Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Soy Booster Hormon Penggalak Tumbuhan

Soy Booster atau Hormon Penggalak Tumbuhan Soy merupakan nutrien tambahan yang berasaskan kepada Kacang Soya (Soy Bean) dan amat diperlukan untuk membekalkan nutrien yang seimbang sepertimana yang diperlukan oleh semua jenis tanaman.

Soy Booster mengandungi pelbagai jenis nutrien tambahan. Diantaranya adalah :-
  1. Asid Amino
  2. Kandungan NPK (combined) melebihi 21%
  3. Mikro Nutrien seperti Fe, Zn, B, Cu, Co, Mn, Mo

Bagaimana Soy Booster Berfungsi
Soy Booster dihasilkan daripada bahan-bahan organik dan diformulakan khas bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik terhadap tanaman. Diantara fungsi tersebut adalah :-
  • Soy Booster yang mengandungi Asid Amino , apabila disembur atau dititis (drip) mudah diserap oleh tumbuh-tumbuhan, dan ia tersedia digunakan sepenuhnya oleh tumbuh-tumbuhan. Secara tidak langsung ianya dapat menjimatkan karbohidrat, tenaga dan masa.
  • Fungsi Asid Amino di dalam Soy Booster juga membantu meningkatkan pengeluaran klorofil, fotosintesis, fungsi stoma, dan pengeluaran hormon tumbuhan.
  • NPK + mikronutrien menyumbangkan bahan pembangunan struktur tumbuhan untuk keperluan fotosintesis yang lebih baik dan metabolisme.
  • Nutrien bungaan dan buah dengan fosfat dan kalium yang tinggi memastikan bunga terus berkembang, buah bentuk lebih sempurna, dan kualiti buah-buahan terjamin.

Kelebihan Soy Booster
Terdapat banyak manafaat yang diperolehi hasil dari penggunaan Soy Booster secara berterusan, antaranya :-
  • Peningkatan pengeluaran klorofil : peningkatan proses fotosintesis.
  • Peningkatan fotosintesis : peningkatan hasil untuk hasil dedaun & buah-buahan.
  • Peningkatan pengeluaran hormon tumbuhan : meningkat peratusan berbunga & perakaran.
  • Peningkatan fungsi metabolic : Sistem ketahanan serangan penyakit yang bertambah baik.
  • Meningkatkan sistem ketahanan penyakit : toleransi penyakit yang lebih baik.
  • Fungsi stomata lebih sempurna : toleransi kemarau dan tekanan yang lebih baik.
  • Ia merangsang pertumbuhan, kekuatan dalaman dan keupayaan menghasilkan cabang supaya tumbuh-tumbuhan sihat, kuat dan padat.
  • Keseluruhan dedaun tumbuhan berwarna hijau gelap, pertumbuhan yang lebih baik , berhasil dalam masa yang lebih singkat.

Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Botol Soy Booster perlu digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan.

Kadar Pencairan (bancuhan)

Semburan

3ml Soy Booster = 1.0 Liter


Titisan (Drip)

1ml Soy Booster = 3.0 Liter air


Kekerapan semburan :

Sekurang-kurangnya 1-2 minggu.


Kesesuaian dan Keserasian
Soy Booster boleh dicampur bersama-sama dengan kebanyakan jenis racun serangga, racun kulat serta baja semburan (foliar) yang lain.

Keselamatan Terhadap Tumbuhan :
Soy Booster adalah selamat pada tanaman. Walaubagaimanapun, disyorkan untuk menguji keselamatan terhadap tanaman sensitif sebelum menggunakan di kawasan yang besar.


Maklumat lanjut berkaitan Soy Booster
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.






Testimoni Keberkesanan Soy Booster






Maklumat lanjut berkaitan Soy Booster
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.


Pertukaran Alamat Email Romatech Agro

Kami ingin memaklumkan mengenai pertukaran alamat email Romatech Agro yang baru menggantikan alamat email yang lama iaitu Streamyx yang akan tamat sepenuhnya pada 1hb. Disember 2013 ini.

Email Lama : romatech@streamyx.com sehingga 1hb. Disember 2013
Email Baru : romatechagro@gmail.com mulai 28hb. Oktober 2013

Ini adalah disebabkan oleh pihak Telekom Malaysia telah menghentikan semua perkhidmatan email seperti yang dimaklumkan di dalam laman web mereka di sini ... Notis Penamatan email Streamyx

Oleh yang demikian, pelanggan-pelanggan yang ingin menghubungi kami melalui email di minta menggunakan email baru seperti di bawah ini,

Email Baru : "romatechagro@gmail.com"



Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau
Dapatkan info Cara Hubungi Kami atau
Email terus kepada Romatech Agro kami segera.


Kawalan Serangga Organik : Bio Pesticide EM-FPE

EM-FPE atau dikenali sebagai Effective Microb-Fermented Plant Extract adalah merupakan kawalan serangga organik berasaskan bakteria berfaedah.

EM-FPE adalah lanjutan perluasan terhadap penggunaan Effective Microb (EM) di dalam pertanian. Ia mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral yang amat diperlukan oleh tanaman bukan sahaja untuk tumbesaran, malahan juga untuk tujuan penghasilan (produktiviti).

