Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Digital Timer - Alat Pengatur Masa : Panduan Penggunaan

Alat Pengatur Masa (Digital Timer) adalah merupakan salah satu komponen yang penting di dalam sistem penanaman secara Fertigasi. Ia berfungsi sebagai suis automatik yang dapat menyalurkan bekalan elektrik dari punca kuasa elektik (plug) kepada pam (pam air/baja bermotor) untuk dihidupkan (ON).

Pam Air yang telah dihidupkan ini seterusnya akan menyalurkan air/air baja kawasan tanaman melalui paip air (paip siraman) yang telah dipasang ke keseluruhan kawasan tanaman. Kemudiannya pam ini akan terhenti dengan sendirinya apabila Alat Pengatur Masa (Timer) memutuskan bekalan elektrik (OFF) berdasarkan kepada pelarasan (setting) yang telah kita lakukan pada Timer tersebut.

Konsep dan fungsinya adalah sama seperti jam loceng yang biasa digunakan di dalam kehidupan harian kita.

Terdapat pelbagai jenama Digital Timer yang berada di pasaran. Diantara jenama yang popular yang terdapat di negara kita Malaysia adalah jenama SUM dan SMART. Di dalam artikel ini, jenama yang yang digunakan sebagai rujukan adalah jenama SUM.

Definasi Paparan Pada Skrin Timer

Digital Timer pada kebiasaannya terdapat sebanyak 9 butang kawalan yang boleh dilaraskan (setting) mengikut apa yang diperlukan.

Setiap butang mempunyai fungsi masing-masing seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-



Fungsi-Fungsi Utama Timer
Pada sesebuah alat Timer terdapat pelbagai fungsi-fungsi yang direka oleh pengeluar yang bertujuan untuk memudahkan dan mempelbagaikan penggunaannya. Diantara fungsi utama yang terdapat di dalam Timer keluaran syarikat tempatan ini ialah :-
  • 8 ON/OFF program dengan had minima 1 minit
  • Pilihan fungsi MANUAL ON/AUTO/MANUAL OFF
  • Pilihan mod waktu 12/24 jam
  • Fungsi musim-panas (summertime) tersedia
  • Fungsi rawak (random function) dengan rawak terkehadapan 0-30 minit diantara 6:00PM and 6:00AM
  • 16 jenis pilihan kombinasi hari :-

Menetapkan Mod 12/24 JAM (12/24 Hour Mode)
Terdapat 2 jenis paparan mod (mode) waktu yang boleh digunakan samada mod 12 atau 24 jam dengan cara menekan butan CLOCK dan TIMER secara serentak seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan mod waktu 24 jam bagi mengelakkan sebarang kekeliruan (AM dan PM) terutamanya semasa melakukan setting.

Fungsi RANDOM
Menjalankan fungsi RANDOM bermaksud Timer akan diaktifkan secara rawak (random) diantara 0-30 minit diantara 6:00PM dan 6:00am.

Walaubagaimanapun, di dalam sistem siraman secara Fertigasi, fungsi RANDOM ini tidak digunakan. Oleh yang demikian, ianya perlu dimatikan (OFF) bagi mengelakkan Pam Air melakukan siraman selain daripada Jadual Siraman yang telah ditetapkan oleh pengguna.

Nota : Fungsi RANDOM tidak boleh dijalankan semasa setting program.

Fungsi RST/RCL
Fungsi RST/RCL (RESET/RECALL) adalah untuk melupuskan dan memadamkan semua setting yang telah dibuat sebelum ini kepada kedudukan reset atau bertujuan untuk mempamerkan semula data terdahulu semasa membuat setting.

Fungsi ON/AUTO/OFF
Butang ON/AUTO/OFF adalah pilihan untuk Timer berfungsi secara manual ataupun automatik. Pada kedudukan MANUAL ON, Timer yang telah disambungkan ke punca kuasa (plug) ini akan menghidupkan (ON) Pam Air.

Begitulah juga pada kedudukan MANUAL OFF, ia akan mematikannya (OFF) Pam Air secara manual.

Pada kedudukan AUTO, Timer ini akan berfungsi secara automatik sepertimana yang telah disetkan oleh pengguna (Jadual Siraman). Namun begitu, sila pastikan kedudukan AUTO yang sebenarnya untuk Timer ini berfungsi. ( sila rujuk disini)

Panduan Membuat Pelarasan (Setting) Digital Timer
Terdapat 4 langkah mudah yang perlu dilakukan untuk alat Timer ini berfungsi sepertimana yang dikehendaki iaitu :-
  1. Mengecas (Charging)
  2. Setkan Masa Semasa (Terkini)
  3. Setkan Masa Siraman (ON/OFF)
  4. Menetapkan Fungsi AUTO

Mengecas (Charging)
Alat Pengatur Masa yang baru perlu dicaskan (charging) terlebih dahulu sebelum digunakan dengan cara memasangkannya kepada punca kuasa elektrik (plug) dan dibiarkan ON.

Ini adalah bagi memastikan bateri yang terdapat di dalam alat ini dapat membekalkan kuasa yang berterusan kepada alat ini untuk tujuan menyimpan memori (memory) pelarasan (setting) yang telah kita buat.

