Senarai Harga Peralatan Fertigasi

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : 20/10/2013
Benih Cili Kulai F1 568

Benih Cili Kulai F1 568 telah kembali. Dapatkan varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM75.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM28.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM9.00
TEFRA : RM8.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM65.00
TEFRA : RM62.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM28.00
4.0L : RM72.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
1.0L : RM42.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


Bio Pesticide: EM-FPE
500ml : RM13.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM29.00
500ml : RM19.90
100ml : RM5.90


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
1.0L : RM110.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Anti-Bakteria : Ridall 50
Harga : RM65.00
TEFRA : RM62.00

Pelekat Serangga
Harga : RM23.00
TEFRA : RM20.00

Model No. : HI98107
Harga : RM220.00
TEFRA : RM215.00

Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM5.00
TEFRA : RM4.50


Green Patrol EC
Harga : RM78.00
TEFRA : RM76.00


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Pressure Sprayer
5.0L : RM58.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Senarai Ringkas ...


Kursus dan Latihan Pertanian

Kursus Penanaman Cili Merah Secara Fertigasi
IQIL Agro
Tarikh : 27 Feb 2011
Lokasi : Banting, Selangor
Bayaran : RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Fertigasi Tanaman Cili
Nia Agrotech
Tarikh : 19 Feb 2011
Lokasi : Sungai Buloh, Selangor
Bayaran : RM200/=
Maklumat lanjut, klik disini
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Pemakluman Penurunan Harga Tahun 2012



Selamat Tahun Baru 2012. Bermula 1 Januari 2012 ini, Romatech Agro ingin mengumumkan Penurunan Harga bagi beberapa produk seperti di bawah ini.



Keterangan mengenai produk adalah seperti berikut :-
Smart Grow 101
Hero Gibb 5%
Sapol 88
Magic Spray 999
AC Surfactant

Sila hubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut berhubungan dengan penurunan harga ini.





Baja Siraman BIM (EM Tulen)


Baja Siraman BIM
Baja Siraman BIM (EM) adalah merupakan EM (
BIM Tulen) yang telah diaktifkan dengan molasses dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Ia adalah amat sesuai bagi pengusaha kebun samada secara kecil-kecilan (hobi) ataupun pada skala yang lebih besar.

Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-
  • Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
  • Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
  • Lestari dan senang dipraktikkan
  • Aktinomisit dan kulat berfementasi
  • Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah
  • Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah
Kebaikan BIM Tulen (EM) Dalam Pertanian
  • EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
  • Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
  • Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
  • Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
  • Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
  • Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
  • Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
  • Kesan sinergi daripda organisma yang hadir

Kebaikan BIM Tulen (EM) Dalam Penternakan
  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
  • Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
  • Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
  • Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
  • Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Skop Pengunaan BIM Tulen (EM)
  • Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
  • Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
  • Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
  • Masukkan EM dalam kolam ternakan.

Kandungan Baja Siraman BIM (EM) Tulen
Air, Molasses, Asid Laktik Bakteria, Yis dan Fotosintesik, Bakteria


Kaedah Penyediaan Pencairan Baja Siraman BIM (EM) untuk Pertanian
Baja Siraman BIM (EM) ini perlu dicairkan seperti dibawah ini :-
  • Baja Siraman BIM = 1 Liter
  • Air Tanpa Klorin = 18 Liter
  • Kacau sehingga rata dan boleh terus digunakan samada siraman atau semburan.
NOTA :
Air Tanpa Klorin seperti Air Hujan, Air Telaga, Air Sungai, Air RO, Air Mineral dan lain-lain.
Air Paip/Air Pili adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia mengandungi klorin (bahan kimia). Jika ingin menggunakan air Paip/Air Pili, maka air ini hendaklah diheningkan (dibiarkan) selama diantara 3-5 hari sebelum boleh digunakan.

Kaedah dan Masa Semburan
  • Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang.
  • Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik.

Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Peningkatan Cas Kourier : Pos Malaysia Berhad


Kami ingin memaklumkan berkenaan peningkatan cas bahanapi (Fuel Surcharge) yang dikenakan oleh Syarikat Kourier Pos Malaysia Berhad daripada 10% kepada 15% mulai Julai 2011 yang lalu seperti yang dimaklumkan di dalam laman web Pos Malaysia

Oleh yang demikian cas keseluruhan untuk pengeposan barangan menggunakan khidmat Pos Malaysia Berhad adalah seperti berikut :
Cas Bahanapi (Fuel Surcharge) : 15%
Cas Pengendalian (Handling) : 10%
Cas GST (Goverment Service Tax) : 6%
Jumlah keseluruhan : 31% (sebelum ini 26%)

Walaubagaimanapun, cas syarikat kourier lain adalah seperti biasa.

Harap Maklum.


Promosi Jualan : Digital Timer 2


Promosi harga terendah pada masa yang terhad ini adalah untuk peralatan Digital Timer yang digunakan di dalam sistem Fertigasi untuk membolehkan Pam Air (Water Pump) dijalankan (ON) mengikut masa yang ditetapkan untuk tujuan penyiraman air/air baja ke kawasan tanaman.

Harga Biasa : RM40.00
Harga Promosi : RM29.90
Tempoh Promosi : 5 ~15 Oktober 2011

Terma dan syarat :-
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Setiap pelanggan adalah dihadkan pembelian kepada 3 unit SAHAJA pada satu-satu masa.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Pembelian melalui Kurier (Pos) adalah tertakluk kepada kos Kurier (Pos).