Disamping itu juga ia boleh dijadikan kawalan serangga dan perosak dengan campuran beberapa bahan anti-serangga yang lain seperti formulasi di bawah.

Kesesuaian EM-FPE Terhadap Serangga dan Perosak
EM-FPE berkeupayaan memelihara dan merawat tanaman daripada serangan penyakit seperti Hamama, Aphid, Thrips, Pelombong Daun, Kepinding Hijau, Ulat Ratus, Kabuh/Kumbang Lenting dan lain-lain.


EM-FPE : "Ke Arah Melestarikan Alam"

Bahan-bahan Untuk Membuat EM-FPE
Kesemua bahan yang digunakan untuk membuat EM-FPE adalah bahan-bahan organik seperti di bawah ini :-
  1. 200 ml BIM (EM) Tulen
  2. 200 ml Molasses/Gula Merah
  3. 200 gram Daun Neem
  4. 200 gram Bawang Putih (Garlic)
  5. 200 gram Cili Padi/Cili Api
  6. 1.0 Liter Air Sungai (atau air tanpa klorin)

Kaedah Penyediaan EM-FPE
Kaedah dan cara-cara untuk menyediakan EM-FPE adalah seperti berikut :-
  1. Hancurkan kesemua bahan ekstrak yang ada seperti bawang putih, cili padi, daun neem dan air - kisar hingga hancur
  2. Masukkan BIM (EM) Tulen dan Molasses/Gula Merah serta baki air tadi
  3. Perapkan campuran bahan ini selama 1 minggu
  4. Kemudian tapis
  5. Botolkan
  6. Selesai

Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Cara-cara dan kaedah penggunaan EM-FPE adalah seperti berikut :-
Kadar Pencairan (bancuhan)
50-70ml EM-FPE = 18 Liter air tanpa klorin

Kekerapan semburan :
Sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.
Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu

Maklumat lanjut berkaitan BIM (EM) Tulen
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.




Kawalan dan Keberkesanan EM-FPE





Senarai Harga : Benih Terung Eggplant

Senarai Harga untuk tanaman secara komersial Benih-benih Terung (Eggplant) dari pelbagai varieti seperti terung panjang, terung mini, terung bulat dan lain-lain.

Terung Mini F1 Hybrid N303

F1 Hybrid N303 Powerful
1 paket/10g : RM27.00
Ahli TEFRA : RM25.00

Nota :
10g = min 1,000 biji
saiz = panjang 7-8 inci








Terung Mini F1 Hybrid 323

F1 Hybrid Bride 323
1 paket/10g : RM33.00
Ahli TEFRA : RM31.00

Nota :
10g = min 1,400 biji
saiz = panjang 7-8 inci








Terung Mini F1 Hybrid 313

F1 Hybrid Little Nyonya 313
1 paket/10g : RM48.00
Ahli TEFRA : RM46.00

Nota :
10g = min 1,000 biji
saiz = panjang 7-8 inci
*** TIADA STOK - DISCONTINUED ***







Terung Bulat F1 Hybrid 765

F1 Hybrid Purple Ball 765
1 paket/10g : RM35.00
Ahli TEFRA : RM33.00

Nota :
10g = min 1,000 biji





Kawalan Serangga Organik Neem Oil - Minyak Neem 4.0L

Kini produk kawalan serangga organik bukan toksid BGreen Neem Oil telah dipertingkatkan dari segi kepelbagaian saiz iaitu 100ml, 500ml, 1.0 Liter dan 4.0 Liter bagi memastikan semua peringat pengguna dapat menafaatnya untuk tujuan kawalan serangga dan perosak tanaman.

Penghalau Serangga Berasaskan Organik, Non-Toxic & Effective.



B'GREEN Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu (neem) juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'. Bahan aktif adalah azadirachtin dan berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Kawalan Penyakit Tanaman
Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite', lalat putih, lalat buah, face fly, horn fly, house fly, nyamuk, nyamuk pembawa sakit kuning, head louse, lipas, rama-rama, tobacco bud worm, locust, house cricket, bugs dan lain-lain boleh dikawal dengan menggunakan produk ini.

Kegunaan Rawatan dan Kawalan Penyakit
Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi, penyakit cacing, anti kulat, anti virus, anti barah, ubat kencing manis, anti kuman, anti kesuburan-perancang keluarga, anti serangga, ubat tahan sakit, penyakit kulit seperti campak, cacar, kayap dan gatal, ubat jerawat, menurunkan suhu badan, ubat kudis dan menambah subur immiun diri.

Untuk ayam ternakan pula, ianya juga mampu mengubati penyakit sampar ayam. Manakala asap daripada daunnya boleh membunuh nyamuk atau serangga. Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah.

Maklumat lanjut BGreen Neem Oil - Minyak Neem
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H-2013M

InsyaAllah, esok 15hb. Oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H semua umat Islam di negara kita akan merayakan Hari Raya Aidil Adha. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir dan Bathin

Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap samada dari segi tutur bicara mahupun perbuatan semasa urusan jual beli dengan pihak kami.

InsyaAllah, segala kekurangan akan segera kami perbaiki untuk memberikan mutu dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Terima Kaseh memberikan sokongan yang berterusan kepada Romatech Agro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.