Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Ulangtahun ke-10 Romatech Agro Fertigasi 2018

19 Disember 2018 Rabu. Hari ini genap 10 tahun Romatech Agro melibatkan diri di dalam industri pertanian sebagai pembekal dan menjual peralatan pertanian dan fertigasi

Terima Kaseh Kepada Pelanggan
Kami amat bersyukur dan berterimakaseh kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang telah berkunjung ke kedai kami sejak dari tahun 2008 hingga kini yang terletak di Kg Baru Batu 14, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Sejak dari 2008, kami telah menerima kunjungan pelanggan dari dekat dan jauh di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Tidak kurang juga pelanggan dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Nigeria, Somalia, Mesir dan lain-lain negara.

Antara pelanggan-pelanggan agensi kerajaan Malaysia yang berurusan dengan kami adalah seperti Jabatan Pertanian (DOA), Pertubuhan Peladang (PPK), MARDI, FAMA, Kementerian Kesihatan, Universiti, Kolej Komuniti, Sekolah dan lain-lain.

Azam dan Tekad
Kami berazam dengan sedikit pengalaman selama sedekad ini, untuk terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangat kompetitif kepada semua pelanggan-pelanggan kami samada petani, pekebun, agensi kerajaan mahupun orang ramai yang bercucuk tanam secara kecilan atau secara hobi.

Hubungi Kami
Kami boleh dihubungi seperti biasa seperti dibawah ini.
  1. Layari laman blog Romatech Agro
  2. Telefon : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  3. SMS : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  4. Email Romatech Agro
  5. Whatsapp : 019-226 2125
  6. Facebook Romatech Agro
  7. Facebook Messenger Romatech Agro



Panduan Menyediakan Bancuhan Racun Kawalan Serangga Dan Perosak

Setiap pekebun yang mengusahakan tanaman samada tanaman kontan seperti sayur-sayuran mahupun tanaman kekal seperti mangga, belimbing, jambu dan lain-lain, mengharapkan tanaman mereka bebas dari serangan serangga dan perosak atau sekurang-kurangnya tanaman mereka mendapat perlindungan yang sebaiknya.

Serangan Penyakit dan Keperluan Kawalan
Antara serangan penyakit yang disebabkan oleh serangga adalah seperti Hamama, Aphid (Kutu Daun), Kutu Thrips, Lalat Putih, Nematod dan lain-lain. Manakala perosak lain seperti Kulat dan Bakteria.

Tanaman yang berpenyakit ini adalah punca utama yang mengganggu (terbantut) pembesaran tanaman dan menghalang produktiviti yang akhirnya membawa kepada kerugian.

Bagi memastikan tanaman bebas serangan penyakit atau sekurang-kurangnya tanaman mampu berdaya tahan terhadap serangan penyakit, aktiviti meracun atau melakukan kawalan serangga dan perosak adalah satu kemestian. Namun begitu pekebun seringkali melahirkan keluhan kerana walaupun telah mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli pelbagai produk-produk kawalan serangga yang kadangkala berharga sehingga ratusan ringgit, tetapi tanaman mereka masih berhadapan dengan serangan serangga dan perosak yang menyebabkan tanaman mereka berpenyakit sehingga ke peringkat serangan virus.

Antara penyebab utama dan penyumbang kepada kegagalan sesuatu produk kawalan serangga dan perosak itu memberikan perlindungan yang baik adalah kerana kurangnya pengetahuan terhadap kaedah-kaedah yang baik untuk menyediakan larutan semburan yang benar-benar berkesan terutamanya sekiranya menggunakan lebih dari 1 jenis kawalan serangga.

Kaedah Pra-Campur
Antara kaedah terbaik untuk menyediakan larutan semburan kawalan serangga dan perosak adalah dengan kaedah menyediakan larutan pra-campur terlebih dahulu. Larutan pra-campur adalah proses melarutkan pati (concentrate) kepada jumlah yang kecil terlebih dahulu sebelum dilarutkan kepada jumlah yang besar.

Kelebihan Pra-Campur
Tujuan dan kelebihan menyediakan larutan Pra-Campur adalah :-
  1. Pati (concentrate) dapat diuraikan (melarut) dengan lebih mudah (tidak bergumpal atau berketul)
  2. Sebati : Memastikan kedua-dua jenis bahan yang berbeza dapat sebati dengan baik.
  3. Serasi : Memastikan kedua-dua jenis bahan yang berbeza dapat serasi dengan baik.
  4. Mengelakkan stress kepada tanaman sekiranya larutan semburan tidak serasi.
  5. Mengelakkan ketidakberkesanan & pembaziran semburan dan sekiranya campuran larutan tidak sebati.

