Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Jadual Siraman Tanaman Cili Fertigasi


Kadar siraman dan sukatan baja fertigasi AB adalah amat penting di dalam penanaman sayuran secara fertigasi. Sekiranya jumlah air dan sukatan baja yang diberikan kepada tanaman tidak mencukupi, ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok tersebut. Secara tidak langsung hasil yang diperolehi akan berkurangan dari sasaran mendapatkan hasil yang optimum.

Di dalam pertanian moden secara fertigasi ini, baja yang diberikan kepada tanaman adalah melalui air di mana baja AB dilarutkan ke dalam tangki untuk siraman ke pokok. Kekerapan siraman adalah diantara 3 hingga 5 kali sehari bermula seawal 8:00 pagi sehingga sebelum jam 6:00 petang pada setiap hari. Oleh yang demikian pemberian air dan baja (air baja) adalah lebih kerap dan sepanjang tempoh masa siraman tersebut. Namun begitu terdapat kaedah lain di mana ada usahawan yang mengamalkan pemberian air baja hanya 2 kali sehari (atau sekali sehari) dan selebihnya adalah pemberian air sahaja.

Secara umumnya keperluan air baja bagi setiap pokok/tanaman adalah berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut. Oleh yang demikian setiap usahawan dan kebun tanaman perlulah mempunyai jadual siraman sendiri bagi memastikan pemberian air/air baja adalah seimbang dan memenuhi keperluan setiap pokok dan dapat menjimatkan kos penggunaan air mahupun baja fertigasi tersebut.

Kategori Pemberian Sukatan Air Baja :-
  • 1 bulan : Peringkat Anak (Membesar)
  • 2 bulan : Bunga dan putik buah
  • 3 bulan dan ke atas : Berbuah/menuai hasil
Untuk kemudahan dan rujukan para usahawan pertanian fertigasi, Jadual Siraman berikut boleh dijadikan sebagai panduan.








Kebun Puchong : Jualan Cili di Pasar


Kebun Puchong, Puchong, Selangor, Khamis 19 Februari 2009, hasil Kebun Puchong mula berada di Pasar Puchong Batu 14, Puchong, Selangor. Walaupun jumlah timbangan adalah terlalu kecil, namun saya cukup berpuas hati kerana sekurang-kurang hasil usaha saya selama ini telah mula menampakkan hasil. Malahan taukeh penjual sayuran tersebut tanpa ragu-ragu memborong kesemua cili yang saya tuai dari 20 pokok cili kulai ini (lebih 1 kg). Harga yang ditawarkannya ialah RM9.00 sekilogram.

Info
Pasaran : Pasar Puchong
Harga : RM9/kg

Malahan beliau mahu supaya saya terus menghantar hasil tuaian kepadanya pada masa akan datang. Ni dah kira bagus...tak payah susah-susah nak menjualnya. Sebelum itu, saya telahpun menjual lebih daripada 3kg hasil cili ini kepada beberapa orang jiran yang berhampiran dengan rumah saya dengan harga RM10 sekilogram.

InsyaAllah, saya sedang di dalam perancangan untuk menambah lagi jumlah tanaman cili fertigasi di tepi rumah ini daripada 30 pokok kepada 50 pokok.



Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi

Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

  1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air)
  2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.
  3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B.
  4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.
Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok)
  1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C
  2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.
  3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.
Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja) anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok.

Kaedah penyediaan larutan air baja fertigasi boleh dimuaturun di sini :


Mudahan ianya adalah berguna kepada usahawan yang baru menceburi pertanian fertigasi ini. InsyaAlllah.

Set Serbuk Baja AB

Melarutkan Serbuk Baja AB (Pati)


Menyediakan Air Baja (Siraman)



Kebun Permai : Hari ke-70


Kebun Permai, Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka, Sabtu 14 Februari 2009, Hari ke-70 menyaksikan tanaman cili Kulai F1 568 semakin membesar. Jangkaan saya berat maksimum setiap buah cili mampu mencecah 25~30 gram. InsyaAllah.











Promosi Set Mini 20 Pokok Cili Fertigasi RA-SM20


Kemaskini : 1hb. November 2016. Romatech Agro kini menawarkan set permulaan dan percubaan tanaman secara fertigasi sebanyak 20 pokok (RA-SM20) pada harga yang lebih kompetitif iaitu RM160.00 sahaja untuk memboleh lebih ramai bakal usahawan menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya diusahakan secara sistematik dan berkesungguhan.