Masa yang dicadangkan untuk pengecasan adalah 8-12 jam seperti yang disarankan oleh pengeluar bagi memastikan jangkahayat bateri tersebut dapat bertahan lebih lama.

Kemudian tekan (press) butang MASTER CLEAR dengan menggunakan pen atau pensil atau lidi bagi memadamkan semua informasi yang terdapat di dalam timer ini.

Sekarang timer ini telah mula boleh digunakan untuk membuat pelarasan (setting).

Setkan Masa Semasa (Current Time)
Masa Semasa adalah masa sekarang, contohnya hari ini Isnin 20hb. Mei 2013 jam 9:10 malam.

1. Tangan Kiri : Tekan CLOCK (Jangan lepaskan)
Tangan Kanan : Setkan seperti berikut,
2. WEEK : Setkan “MO”
3. HOUR : Setkan “21”
4. MINUTE : Setkan “10”
Sekarang tangan kiri boleh dilepaskan daripada menekan butang “CLOCK”



Muaturun Jadual Siraman disini

Setkan Masa Siraman (ON/OFF)
Kaedah untuk setkan Masa Siraman seperti di dalam Jadual Siraman adalah seperti berikut :-
Contoh : Siraman 1
Hari (WEEK) : Setiap hari (Isnin-Ahad)
Tempoh Siraman : 5 minit
Masa Timer ON : 8:30
Masa Timer OFF : 8:35

Kaedah untuk setkan masa Timer ON
Timer ON adalah kedudukan di mana Pam Air akan ON dan dapat menyalurkan air baja ke kawasan tanaman.
1. Tekan (sekali sahaja) butang “TIMER”
Pada paparan “1 ON”, setkan seperti berikut :-
2. WEEK : MO TU WE TH FR SA SU
3. HOUR : 8
4. MINUTE : 30

Kaedah untuk setkan masa Timer OFF
Timer OFF adalah kedudukan di mana Pam Air akan OFF dan menghentikan penyaluran air baja ke kawasan tanaman.
1. Tekan butang “TIMER” sekali lagi
Pada paparan “1 OFF”, setkan seperti berikut :-
2. WEEK : MO TU WE TH FR SA SU
3. HOUR : 8
4. MINUTE : 35

Ulangi langkah 1 hingga 4 seperti di atas untuk setting Siraman 2, Siraman 3, Siraman 4 dan Siraman 5.

Akhir sekali, tekan butang CLOCK untuk kembali ke paparan dan kedudukan normal.

Menetapkan Fungsi AUTO
Butang ON/AUTO/OFF adalah berfungsi untuk menentukan arahan kepada operasi yang akan dilakukan oleh Timer seperti berikut :-

MANUAL ON : Menghidupkan Pam Air secara manual contohnya untuk tujuan membancuh air baja di dalam tangki atau melakukan siraman tambahan pada waktu tengahari atau menguji Pam Air.
MANUAL OFF : Mematikan (Menghentikan) Pam Air secara manual selepas selesai menjalankan fungsi MANUAL ON
AUTO (tanda "betul" berwarna biru) : Menjalankan fungsi alat Timer secara automatik berpandukan kepada setting yang telah dibuat (ON-OFF)
AUTO (tanda "X" berwarna merah) : Tidak ada fungsi

Oleh yang demikian, alat Timer ini MESTI disetkan pada kedudukan AUTO yang betul (tanda "betul" berwarna biru) bagi memastikan program yang telah disetkan dapat berfungsi.

Penyambungan Soket Pam Air Kepada Timer
Pasangkan soket dari Pam Air kepada Alat Pengatur Masa (Timer) ini. Sekiranya panjang wayar elektrik (dari Pam Air) tidak mencukupi, buatlah penyambungan tambahan dengan menggunakan "3 core wire" yang bersesuaian.

Langkah keselamatan hendaklah diutamakan semasa membuat sambungan wayar seperti :-
  1. Kod warna (LIVE, NEUTRAL, EARTH) wayar sambungan hendaklah dipastikan betul.
  2. Sambungan wayar tidak bersentuhan antara satu sama lain (LIVE, NEUTRAL, EARTH).
  3. Kemasan sambungan wayar bagi memastikan tiada kebocoran elektrik melalui sambungan wayar atau terdedah kepada percikan air seperti dari tangki air baja atau terkena air hujan.
Seterusnya pasangkan sambungan ini terus kepada punca bekalan kuasa elektrik (plug) seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah ini.

Nota : Suis bekalan kuasa elektrik (plug) hendaklah senantiasa di dalam kedudukan "ON".


Spesifikasi Digital Timer : SUM

Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Selamat Hari Guru 2013

Pada setiap tahun negara kita Malaysia merayakan sambutan Hari Guru di semua sekolah-sekolah dan institusi pengajian. Manakala tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.

Kepada pelanggan-pelanggan kami yang juga merupakan guru-guru sekolah dan warga pendidik termasuk pensyarah-pensyarah di kolej-kolej pengajian dan universiti, sekalung tahniah di atas Jasa dan Pengorbanan guru-guru di dalam mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
1 Aspirasi : Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1 Agenda : Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.

Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Tema Hari Guru (1972 - 2013)
  • 2013 : Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 : Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 :Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

***** SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU *****




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.