Bahan-bahan dan peralatan
Keperluan bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk bancuhan larutan semburan :-
  1. Pati kawalan serangga dan perosak (Neem Oil & Garlic Oil)
  2. Bekas botol mineral (sebaik-baiknya HDPE) bersaiz 500ml setiap satu sebanyak 2 botol
  3. Bekas/Tong bancuhan HDPE bersaiz 50 Liter dan ke atas
  4. Tong semburan

Kadar Pencairan Pati (Concentrate)
Kadar pencairan untuk menyediakan 1 Liter larutan semburan kawalan serangga dan perosak :-
  1. Neem Oil : 3 ml
  2. Garlic Oil : 1 ml
  3. Air bersih : 1 Liter
Kadar pencairan untuk menyediakan 20 Liter larutan semburan kawalan serangga dan perosak :-
  1. Neem Oil : 3 ml x20 = 60 ml
  2. Garlic Oil : 1 ml x20 = 20 ml
  3. Air bersih : 20 Liter

Kaedah Membancuh Larutan Semburan
Kaedah bancuhan larutan semburan :-
  1. Isikan air bersih sebanyak 200ml masing-masing ke dalam botol mineral bersaiz 500ml masing-masing.
  2. Isikan air bersih sebanyak 19.6 Liter ke dalam tong bancuhan.
  3. Isikan pati Neem Oil sebanyak 60ml ke dalam botol mineral pertama yang berisi 200ml air bersih dan goncang hingga sebati.
  4. Tuangkan pra-campur Neem Oil di atas ke dalam tong bancuhan yang berisi 19.6 Liter air bersih dan kacau hingga sebati.
  5. Kemudian isikan pula pati Garlic Oil 20ml ke dalam botol mineral ke-dua yang berisi 200ml air bersih dan goncang hingga sebati.
  6. Tuangkan pra-campur Garlic Oil di atas ke dalam tong bancuhan yang telah diisikan larutan Neem Oil di atas dan kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan larutan yang telah menjadi 20 Liter campuran Neem Oil dan Garlic Oil dari tong bancuhan di atas ke dalam tong semburan.
  8. Lakukan semburan kepada tanaman.

Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati dengan cara Whatsapp : 0192262125 atau Lihat Panduan atau email kami.



Alat Penyukat PH Meter PH-02

Alat Penyukat PH Meter adalah merupakan salah satu peralatan penyukat PH yang penting untuk di dalam sistem penanaman secara Fertigasi, Hidroponik, Autopot mahupun penternakan ikan akuarium. Selain itu, ia sangat berguna didalam industri air terutamanya minuman bagi tujuan memeriksa paras PH air bagi memastikan ianya selamat untuk diminum serta lain-lain lagi.

Apakah pH
PH sesuatu bahan adalah penunjuk kepada berapa banyak kuantiti ion-ion hidrogen yang terbentuk di dalam kuantiti air. Jika terdapat lebih banyak cas ion hidrogen, maka larutan tersebut bersifat asid berbanding sebaliknya.

Sesetengah andaian bahawa PH bermaksud "power of hydrogen" or "potential of hydrogen". Definasi yang lebih jelas, PH bermaksud logarithma aktiviti ion hidrogen di dalam sesuatu larutan cecair.


Bagaimana PH Meter Berfungsi
Pada asasnya PH Meter menyukat kepekatan ion hidrogen di dalam sesuatu bahan larutan. Larutan yang berasid mengandungi lebih banyak cas-cas yang positif ion hidrogen berbanding dengan larutan yang beralkali. Oleh yang demikian, ianya mempunyai potensi yang lebih besar untuk menghasilkan arus elektrik di dalam sesuatu keadaan. Dengan lain perkataan, ianya seperti sebuah bateri yang dapat menjana voltan (voltage).

PH Meter mengambil kelebihan ini dan berfungsi seperti sebuah alat penyukat voltan (voltmeter). Ia menyukat voltan (electrical potential) yang dihasilkan oleh larutan yang disukat, kemudiannya membandingkan dengan voltan (voltage) yang diketahui dan seterusnya menggunakan perbezaan ini untuk diterjemahkan kepada unit PH.


Kepentingan Memeriksa PH Larutan
Memeriksa dan memastikan PH air yang betul dan selamat adalah sangat penting samada di dalam industri air seperti air minuman, kolam renang, makmal sekolah, industri makanan serta penternakan ikan samada kolam ataupun akuarium, pertanian, Fertigasi, Hidroponik, Aquaponik dan lain-lain.