Malahan semua orang boleh menanamnya juga untuk dijadikan sebagai HOBI pada masa lapang selain dapat memenuhi keperluan harian terhadap cili merah atau cili hijau.

Kelebihan Tanaman 20 pokok Cili secara Fertigasi ini adalah :-

  • Keluasan minimum tanah/permukaan yang diperlukan hanya 5' x 20' SAHAJA.
  • Ianya boleh diusahakan oleh semua orang samada suri-rumah mahupun yang bekerja untuk dijadikan sebagai hobi pada masa lapang. Ini adalah kerana siraman dilakukan secara AUTOMATIK melalui Sistem Timer berbanding dengan kaedah lama di mana kita terpaksa melakukan siraman secara MANUAL.
  • Pemberian Baja (Nutrien) kepada tanaman adalah melalui air yang disimpan di dalam tangki simpanan air dan disalurkan terus kepada akar pokok. Oleh itu penggunaan air adalah lebih teratur dan menjimatkan.
  • Sekurang-kurangnya kita tidak lagi perlu membeli cili hijau/merah di kedai runcit atau pasar yang pada masa sekarang harganya telah meningkat naik.
  • Ianya juga akan dapat menghijaukan suasana persekitaran dan halaman rumah kita dengan tanaman.


Set permulaan ini mengandungi peralatan-peralatan seperti berikut :-
BENIH DAN SEMAIAN
Biji benih Cili Kulai F1 568
1 unit Tray Semaian
Peat Moss (Medium Semaian)

MEDIUM TANAMAN
3 guni Coco Peat/Sekam Bakar (Medium Tanaman)
20 keping Polibag putih UV (16"x16")

PERALATAN PAIP DAN SIRAMAN
20 unit Dripper bengkok
20 unit Nipper/Start Joiner 4mm
40 kaki Micro Tube 4mm
1 unit Off Take Valve/Quick Action Valve 16mm
1 unit Penebuk Lubang Mudah 4 mm
1 unit Poly End Cap (EC) 16mm
2 unit Poly Equal Elbow (EE) 16mm
1 unit Poly Equal Tee (ET) 16mm
1 unit Poly Straight Coupler (ES) 16mm
40 kaki Poly Pipe (Paip Saliran) 16mm
22 kaki Hamparan Silver Shine 4' x 0.04mm
1 set Baja Fertigasi AB 10 Liter

PERALATAN PENYUKAT
1 unit Digital Timer (8 set masa)

BUKU DAN PANDUAN
Panduan Pemasangan Sistem Fertigasi
Kaedah Bancuhan Baja AB
Jadual Penyiraman Tanaman
Kaedah dan Panduan Semaian Benih

PERCUMA (Promosi Baru)
2 paket biji benih sayuran lain
Racun Serangga Organik Minyak Neem (Neem Oil)
Racun Serangga Organik Minyak Bawang Putih (Garlic Oil)

PERALATAN LAIN
Peralatan yang perlu disediakan sendiri dan boleh didapati di mana-mana Kedai Hardware/Akuarium yang berhampiran :-
1 unit Tangki Simpanan Air Baja 100L (Anggaran RM40.00/terpakai)
40 biji Batu bata pasir (RM12.00)
* 1 unit Pam Air/Pam Aquarium (Anggaran RM45.00)
- Kami ada menjual Pam Air Mini disini AT-103


Khidmat nasihat pemasangan dan penjagaan tanaman adalah PERCUMA. Harga yang kami tawarkan adalah terbuka kepada semua.

Semua pesanan dan tempahan boleh dibuat terus kepada kami.

Romatech Agro
Lot 4663, Kampung Baru Batu 14,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA.
Kamarol-Prof : 019-226 2125, 012-347 8552
Sall : 019-237 5358


Maklumat serta gambar-gambar Tanaman Fertigasi set RA-SM20 ... di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati ... disini
Pelbagai kaedah menghubungi kami ... di sini
Email terus kepada kami ... di sini



Peluang Jadi Usahawantani


MELAKA 3 Feb. - Peluang menjadi usahawan kini dibuka kepada sebahagian 1,295 pekerja kilang di negeri ini yang kehilangan pekerjaan akibat kelembapan ekonomi global.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, mereka dipelawa menghadiri taklimat khas Khamis ini di kilang Panasonic, Batu Berendam bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

Menurutnya, ia anjuran Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana pada pukul 2.30 petang dan akan disertai semua agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai pinjaman bagi mereka yang berminat menjadi usahawan.

