
BAJA GUNUNG BERAPI atau nama saintifiknya ZEOLITE CLINOPTILOLITE adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.
ZEO G5 FERTILIZER dihasilkan melalui proses pengasingan mineral yang dilombong di kawasan pergunungan berapi Indonesia. Baja ini adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai Agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).
Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.
Kelebihan dan Kebaikan Menggunakan Baja Gunung Berapi
- Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin
- kesuburan tanah.
- Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi (147 m.e.q) membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
- Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
- Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
- Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
- Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
- Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
- Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
- Meningkatkan penyerapan air.
- Mengendalikan racun dari unsur aluminium.
Kesesuaian Baja Gunung Berapi Zeo G5 :-
- Semua jenis tanaman dan sayur-sayuran,
- Semua jenis medium, tanah mahupun sabut kelapa atau sekam padi.
- Penternakan
- Akuakultur (menaikkan nilai pH air dari masam (asid) kepada neutral (6-7pH) serta dapat menjernihkan air
Panduan Penggunaan :-
- Sayur-sayuran : 30~50gram/pokok
- Sawit : 2-5kg/pokok
- Getah : 1kg/pokok
- Padi : 70~100kg/ekar
Sila rujuk senarai harga di sini




















Lalat Buah merupakan serangga perosak yang banyak menyerang buah-buahan dan sayuran seperti mangga, jambu biji, belimbing, melon, nangka, jambu air, tomato, cili dan lain-lain lagi. Serangga ini terdapat hampir di seluruh kawasan Asia-Pasifik, dan dianggarkan menyerang lebih dari 26 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Oleh yang demikian, satu kaedah memerangi serangan lalat buah ini adalah dengan cara mengurangkan dan menghapuskan popolusi lalat buah di kawasan kebun atau tanaman. Kaedah yang terbaik dan berkesan adalah dengan menghapuskan “lalat buah jantan”. Ini akan menyebabkan tiada persenyawaan baru akan berlaku diantara lalat jantan dan lalat betina yang menghasilkan telur, seterusnya larva dan anak lalat buah.
Kaedah menghapuskan lalat buah jantan ini adalah dengan cara memasangkan perangkap yang diperbuat daripada botol air mineral, bekas plastik dan sebagainya. Cecair pemikat (lure) dititiskan pada gumpalan kapas dan diikat secara tergantung di dalam perangkap. Lalat buah jantan yang tertarik kepada aroma/bau cecair pemikat ini, akan memasuki perangkap dan gagal untuk mencari jalan keluar. Lalat buah jantan yang terperangkap di dalam perangkap ini kemudiannya akan mati dengan sendirinya atau boleh diletakkan sedikit air (yang tidak mengenai paras kapas) di dalam botol untuk mematikannya.
Dalam alam semula jadi, metil eugenol terdapat dalam berbagai-bagai jenis tumbuhan daripada beberapa famili, seperti Anacardiaceae, Araceae, Caricaceae, Labiatae, Liliaceae, dan Leguminosae.























