Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Alat Penyukat 3in1 TDS-EC-Suhu Meter

Alat Penyukat 3in1 TDS-EC-Suhu adalah merupakan salah satu peralatan penyukat yang penting di dalam sistem penanaman secara Fertigasi, Hidroponik, Autopot mahupun penternakan ikan akuarium. Selain itu, ia sangat berguna didalam industri air terutamanya minuman bagi tujuan tujuan memeriksa kandungan bahan pepejal terlarut di dalam air.

TDS - Total Dissolved Solid (Jumlah Pepejal Terlarut) - ppm
Fungsi TDS digunakan untuk mengukur jumlah pepejal terlarut dalam air. Apabila meter TDS menunjukkan bacaan sifar, ini bermakna air tersebut mengandungi hampir tiada bahan-bahan cemar terlarut.

Oleh yang demikian alat TDS meter ini adalah sangat bermanafaat bukan sahaja kepada kegunaan pertanian, malahan ianya digunakan untuk meyukat TDS di dalam air minuman kita, bagi memastikan air yang diminum menepati keperluan tubuh badan manusia iaitu antara 10-100ppm seperti yang disyorkan disini. Unit bacaan adalah ppm


EC Meter (Electrical Conductivity Meter) - EC
Fungsi EC Meter adalah untuk menyukat Electrical Conductivity (EC) bahan cecair seperti EC Air Baja Fertigasi AB yang digunakan bagi memastikan tanaman memperolehi nutrien yang mencukupi sepertimana yang diperlukan samada pada peringkat awal pertumbuhan mahupun pada peringkat pengeluaran hasil. Ianya sangat biasa digunakan di dalam penanaman seperti Fertigasi dan Hidroponik. Unit bacaan adalah uS/cm

Baca info lanjut tentang EC disini


Temperature - Suhu - Celcius
Untuk menyukat bacaan suhu larutan cecair di dalam unit Celcius dan Farenheit.



Spesifikasi peralatan penyukat
Spesifikasi peralatan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-


Cara Penggunaan Peralatan Penyukat
Cara Penggunaannya adalah seperti berikut :-
  1. Buka Penutup, tekan butang ON (elakkan menekan menggunakan kuku)
  2. Masukkan alat ke dalam cecair untuk diuji, jangan melebihi paras maksima yang ditetapkan
  3. Kacau secara lembut dan tunggu bacaan (reading) pada skrin LCD stabil, tekan butang HOLD, keluarkan alat penyukat dari cecair dan lihat bacaan
  4. Selepas penggunaan alat, sila padam. Sebaiknya pada bahagian yang digunakan dibersihkan dengan air suling atau sekurang-kurangnya dengan air bersih, kemudian lap untuk tujuan pengeringan
  5. Pasangkan semula Penutup

Penjagaan peralatan penyukat
Bagi memastikan ketepatan bacaan dan memanjangkan tempoh hayat peralatan penyukat ini, pengguna adalah disarankan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :-
  • Alat adalah peralatan profesional, sila gunakan mengikut arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakan pada alat
  • Elakkan daripada pancaran haba dan sinaran matahari secara langsung dan berterusan
  • Sila gunakan Standard Buffer Solution yang betul apabila perlu recalibrate untuk mengelakkan bacaan dan ukuran yang salah
  • Jangan memasukkan sepenuhnya alat penyukat ini ke dalam air untuk mengelakkan berlakunya litar-pintas (Short circuit) pada Papan Litar (Circuit Board)

Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan peralatan penyukat ini adalah 3 bulan dari tarikh pembelian seperti yang didaftarkan di dalam "Cash Bill". Namun begitu, jaminan adalah TIDAK merangkumi perkara berikut :-
  • Kerosakan peralatan disebabkan oleh penyalahgunaan seperti battery leakage, dimasuki air ke bahagian papan litar (Circuit Board) dan lain-lain.
  • Kerosakan secara fizikal seperti terjatuh, terhimpit dan lain-lain


Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H-2015M

InsyaAllah, beberapa hari yang akan datang, semua umat Islam di negara kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1436H. Sehubungan dengan itu, premis perniagaan kami bagi PEMBELIAN SECARA WALKIN DITUTUP selama beberapa hari.

Tarikh Tutup : 17-20 Julai 2015 (Jumaat - Isnin)
Buka Semula : 21 Julai 2015 (Selasa)

Walaubagaimanapun semua urusan pembelian online adalah berjalan seperti biasa dan kami boleh dihubungi seperti biasa seperti dibawah ini.

Media untuk menghubungi Romatech Agro
  1. Layari laman blog Romatech Agro
  2. Telefon : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  3. SMS : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  4. Email Romatech Agro
  5. Whatsapp : 019-226 2125 Romatech Agro
  6. Telegram : 019-226 2125 Romatech Agro
  7. Facebook Romatech Agro
  8. Facebook Messenger Romatech Agro
  9. Tango : 019-226 2125 Romatech Agro
  10. Viber : 019-226 2125 Romatech Agro


Dikesempatan kedatangan Aidil Fitri ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Bathin

Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap samada dari segi tutur bicara mahupun perbuatan semasa urusan jual beli dengan pihak kami.