Manakala di dalam pertanian, PH air atau air baja yang betul adalah sangat penting bagi memastikan baja (melalui baja air dan sebagainya) dapat diserapkan dengan baik oleh akar pokok. Sekiranya air atau air baja yang dibekal terlalu berasid, maka akar pokok tidak akan dapat menyerap baja dengan baik.

Cadangan PH Yang Sesuai
Berikut adalah cadangan nilai PH yang ideal untuk beberapa kategori penggunaan :-
  • Sumber air : PH6.0 - PH7.5
  • Baja AB : PH5.8 - PH6.8 (bergantung kepada umur dan jenis tanaman)
  • Medium/tanah : PH5.5 - PH7.5
Maklumat lanjut disini




Digital PH Meter PH-02 Alat penyukat PH Meter PH-02 ini adalah merupakan peralatan yang digunakan untuk menyukat kadar kemasaman (acidity) atau kealkalian (alkalinity) sesuatu larutan cecair. Ia sangat mudah digunakan dengan cara mencelup (immerse) elektrod ke dalam larutan cecair dan bacaan segera diperolehi pada paparan LCD.

Dengan resolusi 0.01PH, anda akan memperolehi bacaan yang lebih tepat berbanding atau setara dengan PH Meter jenama terkenal yang lain.

Diantara ciri-ciri yang baik adalah terletak pada bahagian elektrod yang direka khas dari komponen bahan yang berkualiti bukan sahaja memberikan ketepatan bacaan malahan dapat memanjangkan hayat produk ini.



Skop Penggunaan PH Meter PH-02
Skop penggunaan PH Meter PH-02 ini adalah sangat meluas seperti di dalam industri air, air minuman, perikanan (kolam ikan), kolam renang, makmal, pertanian, baja Fertigasi AB, Hidroponik, Aquaponik dan lain-lain lagi.




Kelebihan PH Meter PH-02
Walaupun PH Meter PH-02 bersaiz kecil dan pada harga yang munasabah, ianya mempunyai banyak kelebihan seperti :-
  1. Bacaan pantas dan tepat (Fast and Perfect) : Hanya ON PH Meter, celupkan ke dalam larutan yang hendak disukat dan baca paparan LCD. Paparan LCD yg besar memudahkan penglihatan pada bacaan
  2. Kalibrasi Automatik (Automatic Calibration) : Tidak memerlukan screwdrivers, HANYA tekan butang CAL (CALIBRATION) dan alat penyukat ini akan melakukan kalibrasi secara automatik
  3. Fungsi ATC : Fungsi Automatic Temperature Compensation (ATC) dapat memastikan PH Meter ini melaras secara automatik terhadap sebarang perubahan pada suhu larutan cecair yang disukat
  4. Rekabentuk mudahalih (Portable Design) : Rekabentuk yang memudahkan pengguna memegang kemas peralatan ini dan disertakan dengan kotak penyimpanan (carrying case) yang menarik serta klip khas yang membolehkan PH Meter ini disematkan pada poket baju
  5. Penggunaan yang meluas : Sesuai untuk penggunaan pengguna biasa di rumah untuk menyukat PH air minuman, Makmal, Kolam renang, Kolam ikan, Akuarium, Fertigasi, Hidroponiks, Aquaponik dan lain-lain lagi


Spesifikasi Peralatan Penyukat PH Meter PH-02
Spesifikasi peralatan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-


Cara Penggunaan PH Meter (PH-02)
Cara Penggunaan PH Meter ini adalah seperti berikut :-
  1. Buka Penutup (protective cap)
  2. Bilas (rinse) bahagian elektrod dengan dengan air suling (distilled water), dan keringkan dengan kertas lembut (filter-paper)
  3. Tekan butang ON/OFF (push button) untuk menghidupkan PH Meter ini
  4. Celupkan bahagian elekrod PH Meter kedalam larutan yang ingin disukat
  5. Kacau (Stir) secara perlahan-lahan (gentle) dengan bahagian elektrod terendam di dalam larutan cecair tersebut. Lihat pada paparan LCD dan ambil bacaan apabila bacaan telah stabil
  6. Apabila telah selesai, tekan butang ON/OFF untuk mematikan PH Meter ini
  7. Bilas bahagian elektrod dengan menggunakan Air Suling (Distilled Water)
  8. Pasangkan semula Penutup (Protective Cap) untuk melindungi bahagian elektrod