Penerangan Produk :-
  • Bateri yang dicaskan sendiri, bermakna jika berlaku gangguan bekalan elektrik sekalipun, masa yang telah di 'set' tidak akan berubah.
  • 8 ON/OFF program dengan selang masa 1 minit
  • Boleh disetkan kepada MANUAL ON / AUTO / MANUAL OFF
  • Boleh disetkan kepada paparan 12 / 24 jam
  • ON / OFF secara rawak
  • 16 kombinasi program hari atau kumpulan hari
  • Hari Tertentu : Mo,Tu,We,Th,Fr,Sa,Su
  • Untuk Seminggu : Mo ~ Su
  • Kumpulan Hari Tertentu

Spesifikasi Produk :-
  • Voltage : 250 V AC 50Hz
  • Max Load : 3200 W
  • Minimum Setting Time : 1 Minute
  • Operating Temperature : 0 ~ 50 Degree Celcius
  • Accuracy : +/- 1 minute / month
  • Battery Backup : NiH 1.2V > 100 hrs



Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H-2011M


InsyaAllah, beberapa hari yang akan datang, semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1432H. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Bathin

kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap samada dari segi tutur bicara mahupun perbuatan semasa urusan jual beli dengan pihak kami. InsyaAllah, segala kekurangan akan segera kami perbaiki untuk memberikan mutu dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.




Semut : Perosak dan Pelindung Tanaman


Semut

Semut merupakan makhluk hidup dengan kepadatan tertinggi di dalam dunia ini dengan perbandingannya, untuk setiap 700 juta semut yang muncul ke dunia ini, hanya terdapat 40 kelahiran pada manusia. Oleh yang demikian tidak hairanlah, mengapa terdapat lebih daripada 12,500 spesis semut di muka bumi ini.

Semut hidup berkoloni, semut peninjau berfungsi sebagai pencari sumber makanan (makanan atau air). Semut peninjau akan meninggalkan jejak (feromon) disepanjang perjalanan sebagai panduan baginya untuk pulang ke koloni dan juga sebagai panduan kepada semut lain sekiranya mereka terjumpa sumber makanan.

Semut adalah antara serangga yang mempunyai fungsi penting dalam kitaran alam sekitar. Antara fungsinya ialah sebagai pengembur tanah, pengurai bahan organik dan juga pengawal populasi kepada serangga lain. Memusnahkan semut kesemuanya tidaklah disyorkan, tetapi objektifnya adalah untuk mengawal semut yang merosakkan tanaman.

Terdapat juga beberapa spesis semut yang amat berguna di dalam pertanian yang digunakan dalam kaedah “Kawalan Secara Biological” seperti Semut Merah (Semut Rangrang) yang dapat menghindarkan tanaman daripada serangan serangga perosak lain seperti hama.

Famili : Formicidae

Bahagian diserang :-

1. Daun
2. Bunga
3. Buah
4. Akar

Kesan Sampingan :-

1. Daun kerekot
2. Bunga gugur
3. Buah terbantut


Kebaikan Semut (Pelindung dan Pengedali Hama Tanaman)

Pada asasnya semut bukanlah antara masalah utama di dalam penanaman sayur-sayuran. Malahan semut juga berfungsi sebagai pemangsa (predator) terhadap serangga halus seperti Hama. Salah satu spesis semut pemangsa yang terkenal amat berguna di dalam pertanian ialah semut Rangrang (Oecophylla smaragdina) yang lebih dikenali dengan nama Kerengga di negara ini. Cara pengendalian hama seperti ini dikenali sebagai “biological control” dan ini merupakan contoh tertua dalam sejarah pertanian.

Semut mempunyai semacam kelenjar yang menghasilkan cairan khusus yang digunakan untuk menandai wilayah mereka. Kelenjar itu disebut kelenjar dubur. Cairan khusus yang dihasilkannya (disebut pheromone) mereka sapukan ke tanah dan hanya para anggota sarang saja yang dapat mengenali baunya. Jadi semut penganyam ini menggunakan pesan kimiawi untuk menuntut rekan satu sarang menuju daerah baru mereka.

Kebiasaannya, semut-semut Rangrang, juga dikenali sebagai semut merah ini akan menghalau mana-mana serangga yang cuba mendiami atau membina koloni berdekatan dengan sarang mereka dengan cara sengatan dan mengeluarkan asam format dari kelenjar racun mereka. Semut Rangrang juga merupakan pemangsa yang efektif terhadap pembiakan larva-larva hama, sekaligus memusnahkan habitat kehidupan serangga halus tersebut pada tanaman.


Jejak bau itu tidak hanya mereka tinggalkan ketika mencari kawasan baru dan ketika mempertahankannya, tetapi juga digunakan ketika mereka mencari makanan. Jika seekor semut menemui selonggok makanan, dia akan mengerahkan teman-temannya untuk mengangkuti makanan itu ke sarang. Kelenjar duburnya akan meninggalkan jejak bau di sepanjang jalan antara sarang dan lokasi temuan itu. Ketika beriringan dengan temannya, semut ini memberi rangsangan dengan memukulkan antenanya seraya memuntahkan sedikit makanan yang ditemukan tadi ke mulut rakannya itu.

Di daerah Lampung, Indonesia, pekebun menggunakan semut ini untuk mengatasi masalah pada tanaman kopi mereka. Begitu juga dengan tanaman seperti jambu dan mangga.

