
Ia sama seperti kita memindahkan air dari Bekas A (kedudukan lebih tinggi) kepada Bekas B (kedudukan lebih rendah) dengan menggunakan paip getah. Pada satu hujung paip getah dimasukkan ke dalam Bekas A, kemudian kita akan menyedut air dari hujung paip getah yang lagi satu dan terus memasukkannya ke dalam bekas B. Air akan terus mengalir ke dalam Bekas B tanpa kita perlu menyedutnya secara berterusan di sebabkan oleh apa yang dinamakan proses Siphon (Syphon).
Untuk memberhentikan air daripada terus mengalir, bahagian hujung paip yang terletak di dalam Bekas A perlulah diangkatkan melebihi paras air dari Bekas A tersebut. Pada masa ini, udara akan masuk ke dalam hujung paip getah. Apabila kita memasukkan semula hujung paip getah ini ke dalam Bekas A semula, air tidak akan mengalir lagi.
Kaedah yang sama juga digunapakai di dalam Sistem Pemasangan Paip Air Baja di dalam Sistem Fertigasi, kerana ianya bukan sahaja amat efektif, malahan kosnya adalah amat rendah berbanding dengan pemasangan "Solenoid Valve" yang harganya lebih daripada RM100.00.
Tambahan pula, kaedah ini tidak memerlukan penyelenggaraan (maintenance).
Selamat mencuba....
Artikel berkaitan : Pemasangan Sistem Kebun Laman




Menyediakan Buku Log merupakan satu Amalan Pertanian yang baik kerana secara tidak langsung ianya dapat memastikan kerja-kerja yang dilakukan di kebun adalah secara terancang dan teratur disamping dapat menjimatkan masa dan kos operasi di kebun. Dengan penggunaan buku log juga, pengusaha kebun pertanian akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara yang dicatitkan di dalam buku log tersebut.
Pada kali ini kami ingin membantu pengusaha kebun pertanian samada yang berskala kecil mahupun besar bagaimana untuk menyediakan Buku Log Penyediaan Baja Fertigasi AB. Dengan adanya buku Baja AB ini, pengusaha akan dapat mengetahui perbelanjaan (kos) penggunaan baja AB untuk 1 pusingan musim tanaman fertigasi. Malahan ianya juga akan dapat memastikan kerja-kerja menyediakan baja fertigasi AB akan lebih mudah dan menjimatkan.