Calibration (Kalibrasi) PH Meter (PH-02)
Calibration perlu dilakukan secara berkala atau bilamana ianya dirasakan perlu berdasarkan kepada ketepatan bacaan dari masa ke semasa atau PH Meter ini telah tidak digunakan untuk satu jangkamasa yang lama. Cara melakukan PH Meter ini adalah seperti berikut :-
  1. Larutkan Buffer Solution 6.86PH dan 4.00PH secara berasingan ke dalam 250ml air Air Suling (Distilled Water) setiap satu
  2. Buka Penutup (protective cap)
  3. Hidupkan (Switch ON) PH Meter
  4. Celupkan elektrod PH Meter ke dalam larutan Buffer Solution 6.86PH di atas pada suhu 25°C
  5. Tekan (Press) butang “CAL” selama 3 saat dan lepaskan
  6. - Paparan akan mula berkedip (flashing) angka 6.86

    - Tunggu sehingga paparan berhenti berkedip

    - Bilas (rinse) elektrod PH Meter dengan Air Suling (Distilled Water) dan keringkan

  7. Celupkan elektrod PH Meter ke dalam larutan Buffer Solution 4.00PH di atas pada suhu 25°C
  8. Tekan (Press) butang “CAL” selama 3 saat dan kemudian tekan butang “CAL” dan lepaskan dengan cepat

    - Paparan akan mula berkedip (flashing) angka 4.00

    - Tunggu sehingga paparan berhenti berkedip

    - Bilas (rinse) elektrod PH Meter dengan Air Suling (Distilled Water) dan keringkan

  9. Celupkan sekali lagi PH Meter ke dalam Buffer Solution 6.86PH dan periksa samada bacaan adalah betul. Sekiranya bacaan tidak betul, ulang langkah calibration diatas sekali lagi
Sekiranya menggunakan Buffer Solution 7.0PH, PH Meter ini perlu calibrate menggunakan 6.86PH dan 9.18PH. Untuk tujuan ini, Ikut langkah 3 diatas, seterusnya celupkan elektrod PH Meter ke dalam Buffer Solution 9.18PH. Tekan butang “CAL” selama 3 saat, kemudian tekan butang “CAL” dan lepaskan sebanyak 2 kali. Paparan akan mula berkedip 9.18 dan teruskan langkah seperti sebelum ini.



Faktor Keperluan Calibration terhadap PH Meter
  1. Alat PH Meter ini telah lama tidak digunakan
  2. Alat PH Meter ini telah terlalu sering digunakan
  3. Butang “CAL” ditekan cukup lama
  4. Bahagian elektrod terbuka sehingga terkena udara dari luar cukup lama

Penjagaan Peralatan Penyukat PH Meter
Bagi memastikan ketepatan bacaan dan memanjangkan tempoh hayat peralatan penyukat ini, pengguna adalah disarankan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :-
  • Alat adalah peralatan profesional, sila gunakan mengikut arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakan pada alat
  • Elakkan daripada pancaran haba dan sinaran matahari secara langsung dan berterusan
  • Sila gunakan Standard Buffer Solution yang betul apabila perlu recalibrate untuk mengelakkan bacaan dan ukuran yang salah
  • Jangan memasukkan sepenuhnya alat penyukat ini ke dalam air untuk mengelakkan berlakunya litar-pintas (Short circuit) pada Papan Litar (Circuit Board)
  • JANGAN dedahkan elektrod terhadap sebarang permukaan yang keras dan tajam.
  • GUNAKAN cecair/larutan yang dibenarkan untuk tujuan membersihkan bahagian sensor penyukat. JANGAN gunakan kertas tisu atau kain untuk tujuan pembersihan pada bahagian elekrod.

Penggunaan Secara Professional
Pengguna adalah disarankan mengambil berat beberapa panduan ini bagi memastikan peralatan pH Meter dapat berfungsi dengan baik :-
  • Sekiranya peralatan PH Meter ini tidak digunakan lebih dari 2 minggu, pengguna disarankan melakukan kalibrasi (calibration) bagi memastikan ketepatan bacaan.
  • Untuk pertama kali menggunakan PH Meter, sila pastikan ianya berkedudukan OFF, kemudian rendam probe ke dalam air suling (distilled water) selama 1-2 jam bagi tujuan pengaktifan elektrod, kemudian melakukan calibration.

Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan peralatan penyukat ini adalah 3 bulan dari tarikh pembelian seperti yang didaftarkan di dalam "Cash Bill". Namun begitu, jaminan adalah TIDAK merangkumi perkara berikut :-
  • Kerosakan peralatan disebabkan oleh penyalahgunaan seperti battery leakage, dimasuki air ke bahagian papan litar (Circuit Board) dan lain-lain.
  • Kerosakan secara fizikal seperti terjatuh, terhimpit dan lain-lain


Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Kedai Fertigasi Pusat Jualan Puchong Cuti 8 Hari


Kami ingin memaklumkan bahawa Kedai di Pusat Jualan Puchong akan ditutup selama 8 HARI seperti dibawah ini :-


Tarikh Tutup : 11 - 18 Julai 2018 (8 Hari)
Buka Semula : 19 Julai 2018 (KHAMIS)

Walaubagaimanapun kami boleh dihubungi seperti biasa seperti dibawah ini.