Para pakar serangga di Ghana telah menggunakan semut jenis Rangrang Afrika (Oecophylla longinoda) untuk mengendalikan hama bagi tanaman coklat mereka. Kehadiran semut ini ternyata mampu mengurangkan dua jenis penyakit tanaman yang serius yang disebabkan oleh virus dan kulat, iaitu dengan cara menyerang dan membunuh kutu daun yang menjadi penyebar kepada penyakit ini.

Sejak berabad-abad yang lalu iaitu sekitar tahun 300 Masehi di Canton (China), semut ini digunakan untuk mengusir hama pada tanaman jeruk. Pekebun akan mengambil sarang-sarang semut ini dari hutan dan meletakkannya di pohon-pohon jeruk jenis unggul.


Biokontrol dan Bioindikator

Penggunaan semut Rangrang sebagai Kawalan Serangga Perosak Secara Biologi (biokontrol) ternyata sudah dilakukan pula oleh sebahagian penduduk Indonesia, meskipun tidak besar-besaran. Misalnya jika pokok jambu atau pokok mangga diserang hama, mereka akan memindahkan semut-semut Rangrang ke pokok tersebut.

Sebenarnya bukan itu saja manfaat yang diberikan semut Rangrang kepada manusia. Dengan sifatnya yang sangat peka terhadap perubahan udara, manusia dapat menggunakan semut ini sebagai indikator keadaan udara di dalam sesuatu lingkungan kawasan.

Semut Rangrang menyukai lingkungan yang berudara bersih. Jangankan asap pabrik atau asap kenderaan bermotor, asap dari pembakaran sampah di dalam kawasan kebun akan menyebabkan populasi semut Rangrang akan semakin berkurangan dan hilang.



Inilah keistimewaan yang dimiliki semut Rangrang sehingga membuat mereka memegang erti penting dalam pengendalian hama secara semulajadi (natural). Cukup sederhana, namun tidak berisiko terhadap lingkungan seperti halnya jika kita menggunakan insektisida kimia.

Faktor Kekurangan Semut Rangrang
Pada masa sekarang, amat jarang kita menemui semut Rangrang ini dikawasan-kawasan kebun disebabkan oleh penggunaan racun serangga (racun kimia) yang telah menyebabkan populasi semut Rangrang semakin berkurangan dan menjauhi daripada kawasan kebun.

Ini termasuk juga pemburuan oleh manusia terhadap semut Rangrang. Manusia akan mengambil sarang-sarang semut Rangrang ini untuk mendapatkan anak-anak Rangrang (“kroto”) sebagai makanan burung peliharaan.

Telur rangrang yang dikeluarkan oleh Rangrang Ratu berbentuk bulat lonjong dan berwarna putih. Ia menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana mengandungi protin yang tinggi. Kegiatan mengutip telur rangrang dijadikan satu bisnes di negara tersebut. Mereka juga memungut rangrang dewasa untuk dijadikan makanan dengan mengutipnya.

Di Malaysia telur rangrang (kerangga) merupakan satu jenis 'umpan' yang sangat effisien untuk memancing ikan puyu atau kadang-kadang ikan haruan atau seluang. Telur yang di kutip di gaul dengan kuning telur dan sedikit tepung untuk menaikan baunya. Telur kerengga mampu menarik semua populasi ikan puyu dalam lubuknya.


Semut Hitam Pengendali Hama Pengorek Buah Koko (PBK)
Semut hitam (Dolichoderus thoracacus) merupakan sejenis semut yang sangat pantas bergerak untuk menyerang. Semut ini juga mampu menyerang dengan mengigit dan menyengat musuh. Ia banyak dijumpai di pokok rambutan, sirsak, kelapa, dan sebagainya. Semut ini kadang-kadang mengeluarkan asam semut yang terasa pedas apabila mengenai mata. Ciri khas spesies ini apabila ia berehat seolah-olah seperti duduk dengan bahagian perutnya berada melekap pada bahagian batang.

Semut hitam termasuk serangga yang hidup berkelompok sehingga mendominasi lingkungan perkembangbiakannya. Biasanya bila ada kelompok serangga lain atau jenis semut lain yang mendiami tempat yang sama, mereka pasti akan diusir atau akan saling menyerang sehingga hanya satu jenis semut sahaja yang bertahan di tempat tersebut.


Semut Hitam dan Ulat Pengorek Buah Koko
Semut ini yang terdapat di kebanyakan kebun koko berfungsi untuk mengawal serangga perosak dewasa untuk bertelur pada buah koko dengan cara mengigit dan menghalau kehadirannya. Kajian mendapati semut ini juga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang berasaskan phenol sebagai pertahanan yang menghindarkan musuh Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) daripada menghampiri buah koko.

Keujudan semut hitam di kawasan kebun koko dapat mengurangkan populasi ulat UPBK dan ianya juga bukan parasit atau pemangsa. Ia mampu mengawal serangga perosak dengan jayanya.

Semut Hitam dan Koya
Kehadiran koya akan menarik semut hitam dengan pengeluaran bahan manisan (dengan kadar yang tinggi) sebagai bahan buangan. Semut hitam akan mengerumuni koya pada buah koko tersebut dan memakan manisan sehingga koya tiada lagi.

Keadaan pokok koko yang berada di tepi belukar menjadi satu kelebihan kerana belukar adala habitat semulajadi semut hitam. Jika terdapat semut hitam di kebun koko atau duduk pada sarang-sarang yang kita buatkan, maka petani perlu teliti membuat semburan racun (terutamanya raun serangga). Kurangkan semburan racun serangga untuk kawalan perosak koko yang lain (seperti Helopeltis spp) kerana semburan mungkin membunuh semut hitam.