"Taklimat itu berkaitan kemudahan pinjaman untuk mereka untuk memulakan perniagaan, tidak kira apa jua jenis perniagaan termasuk bantuan pertanian" - Datuk Md. Yunos Husin


"Oleh itu, tawaran perniagaan ditujukan khas kepada sebahagian lagi pekerja kilang yang ketika ini sedang menganggur dan mencari pekerjaan selepas diberhentikan pada baru-baru ini," ujarnya.

Kata beliau, usaha itu sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri bagi membantu golongan terbabit yang terjejas teruk akibat masalah kegawatan ekonomi global yang sedang melanda pada waktu ini.

Sumber Utusan Malaysia

Ulasan :-
Rebutlah peluang untuk menjadi usahawantani kerana penanaman secara fertigasi ini menjanjikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya ianya diusahakan secara sistematik dan berkesungguhan.

Mulakanlah dahulu secara kecil-kecilan. Kejayaan tidak akan datang begitu pantas kerana ianya pasti akan lenyap dengan cepat sebagaimana cepatnya ia datang.


Kebun Permai : Musim Cili Berbuah


Kebun Permai, Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka, Sabtu 31 Januari 2009, Hari ke-56 (hampir 2 bulan) pokok cili sebanyak 100 batang ini menunjukkan perkembangan yang amat baik bilamana kesemua pokok cili ini telah mengeluarkan buah diantara 5-20 biji setiap pokok sambil pucuknya terus mengeluarkan bunga dan putik cili.








Berbanding dengan Projek Mini kebun Puchong, pada umur yang sama iaitu 56 hari yang mana Cili Kulai (kulai tempatan) yang saya tanam mempunyai daun yang amat banyak sekali (rendang). Oleh itu kerja-kerja penjagaan menjadi lebih sukar berbanding dengan Kulai F1 568 yang kurang mempunyai daun.

Kulai Tempatan (Puchong) vs Kulai F1 568 (Permai)



Spesifikasi Cili
Tinggi pokok : 2 kaki
Panjang : 6 inci
Ukur lilit : 2 1/2 inci

Pokok pada hari ini mencapai ketinggian 2 kaki (24 inci). Manakala panjang maksima buah cili mencapai 6 inci dengan ukur lilit adalah 2 1/2 inci. Saya menjangkakan berat maksima buah cili ini boleh mencecah sehingga 25 gram setiap satu. Namun begitu terdapat beberapa buah cili yang mengalami masalah seperti terlalu bengkok (terbantut) dan berwarna kekuningan. Saya mengambil keputusan dengan membuang buah cili yang tidak elok ini kerana khuatir terdapat ulat atau serangga yang telah merosakkannya. Tambahan pula saya masih belum melakukan semburan racun kulat.

Spesifikasi Hari ke-56



InsyaAllah, lebih kurang 15~20 hari yang akan datang Kebun Permai ini akan mula mengeluarkan hasil tuaian pertama. Mudahan sasaran mendapatkan hasil sebanyak 2.5kg~3kg sepokok akan tercapai.

Spesifikasi Racun
Nama : Pegasus 250 SC
Kelas : II
Parasit : Kutu Thrip/Hamama
Sukatan : 10ml/10 Liter air
Harga : RM65.00

Pemerhatian saya mendapati beberapa batang pokok cili terutamanya di bahagian pucuk telah menghadapi masalah iaitu serangan Kutu Thrip menyebabkan daun dan pucuknya kerekot ke atas. Jam 6 petang (masa yang paling sesuai untuk meracun) saya melakukan semburan racun serangga kelas II jenis Pegasus 250 SC memandangkan keadaan pucuknya agak teruk terkena serangan Kutu Thrip ini. Ia juga atas nasihat daripada Sdr Nan (Fajama Trading) di kedai pertaniannya di Seri Kembangan, Selangor.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.