Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Kebun Puchong : Menuai Cili Merah Lagi


Kebun Puchong, Puchong Selangor, Selasa 20 Januari 2009, selang 3 hari selepas tuaian pertama sebanyak 29 biji cili merah, hari ini Kebun Puchong mempunyai sebanyak 20 pokok cili Kulai yang sedang rancak berbuah sedia untuk dituai buat kali keduanya.

Tuaian Cili Kali Ke-2
Jumlah : 53 biji
Berat : 582 gram

Pulang dari kerja saya, isteri dan anak-anak bersama-sama memetik cili merah ini. Hasil tuaian kali kedua ini lebih baik daripada tuaian pertama. Daripada 20 pokok ini, saya memperolehi sebanyak 53 biji cili yang telah merah/separuh merah. Berat kesemuanya adalah sebanyak 582 gram. Saya mengambil kesempatan dari hasil tuaian ini dengan menghadiahkan kepada jiran yang belum dapat merasai hasil tanaman saya. Selebihnya saya simpan untuk kegunaan sendiri.

Mudah-mudahan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 2.5kg/pokok bagi 20 pokok cili Kulai ini akan dapat saya capai dengan kaedah yang saya guna pakai ini.

Bak kata beberapa usahawan cili sebelum ini, sekiranya buah cili telah mula mengeluarkan hasil, maka ianya akan berterusan dan tidak hairanlah maka ada usahawan yang melakukan tuaian sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu.






Tuaian Kali Ke-2






Kebun Puchong : Musim Menuai Hasil Cili


Kebun Puchong, Puchong Selangor, Sabtu 17 Januari 2009, Hari yang dinanti-nantikan telah tiba bilamana anak pokok cili sebanyak 20 pokok yang dipindahkan ke polibag sejak 86 hari (2 bulan 3 minggu) yang lepas telah mula masak dan sedia untuk dituai hasilnya.

Tuaian Musim Pertama
Jumlah : 29 biji
Berat : 329 gram

Saya dan isteri mengambil kesempatan cuti hari Sabtu ini dengan memetik kesemua cili Kulai (tak tahu hibrid mana...) yang telah masak atau separuh masak (merah-hijau). Hasil tuaian pertama kami adalah sebanyak 29 biji cili dengan berat keseluruhannya adalah 328 gram. Manakala purata berat bagi setiap cili adalah 11 gram.

Tuaian pertama ini (sebelum ini hanya 1, 2 biji sahaja yang masak) saya berikan kepada jiran dan keluarga di kampung.

Memandangkan cili kulai jenis ini mempunyai banyak daun, maka saya telah melakukan kerja-kerja mencantas daun-daun yang tidak diperlukan bagi keseimbangan pemberian nutrien (baja) kepada pokok cili. Sekiranya daun terlalu banyak, maka buah cili akan menjadi lebih kecil dari sepatutnya.

Kemudian saya terus meracun dengan menggunakan racun serangga (Termicide) bagi memelihara kulit/dahan pokok yang luka akibat cantasan yang dilakukan daripada dirosakkan oleh serangga perosak.

InsyaAllah, jangkaan saya pada minggu hadapan, tuaian kedua akan dilakukan kerana masih banyak lagi buah cili yang telah matang dan menanti untuk dituai.

Inilah kata pepatah, berbudi kepada tanah (walaupun fertigasi tidak menggunakan tanah...sabut/sekam sama seperti tanah), hasilnya amat baik dan bermakna sekali. Apa yang penting adalah kesungguhan dan kesabaran di dalam mengusahakan sesuatu, pasti akan mendatangkan hasil seperti mana yang diharapkan.