Tetapi awas, pada sesetengah tanaman kehadiran Koya yang menghisap cecair dari bahagian-bahagian pokok yang lembut, dan mengeluarkan cecair manis dari badannya akan menarik kehadiran sejumlah semut kerana semut akan mudah tertarik kepada manisan ini dan kerana ini semut selalunya terdapat bersama dengan koya.


Pokok Ceri dan Semut
Semut cenderung tinggal pada tumbuhan karena adanya cairan bernama “nektar residu (endapan)” yang dikeluarkan tumbuhan. Cairan nektar ini merupakan daya tarik bagi semut untuk mendatangi tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan yang terbukti mengeluarkan cairan ini pada waktu-waktu tertentu. Misalnya, pohon ceri hitam menghasilkan cairan ini hanya tiga minggu dalam setahun. Tentu pengeluaran cairan pada waktu ini bukan kebetulan karena waktu tiga minggu ini bertepatan dengan satu-satunya waktu sejenis ulat menyerang pohon ceri hitam. Semut yang tertarik pada nektar dapat membunuh ulat ini serta melindungi tumbuhan.


Pokok Akasia dan Semut
Pokok Akasia (Acacia auriculiformis) hidup di kawasan hutan dan ada yang ditanam sebagai pohon hiasan dan ketinggian boleh mencapai 15 meter dengan pelbagai spesis. Mempunyai bunga berwarna kuning dan agak wangi, buahnya leper, berkulit keras berisi kekacang dan apabila masak akan bergulung.

Pokok Akasia yang tumbuh di daerah tropis dan subtropis terlindungi berupa duri. Terdapat satu spesies semut yang hidup pada pohon akasia Afrika membuat lubang dengan menggerudi (menggigit) dinding duri dan hidup secara kekal di dalam pohon akasia. Setiap koloni semut mendiami duri-duri pada di lebih dari satu pohon atau lebih, serta memakan nektar daun Akasia. Koloni ini juga memakan ulat dan organisme lain yang terdapat atau berada pada pokok Akasia tersebut.


Nektar batang Akasia sangat kaya akan minyak dan protein. Seorang ahli Geologi berbangsa Inggeris, Thomas Belt, yang pertama kali menyelidiki hal ini, menyatakan bahwa kelihatannya satu-satunya fungsi nektar adalah menyediakan nutrisi bagi semut. Semut, yang hidup di pohon-pohon ini, mengambil gula dari nektar dan memberikannya kepada larva mereka. Sebagai balasannya, semut akan melindungi pokok Akasia ini daripada pemangsa lain.

Semut pekerja yang berkerumun di permukaan tumbuhan sangat agresif kepada serangga lainnya, dan juga pada semua jenis haiwan. Kalau haiwan lain menyentuh pohon yang mereka diami, mereka akan menyerang bersama-sama dan menggigit dengan gigitan yang menyakitkan.

Selain itu, tumbuhan lain yang berada pada jarak kurang dari satu meter dari pokok Akasia yang dihuni semut akan diserang, kulit batang pohon itu juga akan diserang, serta ranting dan dahan yang menyentuh pokok Akasia juga dirosakkan oleh sang semut.

Telah dibuktikan bahawa pokok Akasia yang tidak didiami semut lebih mudah diserang dan dirosakkan oleh serangga lain, jika dibandingkan dengan pohon yang dihuni koloni semut ini. Dalam sebuah eksperimen diamati bahawa tumbuhan liar yang tumbuh berdiameter 40 cm dari Pokok Akasia diserang oleh semut, dimakan dan dirosakkan. Semut juga bahkan menyerang dahan dan daun tumbuhan lain yang menyentuh bayangan pohon akasia. Seluruh koloni semut sangat tangkas dan kuat ketika membersihkan dan mengawasi pokok akasia.

Professor Palmer dan Jake Goheen dari Jabatan Botanikal University of Wyoming, Laramie, Wyoming, Amerika yang membuat kajian di Wilayah Laikipia di bahagian tengah Kenya dan Taman Negara Tsavo mendapati semut ini dapat membantu pokok Akasia daripada diserang dan dimakan oleh gajah. Apabila gajah menyerang dan memakan dedaun pokok akasia, semut-semut akan segera mendekati gajah, menggigit dan menyengat pada bahagian mulut, bawah belalai dan muka gajah. Kumpulan semut yang banyak ini menyebabkan gajah kesakitan dan tidak tahan lalu meninggalkan pokok akasia.



Sarang Semut Sebagai Ubat
Dikebanyakan negara seperti Indonesia yang terkenal dengan perubatan tradisional, sarang semut juga amat berfaedah dan dijadikan sebagai ubat bagi beberapa jenis penyakit terhadap manusia terutamanya penyakit kanser. Antara spesis sarang semut yang biasa dijadikan khasiat perubatan adalah Hydnophytum formicarum, Myrmecodia tuberosa dan Myrmecodia pendans.



