
Kebun Puchong, Puchong Selangor, Selasa 20 Januari 2009, selang 3 hari selepas tuaian pertama sebanyak 29 biji cili merah, hari ini Kebun Puchong mempunyai sebanyak 20 pokok cili Kulai yang sedang rancak berbuah sedia untuk dituai buat kali keduanya.
Tuaian Cili Kali Ke-2
Jumlah : 53 biji
Berat : 582 gram
Mudah-mudahan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 2.5kg/pokok bagi 20 pokok cili Kulai ini akan dapat saya capai dengan kaedah yang saya guna pakai ini.
Bak kata beberapa usahawan cili sebelum ini, sekiranya buah cili telah mula mengeluarkan hasil, maka ianya akan berterusan dan tidak hairanlah maka ada usahawan yang melakukan tuaian sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu.




























Memandangkan Kebun Puchong ini berkapasiti 30 pokok (pada masa sekarang) maka ianya tidaklah memenatkan dan mengambil masa kurang dari 30 minit sahaja. Bagi tanaman yang berkapisiti besar, maka penyelesaiannya adalah dengan menggunakan alat penapis (Disc Filter) yang dipasangkan pada laluan keluar air baja dari tangki. Oleh yang demikian, maka kita hanya perlu mencuci disc filter tersebut sahaja dan tidak perlu lagi mencuci kesemua dripper bengkok. Namun begitu, pemantauan perlulah dilakukan juga jika terdapat masalah lain pada peralatan dripper ini.

