Apa yang saya pelajari selama 86 hari ini adalah :-
  1. Anak pokok cili 1 hari hingga 30 hari perlu dibelai dengan sepenuhnya seperti mencantas daun/dahan agar ianya mencapai ketinggian yang ideal sebelum mengeluarkan bunga/putik.
  2. Pemberian kadar/sukatan (kuantiti, EC dan jumlah baja air) nutrien seperti baja air adalah amat penting semasa umur anak pokok sedang meningkat naik. Sukatan baja air yang saya gunakan ialah 1.5 EC 500ml sehari/pokok untuk anak pokok 1-30 hari. 1.75 EC 1000ml sehari/pokok untuk pokok berusia 31-60 hari. 2.5 EC 1500ml sehari/pokok untuk pokok berusia 61-90 hari dan seterusnya.
  3. Amalan meracun hendaklah dilakukan dan mengikut jadual yang betul bagi memastikan pokok cili dilindungi daripada serangan serangga perosak.
  4. Penyelenggaran kawasan tanaman seperti menyediakan tiang sokongan, buluh sokongan, menyediakan tali junjung dan sebagainya perlu dilakukan bagi memastikan pokok cili dapat tumbuh secara menegak dan tidak mudah rebah/patah akibat bebanan buah cili, hujan lebat, angin kuat dan sebagainya.Dengan cara ini juga kerja-kerja meracun akan menjadi lebih mudah termasuk di bahagian bawah daun.
InsyaAllah jika kesemua perkara ini dilakukan, maka sasaran mendapatkan 3kg hasil cili bagi setiap pokok semusim tidak mustahil untuk dicapai.











Fertigasi : Sistem Tangki Air Baja


Memasang peralatan paip fertigasi adalah amat mudah. Ianya adalah seperti memasang paip air di rumah kita sendiri. Ianya sama seperti pengagihan saluran paip air ke bilik air, tandas, dapur memasak dan sebagainya. Namun begitu kawalan air di rumah adalah dengan menggunakan "kepala paip". Kita akan membuka atau menutup pada bila-bila masa yang kita perlukan.

Manakala pengaliran air di dalam Sistem Fertigasi adalah secara automatik dengan menggunakan pam air dan timer sebagai alat untuk menyalurkan air kepada tanaman di dalam polibag.

Kebanyakan daripada kita mengabaikan sistem pemasangan paip air saliran terutamanya di bahagian tangki air baja. Kesannya, walaupun timer dan pam air telah "OFF", air masih lagi menitis melalui dripper ke dalam polibag sehingga membasahi silver shine. Jika ianya berterusan akan menyebabkan tangki air akan menjadi kering dan kita terpaksa membancuh semula air baja.

Ini adalah disebabkan oleh faktor fizik yang mana air akan berterusan mengalir kerana di dalam paip 16mm tersebut yang terdapatnya daya tarikan terhadap aliran air yang lebih dikenali sebagai proses siphon/syphon. Oleh yang demikian bagi memutuskan daya tarikan ini, maka udara adalah perlu dibekalkan ke dalam paip air ini melalui paip "return". OT Valve (atau Ball Valve) digunakan sebagai alat kawalan kuantiti air yang hendak dialirkan ke dalam polibag.

Dengan pemasangan sistem pemutus aliran air ini, secara tidak langsung ianya memberi faedah kepada kita yang mana kita tidak perlu menggunakan "alat pengacau" semasa kerja-kerja membancuh air baja. Cukup sekadar dengan "menutup" OT Valve di bahagian "output" paip 16mm ke polibag. Kemudian, "ON"kan pam air selama beberpa minit dan air di dalam tangki akan berpusing kembali kedalam tangki menjadikan bancuhan kita lebih mudah dan tidak memenatkan.

Bagi yang menanam cili secara fertigasi berskala kecil yang kurang dari 100 pokok dan menggunakan pam air akuarium, rekabentuk di atas adalah diantara sistem yang boleh di praktiskan dan menjimatkan kerana ianya menggunakan paip 16mm sama seperti "paip dalaman" yang menyalurkan air kepada polibag. Cara inilah yang saya gunakan di Kebun Puchong dan hasilnya adalah amat baik sekali.











Kebun Puchong : Mencuci Dripper-Penitis


Kebun Puchong, 11 Januari 2009 - Hari ke-80, saya melakukan kerja-kerja pencucian terhadap peralatan siraman seperti dripper dan paip dalaman (16mm) kerana ianya telah menunjukkan tanda-tanda bahawa dripper tersebut telah tersumbat dan dipenuhi dengan kotoran seperti habuk dan sebagainya.