Media untuk menghubungi Romatech Agro
  1. Layari laman blog Romatech Agro
  2. Telefon : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  3. SMS : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  4. Email Romatech Agro
  5. Whatsapp : 019-226 2125
  6. Facebook Romatech Agro
  7. Facebook Messenger Romatech Agro
Sekian. Harap Maklum.



Cili Merah Big Johor 1033

Benih Cili Merah Big Johor 1033 keluaran syarikat Leckat Corporation Sdn Bhd adalah merupakan varieti cili merah terpilih sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang luas.

Kelebihan Cili Merah Big Johor 1033 :-
  1. Apabila matang, ia berwarna hijau gelap
  2. Pangkal buah yang lebih besar
  3. Rupa berkedut
  4. Lebih lasak
  5. Sesuai untuk cuaca panas dan sejuk
  6. Tempoh tuaian lebih panjang



Maklumat Varieti : Cili Merah Big Johor 1033
Maklumat lanjut berkaitan Romatech Agro
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.


Restok Pelekat Serangga Sticky Insects Advance Pestrap

Pelekat Serangga Sticky Insects Advance Pestrap adalah merupakan sejenis gam melekit yang digunakan bertujuan untuk memerangkap dan mematikan serangga dan secara tidak langsung dapat mengawal dan mengurangkan populasi serangga kecil dan besar untuk kegunaan pertanian, rumah kediaman, restoran dan lain-lain.


Didatangkan dengan dua variasi iaitu Kuning (Yellow) dan Tanpa Warna (Clear)




Ia digunakan bersama plastik kuning atau biru bertujuan untuk menarik perhatian serangga melalui warna.



Plastik berwarna dilekatkan pada botol atau ditampal pada tiang atau digantung yang kemudiannya disapukan Gam pelekat Advance Pestrap dengan menggunakan berus gigi terpakai bagi mendapatkan sapuan yang nipis dan rata.



Kelebihan Pelekat Serangga :-
  1. Tahan hujan atau air
  2. Tahan panas
  3. Mudah dicuci, gunakan sabun sahaja

Pelekat Serangga memerangkap dan menghapuskan :-
  1. Hama
  2. Aphid
  3. Thrips
  4. Lalat Putih (White Fly)
  5. Belalang
  6. Kepinding
  7. dan lain-lain serangga

Maklumat Pelekat Serangga : Pelekat Serangga
Maklumat lanjut berkaitan Romatech Agro
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.


Meracun Kawalan Serangga Organik dengan Pam Semburan Bateri

Meracun atau melakukan Kawalan Serangan dan Perosak adalah merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam pertanian samada pada skala kecil (hobi) mahupun pada skala besar (kebun/ladang). Ini adalah kerana ia dapat menjamin tanaman yang diusahakan dapat dilindungi daripada serangan perosak sekaligus dapat memastikan hasil yang baik seperi yang diinginkan.

4 dalam 1 Larutan Semburan Racun ORGANIK
Di Pusat Jualan dan Nursery Kebun Puchong kami menggunakan sepenuhnya kawalan serangga ORGANIK yang terjamin sayuran-sayuran yang ditanam adalah selamat dimakan tanpa was-was. Pada kali ini kami menggunakan campuran 4 dalam 1 larutan semburan seperti berikut :-
  1. Pelekat Racun : Silmax (sekarang X-SORB)
  2. Racun Serangga : Green Patrol EC
  3. Racun Kulat & Bakteria : Garlic Oil
  4. Supplement : Seaweed

Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kaedah pra-campur untuk membancuh larutan semburan bagi memastikan larutan tersebut adalah sebati dan dapat serasi antara satu sama lain.

Peralatan Pam Semburan
Kami menggunakan Pam Semburan Bateri yang sangat mudah digunakan dan amat membantu kerja-kerja semburan racun :-
  1. Mudah digunakan tanpa perlu mengepam secara manual
  2. Semburan yang lebih rata dan konsisten
  3. Mempercepatkan tempoh melakukan semburan
Larutan & Pam Semburan Bateri


Melaraskan Kelajuan/Speed Semburan


Melaraskan Rod


Sedia Melakukan Semburan


Semburan Kabus


Semburan Kabus










Semburan pada pokok besar


Kaedah Pembersihan Pam Semburan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.