Keunikan sarang semut terletak pada interaksi semut yang bersarang pada umbi yang terdapat lorong-lorong di dalamnya. Kestabilan suhu di dalamnya membuat koloni semut dapat berada untuk satu jangkamasa yang amat lama di dalam sarangnya. Dalam jangka waktu yang lama terjadilah reaksi kimiawi secara alami antara senyawa yang di keluarkan semut dengan zat yang terkandung di dalam tanaman dan beberapa mikroba lainnya, gabungan inilah yang membuat sarang semut ampuh mengatasi berbagai penyakit. Ahli serangga menyebutkan bahwa anti-oksidan dan asam formiat dalam kelenjar air liur semut berfungsi sebagai penjaga telur pada sarang semut. Bila di lihat keadaan ini hampir sama dengan madu yang di keluarkan lebah untuk melindungi telurnya.


Keburukan Semut (Perosak Tanaman)
Kehadiran semut pada tanaman kadangkala juga akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya jumlahnya adalah banyak. Semut biasanya akan bertelur di bahagian bawah daun dan menjadikan pucuk, bunga dan putik sebagai sasaran mereka untuk mendapatkan sumber makanan (manisan) daripada tanaman. Secara tidak langsung ianya akan memusnahkan tanaman jika tidak dibendung dari awal.




Semut Madu dan Kutu (Aphid)
Semut (Semut Madu) merupakan teman baik Serangga Aphid (Kutu Daun). Ini adalah kerana kehadiran Aphid pada tanaman (yang menghisap cairan floem tumbuhan dengan mulutnya) akan menjadi sumber perolehan manisan (buangan pencernaan daripada Aphid) kepada semut.

Semut madu akan mendekati kutu dan akan mendorongkan perutnya. Aphid akan memberikan setetes buangan kepada semut.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa semut madu ini cuba sedaya upaya untuk melindungi dan mempertahankan Aphid daripada diserang oleh serangga predator lain termasuk serangga yang berguna seperti ladybird yang menjadikan Aphid sebagai makanannya.




Semut Adalah Salah Satu Makhluk Yang Dimuliakan Allah

Di dalam Al-Quran terdapat surah yang secara khusus menyebut nama semut iaitu Surah An-Naml yang bererti semut. Ia menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan tenteranya yang melalui satu kawasan dimana terdapatnya kaloni semut. "Sehingga apabila mereka sampai ke Waadi'n-Naml, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (An-Naml ayat 18)

Manakala ada terdapat hadis yang menyebut tentang semut iaitu, dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai. (Tirmizi)

Larangan Membunuh Semut

Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Seorang nabi singgah di bawah sepohon pokok, dia digigit oleh seekor semut. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim)

Manakala di dalam Kitab Salam, Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang yaitu: semut, lebah, burung hud-hud, dan burung shurad (Sejenis burung pipit). Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.


Penjelasan Lanjut Tentang Semut Perosak
Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan di atas itu adalah semut yang besar seperti semut-semut yang disebut oleh Nabi Sulaiman A.S. Semut yang besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yang munasabah. Manakala semut yang kecil diharuskan bunuh. Fuqaha Maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dengan alasan yang tidak munasabah. Ini diasaskan kepada kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan atau memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Membunuh semut dibolehkan dengan menggunakan racun serangga dan bukan membakarnya, sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Imam Nawawi didalam memberi komentar keatas atas Hadith Imam Muslim diatas bahawa hanya Allah yang boleh mengazab dengan menggunakan api.

Dan jika semut tersebut merosakkan bangunan, atau laman, atau perabot, contohnya yang dilakukan oleh anai-anai, maka ia hendaklah di hapuskan dan dibuangkan dari tempat yang dijumpainya. Kerana sesungguhnya dihalalkan keatas hamba dari perkara yang mengancam tanam-tanaman, perabot dan bangunan. Dan semua ini perkara yang membahayakan yang telah diharamkan oleh Nabi SAW dimana baginda bersabda : 'Tidak mudharat dan tidak memudaratkan'.


Kaedah Kawalan Semut Perosak

Kaedah 1
Menggunakan lebihan air basuhan baju dari mesin pencuci.
  1. Tadah air basuhan baju (air sabun) daripada mesin pencuci (washing machine).
  2. Biarkan selama sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk memastikan jika terdapat serbuk pencuci yang tidak larut bersama air termendap ke bahagian bawah.
  3. Ambil/cedok bahagian atas air basuhan pakaian tersebut dan masukkan ke dalam bekas semburan.
  4. Sembur (spray) ke arah pokok atau mana-mana bahagian yang terdapat semut dengan kadar semburan yang rendah. Elakkan menyembur dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan pokok mengalami “stress”.

Kaedah 2
Bahan-bahan untuk membuat Racun Serangga Organik (Semut) :-
  1. Sabun Basuh (Breeze) x 1 sudu
  2. Minyak Masak x 1 sudu
  3. Air x 1.5 liter
  4. Cili Api x 5 biji
  5. Bawang Putih x 5 ulas

Kaedah penyediaan :-
  1. Kisar bahan-bahan seperti cili api, bawang putih, sabun basuh dan minyak masak dengan sedikit air (ambil sedikit air dari jumlah 1.5L air).
  2. Kemudian campurkan kesemua bahan tersebut kepada baki air yang selebihnya dan kacau/goncang sehingga kesemua larutan menjadi sebati.
  3. Sembur ke arah tanaman yang dikerumuni oleh semut.