Ini dapat dipastikan bilamana beberapa polibag kelihatan kering sedangkan pam air berjalan dengan baik tepat pada waktunya.

Kesempatan mengisi bancuhan baja air seterusnya saya gunakan untuk mencuci dripper bengkok tersebut dengan mengisi sedikit air paip ke dalam tangki sehingga ke paras pam air. Kemudian pam dihidupkan untuk mengalirkan air bersih melalui micro tube.

Micro tube yang bersambung kepada dripper dicabut secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada rosak seperti patah, bengkok dan sebagainya.



Kemudian air yang mengalir melalui micro tube dihalakan kepada dripper bengkok untuk membuang dan mencuci kotoran yang menyekat laluan air baja dari tangki. Adalah lebih baik jika menggunakan berus kecil untuk tujuan pencucian ini.



Memandangkan Kebun Puchong ini berkapasiti 30 pokok (pada masa sekarang) maka ianya tidaklah memenatkan dan mengambil masa kurang dari 30 minit sahaja. Bagi tanaman yang berkapisiti besar, maka penyelesaiannya adalah dengan menggunakan alat penapis (Disc Filter) yang dipasangkan pada laluan keluar air baja dari tangki. Oleh yang demikian, maka kita hanya perlu mencuci disc filter tersebut sahaja dan tidak perlu lagi mencuci kesemua dripper bengkok. Namun begitu, pemantauan perlulah dilakukan juga jika terdapat masalah lain pada peralatan dripper ini.

Sekiranya kita tidak mengendahkan perkara ini, maka kesannya amat besar seperti pokok akan layu kerana kekurangan nutrien memandangkan media tanaman yang digunakan adalah sabut/sekam bakar yang tidak menyimpan apa-apa nutrien yang penting di dalam pembesaran pokok cili ini.





Kebun Permai : Memasang Tiang Dan Buluh Sokongan


Kebun Permai, Sabtu 10 Januari 2009 - Hari ke-35, Kebun Permai di Alor Gajah Melaka, saya meneruskan jadual kerja seterusnya dengan memasang buluh sokongan walaupun ianya telah terlewat dari yang sepatutnya dengan pokok cili telah mencecah ketinggian 21 inci dari aras media tanaman (cocopeat) dan telah mula mengluarkan putik dengan banyak sekali pada setiap pokok.




Saya menggunakan tiang besi pagar sepanjang 6 kaki yang dibeli pada minggu lepas dari kedai barangan terpakai yang terletak di Jalan Besar Tampin-Melaka dengan harga RM11.00 sebatang atas nasihat dan pandangan ayah yang bersama-sama dengan saya membelinya. Kerja-kerja menyediakan konkrit simen dilakukan pada minggu lepas. Sebanyak 16 batang tiang besi pagar digunakan dan anggaran kos adalah RM176.00.


Kerja bermula dengan memasang Skru Penegang (Turn-buckle) bagi memudahkan kerja-kerja menegangkan dawai besi diantara 2 tiang sokongan. Kemudian dawai diregangkan secara berhati-hati bagi mengelakkan tiang terlalu senget atau dawai tersebut melanggar pokok cili yang tinggi ini (> 1 kaki).

Selepas itu buluh sokongan sepanjang 5 kaki dicucuk di dalam polibag secara berhati-hati. Memandangkan kelewatan pemasangan buluh sokongan ini, maka saya menyiram terlebih dahulu dengan air (guna air baja) kedalam polibag bagi melembutkan media tanaman dan memudahkan buluh dicucuk ke dalam polibag. Namun begitu, pasti beberapa akar pokok yang terputus dan ini tidak dapat dielakkan.

Kemudian kerja-kerja mengikat buluh sokongan pada dawai dan batang pokok cili (bahagian bawah) dilakukan terhadap 100 batang pokok cili ini. Ayah dan mak cukup setia menjadi pemerhati dan menegur jika ada kesilapan yang dilakukan oleh kami adik beradik.