InsyaAllah, segala kekurangan akan segera kami perbaiki untuk memberikan mutu dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Terima Kaseh memberikan sokongan yang berterusan kepada Romatech Agro


Pusat Jualan Puchong 2015 Cuti 4 Hari


Kami ingin memaklumkan bahawa Kedai di Pusat Jualan Puchong akan ditutup selama 4 HARI seperti dibawah ini :-


Tarikh Tutup : 7-10 Jun 2015 (Ahad - Rabu)
Buka Semula : 11 Jun 2015 (Khamis)

Walaubagaimanapun semua urusan pembelian online adalah berjalan seperti biasa dan kami boleh dihubungi seperti biasa samada melalui telefon atau email seperti dibawah ini.

Media untuk menghubungi Romatech Agro
  1. Layari laman blog Romatech Agro
  2. Telefon : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  3. SMS : 019-226 2125, 012-347 8552, 019-237 5358
  4. Email Romatech Agro
  5. Whatsapp : 019-226 2125 Romatech Agro
  6. Telegram : 019-226 2125 Romatech Agro
  7. Facebook Romatech Agro
  8. Facebook Messenger Romatech Agro
  9. Tango : 019-226 2125 Romatech Agro
  10. Viber : 019-226 2125 Romatech Agro
Sekian. Harap Maklum.



Laman Cili 1st Cili Gethor di Romatech Agro

Satu perjumpaan muhibbah telah dijadualkan akan diadakan oleh Group Facebook Laman Cili Pedas Berseding-desing pada Sabtu 23 Mei 2015 di premis Romatech Agro, Puchong, Selangor.

Tujuan perjumpaan adalah :-
  1. Mengukuhkan ukhwah ahli
  2. Bertukar-tukar anak pokok serta biji benih
  3. Bertukar-tukar pengalaman dan pendapat
  4. Menimba ilmu
Maklumat Perjumpaan :-

Tarikh : 23 Mei 2015

Hari : Sabtu

Tempat : Romatech Agro

Masa : 10.00am - 1.00pm


Sehubungan dengan itu, semua ahli Laman Cili yang HADIR akan diberikan POTONGAN HARGA sebanyak 5% dan pengecualian cukai GST (kami tanggung) bagi pembelian mana-mana produk di Romatech Agro pada hari tersebut SAHAJA.


Set Permulaan Fertigasi RA-SM20 Dalam Program Jom Bertani

Jumaat 20hb Februari 2015. Romatech Agro telah memenuhi pesanan dan tempahan pelanggan untuk 100 set permulaan tanaman secara Fertigasi RA-SM20.

Melalui pakej set permulaan ini, seperti di dalam promosi, kami ada memberikan secara PERCUMA kawalan serangga, hormon penggalak dan biji benih tambahan. Ini bertujuan memudahkan usaha memulakan projek tanaman tanpa perlu runsing mengenai kawalan serangga dan supplement seperti berikut :-
Promosi PERCUMA

Memandangkan jumlah yang agak banyak, tempahan pelanggan-pelanggan yang lain serta kesibukan urusniaga harian, maka tempahan set permulaan ini dibahagikan kepada dua fasa :-
  • Fasa 1 : Disempurnakan pada 15hb. Feb 2015
  • Fasa 2 : Disempurnakan pada 20hb. Feb 2015

Fasa 1 dan Fasa 2

Kami dimaklumkan bahawa set permulaan tanaman secara fertigasi ini akan diberikan kepada peserta yang terpilih di dalam Program Nasional "Jom Bertani" anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti yang telah dilancarkan pada 12hb Jun 2014 di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh, Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program Jom Bertani ini akan dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Fasa Tanaman, Ternakan dan Akuakultur seperti berikut :-
  • Fasa 1 : Fasa Tanaman (Jun 2014)
  • Fasa 2 : Fasa Ternakan (Ogos 2014)
  • Fasa 3 : Fasa Akuakultur(Oktober 2014)
Tujuan utama Program ini adalah bagi memenuhi keperluan bekalan makanan rakyat dan mengurangkan kos import.

"Justeru, Program Jom Bertani mampu membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian dan meringankan beban orang awam akibat impak kenaikan harga barangan - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin"


Program Jom Bertani ini dijangka mampu menjana sumber pertumbuhan baru yang bersifat komersial, berskala besar dan menghasilkan produk berkualiti yang mampu menembusi pasaran global.

Malah kerajaan juga sedia mempertimbangkan insentif peralatan dan input pertanian mengikut kesesuaian dan keperluan semasa antaranya bagi tanaman termasuk benih sayur-sayuran, baja dan racun serta beg plastik.

"kementerian juga bersedia membantu petani serta pengusaha mencari ruang pasaran sekiranya terdapat lebihan pengeluaran hasil dan antara ruang pasaran yang boleh diterokai termasuk pasar borong, pasar raya koperasi, agrobazar, pasar tani, pusat pengumpulan, pasar peladang dan lain-lain lagi - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob"


Bagi Program Jom Bertani Fasa Tanaman, setiap orang peserta yang memohon dan berjaya menyertai program ini akan dibekalkan dengan peralatan dan input pertanian mengikut jenis-jenis tanaman yang diinginkan atau disyorkan oleh pihak jabatan.

Tanaman yang ditanam akan dijaga oleh peserta melalui bimbingan dan panduan daripada jabatan dan dijual samaada kepada pihak Koperasi, FAMA atau Pertubuhan Peladang Kawasan.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jom Bertani boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian Daerah atau Pertubuhan Peladang Kawasan yang berhampiran.

Maklumat lanjut berkaitan Set Permulaan Fertigasi RA-SM20
Maklumat Pembelian Secara Online boleh disini atau hubungi kami.

Proses Penyempurnaan Tempahan
Penyempurnaan Fasa 1 dan Fasa 2



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.