Kaedah 3
Menggunakan serbuk kulit telur.
  1. Ambil kulit telur.
  2. Tumbuk sehingga halus
  3. Jemur hingga kering
  4. Kemudian taburkan disekeliling kawasan perdu pokok atau mana-mana kawasan yang menjadi laluan semut.
Kaedah 4
Menggunakan semburan Serai Wangi
Serai Wangi merupakan cecair pekat pelbagai guna yang pertama dihasilkan di Malaysia. Cecair pekat Serai Wangi mempunyai pelbagai kelebihan berbanding penghalau atau racun serangga yang biasanya digunakan untuk membunuh nyamuk, lipas, semut dan serangga lain di dalam rumah mahupun di kawasan kebun dan tanaman.



Kawalan Kimia
Antara racun serangga yang cukup berkesan untuk menghapuskan populasi semut yang merosakkan tanaman adalah jenama Termicide keluaran syarikat Hextar Chemicals Sdn Bhd. Ia mengandungi bahan aktif chlorpyrifos 38.7% ww. Ia dapat membunuh semut pada kadar yang cepat dan berupaya menghindar kehadiran semut untuk satu jangkamasa yang agak lama sehinga lebih daripada 6 bulan (testimoni Romatech Agro).

Rujukan :
1. Wikipedia
2. Jabatan Botanikal University of Wyoming
3. Harun Yahya
4. Kitab Salam



EC-CF-TDS Meter Penyukat 3 dalam 1 : KL-1385L



Alat Penyukat 3 dalam 1 EC/CF/TDS Meter (KL-1385L) dengan Elektrod lebih panjang.

Alat penyukat kelikatan (kepekatan) baja EM Meter ini adalah lanjutan daripada model KL-1385. Tetapi model KL-1385L ini berbeza sedikit iaitu panjang elektrod adalah 8 inci. Dengan panjang sedemikian, ianya amat memudahkan kita untuk menyukat baja tanpa perlu bimbang bahagian panel bacaan (display panel) terkena air.

Cara penggunaannya adalah mudah iaitu dengan mengambil sedikit baja air dan dimasukkan kedalam satu bekas (boleh gunakan penutup alat ini) dan kemudian hujung alat ini direndamkan ke dalam larutan baja air. Bacaan EC diperolehi dengan menekan butang "MODE" sehingga kelihatan paparan "EC".

Selain daripada itu, ianya adalah kalis-air (water-proof).

Specifications:

* EC measurement range: 0.00 ~ 19.99 EC
* CF measurement range: 0.0 ~199CF
* TDS measurement range: 10 ~ 19990ppm

* EC resolution: 0.01EC
* CF resolution: 0.1CF
* TDS resolution: 10ppm

* Accuracy: ±2% F.S
* Operating temperature: 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF)
* Automatic temperature compensation (ATC): 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF)
* Calibration: manual – screwdriver included
* Dimensions: 34cm x 3.8cm x 3.8cm
* Weight: 98g (inc batteries)
* Powered by: X4 1.5V (AG13) batteries (included)
* Tough plastic body
* Instructions (including for calibration) and battery included
* Brand new and factory boxed in tough, padded storage case


Harga : Sila rujuk disini




Info Penyakit Tanaman : Pelombong Daun


Ulat Pelombong Daun merupakan salah satu agen perosak tanaman yang menjadikan tanaman terutamanya sayur-sayuran sebagai gudang makanan mereka. Walau serangan Pelombong Daun ini adalah tidak terlalu kritikal, namun jika tidak dikawal atau dimusnahkan, ianya akan dapat merosakkan tanaman yang diusahakan sekaligus mengurangkan produktiviti.

Nama Serangga : Ulat Pelombong Daun (Leaf Miner)
Keluarga (Famili) : Agromyzidae
Spesis : Terdapat lebih daripada 2,500 spesis di seluruh dunia.
Jenis Tanaman diserang : Bunga kekwa, limau, manggis, Kekacang, tomato, daun bawang, cili dan hampir kesemua sayuran berdaun dan berbuah

Penerangan :
Ulat Pelombong Daun ini sebenarnya berasal dari salah satu spesis lalat yang bertelur pada daun tumbuhan yang kemudiannya apabila telur menetas akan menjadi larva (ulat) sebelum menjadi pupa dan lalat dewasa. Peringkat larva adalah lebih penting kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada tanaman jika tidak dikawal.



Telur Pelombong Daun bersaiz kecil, berwarna putih krim dan kebanyakkan boleh dijumpai di permukaan daun. Kebiasaannya seekor serangga dewasa boleh mengeluarkan lebih kurang 100 biji telur pada satu-satu masa.

Telur yang kemudiannya akan menetas menjadi larva dalam masa 4-5 hari. Larva akan melombong ke dalam daun dan memakan tisu daun.

Larva akan bertukar menjadi pupa di dalam kepompong dalam masa 7-8 hari.

Pupa akan bertukar menjadi dewasa dalam masa 8-12hari. Apabila dewasa kelihatan seperti lalat kecil yang berukuran 2.0-3.0mm

Agen/Cara Penyebaran :
Lalat dan Ulat

Bahagian Serangan :
Daun dan buah

Cara Serangan :
Serangga bertelur di atas daun. Apabila telur menetas, larva (ulat) mencari makanan dengan cara melombong (mengorek) daun pokok dan menghisap cecair di dalam tisu daun (sap epidermis). Ini menyebabkan lingkaran putih kelihatan di permukaan daun yang diserang.