Jam 7:00 malam, semua kerja-kerja memasang buluh sokongan ini siap. Syukur kerana tiada apa-apa masalah. Mudahan selepas ini masalah angin kuat dan hujan lebat tidak akan menjejaskan kestabilan pokok. Dan ianya pasti akan memudahkan pokok cili untuk tegak dan dapat menampung berat buah yang dihasilkan nanti.









Kebun Puchong : Mengutip Hasil Cili Merah


Kebun Puchong, Ahad 4 Januari 2009 - Hari ke-73, buat pertama kalinya, Projek Mini Kebun Puchong sebanyak 20 pokok cili Kulai (tak tahu hibrid mana) telah mula melangkah episod baru yang lebih menambah semangat untuk saya dan isteri apabila pokok cili yang bernombor 12 telah boleh dituai hasilnya iaitu Cili Merah.

Buah cili ini bertukar sepenuhnya kepada warna merah selepas 4 hari menunjukkan tanda sedikit kemerahan bermula di bahagian pangkalnya. Saya mengambil kesempatan dengan kunjungan keluarga dari Melaka dengan meminta ayah saya untuk menuai/memetik cili merah Kulai sulung ini dengan diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Saya amat bersyukur dan amat bertuah sekali kerana ayah, mak dan ahli keluarga yang lain banyak memberikan galakan yang terhadap projek yang saya usahakan ini.



Dengan sebab itulah maka ayah dan mak turut membantu dan mempelajari teknik penanaman secara fertigasi ini.

Keluarga dari Melaka

Spesifikasi Cili Merah
Panjang : 5 1/2 inci
Ukurlilit : 2 inci
Berat : 14 gram

Kemudian saya merekodkan data terhadap spesifikasi buah cili merah yang dihasilkan dari pokok bernombor 12 ini untuk tujuan rujukan dan panduan. Buah cili ini berukuran panjang 5 1/2 inci , berukur-lilit 2 inci dan beratnya adalah 14 gram. Oleh yang demikian setiap pokok perlu menghasilkan sebanyak 200 buah cili untuk menjadikannya 3kg/pokok seperti yang diharapkan. InsyaAllah, saya yakin sehingga tempoh pokok ini matang, ianya bakal menghasilkan sekurang-kurangnya 2.5kg buah cili untuk tempoh 3 bulan yang akan datang.

Spesifikasi Hasil Cili Merah


Sementara ini, pokok yang lain (20 pokok kesemuanya) juga sedang rancak berbuah sambil pucuknya mengeluarkan bunga walaupun terdapat kekuningan pada beberapa bunga cili yang tidak menjadi. Ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi oleh semua usahawan tanaman cili memandangkan musim hujan yang secara tidak langsung telah menyebabkan kerosakan pada bunga cili ini.






Kebun Puchong : Cili Bertukar Warna Merah


Kebun Puchong, Puchong, Selangor, Khamis 1 Januari 2009 - Hari ke-70, buah cili sulung telah menampakkan tompokan tanda merah menunjukkan perubahan daripada warna hijau kepada warna merah.

Perubahan warna ini akan berlaku kepada semua cili menunjukkan tanda ianya telah hampir masak dan boleh dituai (harvest) untuk dipasarkan. Pada masa kini, permintaan pasaran cili merah ini adalah amat tinggi yang mana peraih/pemborong lebih menggemari cili yang separuh masak (hijau-merah) untuk membolehkan ianya dapat disimpan lebih lama sebelum dijual kepada pelanggan.

Ini adalah kerana cili yang telah hampir masak ini (merah-hijau) akan bertukar warna kepada merah keseluruhannya selepas beberapa hari ianya dituai (lebih kurang 3~5 hari). Manakala harga pasaran runcit cili merah pada masa sekarang adalah lebih kurang RM12.00 sekilogram.

InsyaAllah, saya menjangkakan 20 pokok cili R&D saya ini akan mengeluarkan hasil sebanyak 60kg semusim, sekiranya setiap pokok dapat mengeluarkan buah cili sebanyak 3kg semusim.

Perubahan warna merah




Perubahan merah selepas 1 hari






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.