Senarai Harga Peralatan Fertigasi

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...

Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
5.0L : RM530.00
1.0L : RM110.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
5.0L : RM200.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Benih Cili Api : Cili Padi
10g : RM22.00


Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98107
Harga : RM215.00
TEFRA : RM210.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM9.00
TEFRA : RM8.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM65.00
TEFRA : RM62.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM28.00
4.0L : RM72.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM29.00
500ml : RM19.90
100ml : RM5.90


Pelekat Serangga
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00

Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


Green Patrol EC
Harga : RM78.00
TEFRA : RM76.00


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Pressure Sprayer
5.0L : RM58.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Lawatan Ke Tapak : Januari 2010


Permulaan Januari 2010, saya memenuhi undangan untuk Lawatan Ke Tapak (Site Visit) ke beberapa kebun-kebun pengusaha cili di sekitar Lembah Klang yang juga merupakan pelanggan-pelanggan tetap Romatech Agro dan juga ahli Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA).

Antara kebun yang saya lawati pada Ahad, 17hb Januari 2010 yang lalu ialah di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Kebun pertama yang saya lawati ialah kebun milik En. Muhammad Imran Bin Abdul Malek yang juga merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau mengusahakan tanaman cili secara fertigasi dengan kapasiti tanaman berjumlah 6,000 pokok. Antara varieti yang beliau usahakan ialah Cili Kulau F1 568 dan F1 223 dan dibuat secara berperingkat-peringkat berjumlah 4 plot kesemuanya.

Menggunakan 2 tangki simpanan 600 gelen dengan pam air berkuasa 1.5HP dan Polipaip Utama 32mm mampu membekalkan jumlah air baja yang diperlukan di dalam kebun beliau memandangkan keadaan permukaan tanah yang rata.

Info Kebun
Pengusaha : En Imran
Kebun : Kg Sri Aman, Puchong
Tanaman : F1 568, F1 223
Jumlah : 6,000 pokok

Namun begitu hampir 50% tanaman beliau menghadapi masalah seperti serangan Kutu Thrip dan Layu Bakteria. Kesannya, menurut beliau, pengeluaran hasil turut terjejas. Saya turut memberikan beberapa pandangan untuk membantu beliau mengatasi masalah tersebut seperti menyusun atur penyelenggaraan kebun dan menjadualkan semula program kawalan serangga dan kulat selain kadar pemberian nutrien dan supplement kepada tanaman.

Mudah-mudahan beliau akan terus kuat untuk mengatasi masalah tersebut.

Kebun Imran, Kg Sri Aman, Puchong





Kemudian saya memenuhi undangan kedua iaitu melawat kebun En Ridzuan yang terletak berhampiran dengan Taman Mas, Sepang-Puchong. Kapasiti tanaman beliau yang hampir mengeluarkan hasil berjumlah 750 pokok cili Kulai F1 568.

Beliau mengusahakan tanaman cili ini di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit dan saya dapati lebih daripada 99% tanaman cili beliau hidup sihat tanpa serangan penyakit. InsyaAllah beliau akan mula menuai hasilnya dalam tempoh 1 minggu yang akan datang.

Info Kebun
Pengusaha : En Ridzuan
Kebun : Taman Mas
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 750 pokok

Namun begitu, tanda-tanda kehadiran lalat buah telah mula kelihatan di kawasan kebun beliau bilamana beberapa ekor lalat buah telah berjaya diperangkap dengan menggunakan perangkap lalat buah dan Metil Eugenol. Namun begitu saya menasihatkannya agar memasang perangkap lalat buah tersebut jauh sedikit daripada kawasan kebun bagi mengelakkan lalat buah daripada menghampiri buah-buah cili yang sedang membesar.

Antara faktor yang menjadikan tanaman beliau dapat hidup sihat adalah disebabkan persekitaran yang baru, sejuk dan yang pasti penjagaan nutrien dan kawalan serangga yang baik.

Tahniah diucapkan kepada En Ridzuan. Mudah-mudahan beliau akan terus maju lagi dengan hasratnya untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman.

Kebun Ridzuan, Taman Mas, Sepang-Puchong










Hero-Gibb : Hormon Penggalak Tumbuhan


Hero-Gibb 5% adalah merupakan penggalak tumbuhan yang lebih dikenali sebagai Hormon kepada tumbuhan. Ianya mengandungi Gibberelic Acid (GA3) dan merupakan sebatian yang lazimnya digunakan di dalam proses biologikal.

Info Hero-Gibb 5%
1. Gibberellic Acid 5%
2. Penggalak Tumbuhan
3. Hormon


Kandungan Bahan Aktif
Gibberellic Acid --- 5% w/w
Bahan lengai --- 95% w/w

Kesan Penggunaan Hero-Gibb 5%
1. Merangsangkan dan mempercepatkan pertumbuhan pucuk-pucuk baru.
2. Mempercepatkan proses pembungaan.
3. Mempertahankan masalah keguguran pada bunga dan buah.
4. Memperelokkan saiz fizikal dan mutu buah.
5. Meningkatkan dan memperbesarkan saiz buah.
6. Mempercepatkan proses pemecahan "dormancy" tumbuhan.
7. mempercepatkan proses percambahan benih.

Aturan Penggunaan

Sukatan adalah bagi setiap 18 Liter air

1. Sayur berbuah :-
  • Cili, terung, kacang panjang dan lain-lain.
  • Semburan pertama : 7 hari selepas pembentukan buah.
  • Semburan Kedua dan seterusnya: Ulang setiap 2 minggu.
  • Sukatan : 1-3 cc
2. Tembikai dan Timun :-
  • 1 ~ 2.5 cc : Apabila keluar 2 pucuk daun.
  • 2 ~ 3 cc : Apabila buah sebesar bola golf.
3. Pokok buah-buahan :-
  • Mangga, Belimbing, Longan, Betik, Jambu Batu dan lain-lain.
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua dan seterusnya: Ulang setiap 2 minggu.
  • Sukatan : 1-3 cc
4. Durian dan Koko :-
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua : Pembentukan Buah
  • Sukatan : 1-3 cc
5. Padi dan Jagung :-
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua : Pembentukan Buah
  • Sukatan : 1-3 cc

Dapatkan segera apa yang tanaman anda perlukan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil tanaman.
Senarai Harga



Penurunan Harga : Penyukat dan Baja AB



Romatech Agro ingin mengumumkan penurunan bagi Peralatan Penyukat dan Baja Fertigasi AB mulai 7hb Januari 2010. Senarai harga baru adalah seperti berikut :-

EC Meter Hanna RM225.00 (dulu RM250.00)
EC Meter 3in1 RM145.00 (Dulu RM155.00)
pH Meter Hanna RM165.00 (Dulu RM180.00)

Maklumat lanjut disini


Baja Fertigasi AB 50L RM70.00 (Dulu RM75.00)
Baja Fertigasi AB 100L RM130.00 (Dulu RM140.00)

Maklumat lanjut disini



Usahawan fertigasi boleh mendapatkan keperluan tersebut di Pusat Jualan Puchong atau dengan menghubungi kami untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami komited untuk menurunkan beberapa lagi peralatan fertigasi yang terpilih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.