Kesan Serangan :
Daun menjadi rosak/cacat dan berkedut atau bergulung.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
  1. Pasangkan perangkap kuning berpelekat di batas-batas untuk menangkap serangga dewasa (pelombong daun).
  2. Sembur racun serangga sistematik seperti dimethoate (10ml/4.5 liter air) pada tanaman sekiranya dewasa pelombong daun dikesan pada perangkap kuning berpelekat.
  3. Sembur racun serangga seperti Selecron, Abermectin (Agrimec 15) atau cyromazine (Trigad) atau deltamethrin (Decis 250) mengikut kadar dan PHI (tempoh menunggu sebelum mengutip hasil) yang disyorkan pada label sekiranya tanda serangan kelihatan.
  4. Sisa-sisa tanaman hendaklah dicabut dan dimusnahkan selepas kutipan hasil dan tanamkan atau bakar supaya perosak tidak dapat membiak.
  5. Hapuskan semua tumbuhan lain (termasuk rumpai) di kawasan tanaman dimana terdapat tanda serangan oleh pelombong daun. Ini disebabkan kebanyakan tumbuhan ini adalah perumah bagi pelombong daun.
Kawalan Organik :
Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
  1. BioGuard - BioGuard yang mengandungi ekstrak Daun Papaya (Betik) dan Daun Neem dapat mengatasi masalah ulat pelombong daun dengan berkesan. Selain itu, BioGuard juga dapat melindungi tanaman daripada beberapa serangan beberapa jenis seperti Hama, Aphid, Lalat Putih dan penyakit kulat. Apabila semburan BioGuard dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh perosak. BioGuard adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.
Kesan Serangan Ulat Pelombong Daun






Perancangan dan Sebut Harga Projek Fertigasi






Perancangan Projek, Sebut Harga dan Khidmat Nasihat Pertanian & Fertigasi

Perancangan Projek merupakan antara faktor yang amat penting bagi setiap pengusaha kebun tanaman sayur-sayuran bagi memastikan kebun pertanian yang mereka usahakan mendapat pulangan yang lebih baik sepertimana yang diharapkan.

Tidak seperti tanaman di atas tanah, elemen yang terpenting di dalam Sistem Fertigasi adalah Kos (perbelanjaan) selain daripada pengetahuan tentang Nutrien, Kawalan Serangga dan Pengurusan Kebun.

Bagi pengusaha yang baru atau mereka-mereka yang ingin memulakan Projek Pertanian secara Fertigasi, pihak kami ada menyediakan khidmat nasihat untuk memulakan projek yang merangkumi :-
  • Perancangan Projek Fertigasi
  • Kaedah Pemasangan Paip dan Sistem Fertigasi
  • Kaedah Pemberian Nutrien (Jadual Siraman/Supplement)
  • Kaedah Kawalan Penyakit dan Serangga
  • Pengurusan Kebun Tanaman
  • Pemasaran Hasil Pertanian
  • Hala Tuju Pertanian dan Sistem Fertigasi

Disamping itu juga, kami ada menyediakan Sebut Harga (Quotation) serta lakaran (layout) Sistem Fertigasi secara PERCUMA bagi mereka yang ingin memulakan Projek Tanaman Secara Fertigasi samada secara :-
  • Sistem Terbuka (Tanpa Rumah Pelindung Hujan)
  • Sistem Tertutup (Dengan Rumah Pelindung Hujan - RPH)

Untuk mendapatkan Sebut Harga dan Lakaran Kebun ini, pelanggan perlu memaklumkan kepada kami samada melalui sms/email dengan memberikan butiran berikut:-
  • Nama Penuh Pengusaha/Syarikat
  • Alamat Penuh Kebun/Tempat Tinggal
  • No. Telefon
  • Alamat email
  • Jumlah tanaman/keluasan (Panjang x Lebar) kawasan yang ingin diusahakan.

InsyaAllah, kami akan memberikan Sebut Harga dan Lakaran Kebun melalui email dalam masa 48 jam selepas menerima pesanan tersebut.



Contoh Sebut Harga Tanaman Permulaan



Contoh Lakaran (Layout) Sistem Fertigasi



Sila hubungi kami atau datang sendiri ke Pusat Jualan Puchong untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.




Promosi Jualan : Benih Cili Kulai F1 568



Promosi Jualan Benih Cili Kulai F1 568

Pada bulan Jun 2011 ini, Romatech Agro menawarkan promosi bagi pembelian Benih Cili Kulai F1 568 paket 10 gram. Tawaran dan Promosi adalah seperti berikut.

Kod Promosi : RA-P004-1106
  • 1 paket : RM25 (RM25/paket) - Biasa RM30.00 (Jimat RM5.00)
  • 2 paket : RM48 (RM24/paket) - Biasa RM60.00 (Jimat RM12.00)
  • 3 paket : RM69 (RM23/paket) - Biasa RM90.00 (Jimat RM21.00)
  • 4 paket : RM88 (RM22/paket) - Biasa RM120.00 (Jimat RM32.00)
  • 5 paket : RM105 (RM21/paket) - Biasa RM150.00 (Jimat RM45.00)
  • 6 paket dan ke atas = RM20/paket - Jimat RM10/paket
Terma dan syarat :-
  • Tempoh Promosi 1hb. Jun 2011 hingga 15hb. Jun 2011
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Tiada HAD PEMBELIAN.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Bayaran tambahan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 1 paket : RM5, 2 paket dan ke atas : RM10
Informasi Benih :
Asal : Taiwan
Berat : 10g
Kuantiti benih : 1000 – 1300 biji

Informasi Pokok :
Tinggi pokok : 70cm-80cm
Cabang : banyak

Tempoh Semaian & Memungut Hasil :
Semaian : 25-35 hari
Memungut Hasil : 75 hari bermula dari hari pertama di dalam polibag.

