoKompos

Tanaman sayur-sayuran (Cili, Terung, Timun, Kacang Panjang, Bendi dan lain-lain)
1-2 minggu) : 5ml/1L air atau 1L/200L air
2 minggu ke atas) : 10ml/1L air.
Kekerapan : Ulang setiap 10 hari.

Pokok Buah-buahan : 20ml/1L air atau 1L/50L air

Tanaman padi : 3L/ekar
Pembajaan dilakukan pada hari ke 20, hari ke 40 dan hari ke 65.


Kandungan Unsur Baja EcoKompos






Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.