Informasi Buah :
Berat : 20-40g
Panjang : 14-15cm
Fisikal : Licin dan sedikit berkedut
Rasa : Kurang Pedas

Sifat lain : Pokok berbunga, berputih, berbuah sepanjang masa.

Maklumat lanjut cara pembelian di sini atau hubungi kami segera sebelum tempoh promosi tamat.




Kedai Racun dan Pertanian : Fajama Trading


Fajama Trading adalah sebuah syarikat yang menjual peralatan pertanian dan Racun Kawalan Serangga (Kimia) yang berdaftar di Lembah Klang. Terletak di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan telah beroperasi hampir 5 tahun.


Kedai Racun ini yang merupakan Rakan Niaga (Network) Romatech Agro menjual pelbagai jenis racun serangga seperti malathion, Mitac, Pegasus, Pervicur, Desis, Confidor, Mancozeb, Thiram dan sebagainya.

En Fauzi yang merupakan pemilik kedai racun ini adalah seorang pengusaha kedai yang amat ramah dan senang menjawab sebarang pertanyaan mengenai Racun Kawalan Serangga.

Alamat Kedai Racun Fajama Trading :-

Fajama Trading
No. 52, Jalan LP 1A/5,
Taman Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8941 4300 / 03-8945 8217

H/P : 019-381 0869 (En. Fauzi)
Faks : 03-89410300
Isnin - Jumaat : 9 am - 6 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : CUTI


Google Street View :
Fajama Trading 



View Larger Map


Promosi Jualan EC Meter dan Soil pH Meter


Sepanjang bulan Mei 2011 ini, Romatech Agro menawarkan pembelian pek berkembar peralatan penyukat EC/CF/TDS Meter dan Soil pH Meter pada harga yang lebih menjimatkan untuk masa yang terhad SAHAJA.

1. EC/CF/TDS Meter (KL-1385) - Untuk menyukat kelikatan Baja Fertigasi
2. Soil pH Meter (ETP110) - Untuk Menguji Tahap Kemasaman Media (Cocopeat/Sekam dll)



Terma dan syarat :-
  • Tempoh Promosi 4hb. Mei 2011 hingga 31hb. Mei 2011
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Tiada HAD PEMBELIAN.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Bayaran tambahan akan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER. Semenanjung Malaysia RM10. Sabah, Sarawak dan Labuan RM15

Informasi berkenaan dengan fungsi dan kegunaan EC Meter dan PH Meter, sila klik disini

Spesifikasi Produk :-
EC/CF/TDS Meter (KL-1385) disini
Soil pH Meter (ETP110) disini


Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard 250ml



Formula Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard kini ditingkatkan lagi dengan penambahan 2 ekstrak bagi memberikan kesan yang lebih optimun terhadap kawalan serangga perosak.

Menurut pihak pengeluar, atas permintaan ramai, BioGuard kini didatangkan dengan pek yang lebih kecil iaitu 250ml bagi membolehkan semua peringkat pengguna samada tanaman secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun yang lebih besar.

Ini kerana penggunaan BioGuard adalah amat menjimatkan dengan kadar pencairan adalah 1/1000. Oleh yang demikian bagi pek 250ml ini, pengguna akan memperolehi sebanyak 250 Liter larutan racun semburan.

Disamping itu juga, bagi pengguna-pengguna pada skala tanaman secara hobi, maka terdapat juga pek yang lebih kecil iaitu 100ml pada kadar harga yang kompetitif dengan nisbah pencairan pada kadar yang sama seperti pek 250ml iaitu 1/1000. Senarai harga, sila Klik disini





Keputusan peperiksaan SPM 2010



InsyaAllah, seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, esok 23hb. Mac 2010 merupakan tarikh bagi Keputusan Peperiksaan SPM 2011. Ia boleh diperolehi melalui sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi. Manakala bagi calon persendirian, mereka akan memperolehinya melalui pos.

Mulai tahun ini juga, keputusan Peperiksaan SPM boleh diperolehi melalui khidmat pesanan ringkas sms mulai pukul 10:00 pagi 23hb Mac 2011 hingga 12:00 tengah malam 30hb Mac 2011. Kaedah mendapatkan keputusan SPM melalui sms ini ialah seperti berikut :-

SEMAK SPM [No. Mykad] [Angka giliran SPM] dan hantar ke 15888

Contohnya : SEMAK SPM 901001047896 BA0001B054 dan hantar ke 15888

Mudah-mudahan anak-anak kita yang menduduki SPM 2010 akan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Nota : Untuk info yang terkini dan peluang-peluang bagi lepasan SPM eputra dan Kami Cikgu Blogger



Panduan Pemasangan Set Mini Fertigasi RA-SM20



Kini bagi pembelian set mini RA-SM20 permulaan tanaman (cili) secara fertigasi disertakan dengan Panduan Pemasangan yang lebih spesifik bagi memudahkan pemasangan set mini ini dan kepada mereka yang masih baru di dalam dunia fertigasi.

Panduan pemasangan ini mengandungi sebanyak 22 muka surat serta lampiran yang merangkumi penerangan pemasangan bergambar seperti :-


Antara isi kandungan Panduan Pemasangan set mini RA-SM20 ini adalah seperti berikut :-














Kami masih mengekalkan harga bagi set mini RA-SM20 ini pada harga RM150.00. Dapatkannya sekarang di Pusat Jualan Puchong atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.