Menggunakan 2 tangki simpanan 600 gelen dengan pam air berkuasa 1.5HP dan Polipaip Utama 32mm mampu membekalkan jumlah air baja yang diperlukan di dalam kebun beliau memandangkan keadaan permukaan tanah yang rata.
Info Kebun
Pengusaha : En Imran
Kebun : Kg Sri Aman, Puchong
Tanaman : F1 568, F1 223
Jumlah : 6,000 pokok
Namun begitu hampir 50% tanaman beliau menghadapi masalah seperti serangan Kutu Thrip dan Layu Bakteria. Kesannya, menurut beliau, pengeluaran hasil turut terjejas. Saya turut memberikan beberapa pandangan untuk membantu beliau mengatasi masalah tersebut seperti menyusun atur penyelenggaraan kebun dan menjadualkan semula program kawalan serangga dan kulat selain kadar pemberian nutrien dan supplement kepada tanaman.
Mudah-mudahan beliau akan terus kuat untuk mengatasi masalah tersebut.
Kebun Imran, Kg Sri Aman, Puchong







Kemudian saya memenuhi undangan kedua iaitu melawat kebun En Ridzuan yang terletak berhampiran dengan Taman Mas, Sepang-Puchong. Kapasiti tanaman beliau yang hampir mengeluarkan hasil berjumlah 750 pokok cili Kulai F1 568.
Beliau mengusahakan tanaman cili ini di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit dan saya dapati lebih daripada 99% tanaman cili beliau hidup sihat tanpa serangan penyakit. InsyaAllah beliau akan mula menuai hasilnya dalam tempoh 1 minggu yang akan datang.
Info Kebun
Pengusaha : En Ridzuan
Kebun : Taman Mas
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 750 pokok
Namun begitu, tanda-tanda kehadiran lalat buah telah mula kelihatan di kawasan kebun beliau bilamana beberapa ekor lalat buah telah berjaya diperangkap dengan menggunakan perangkap lalat buah dan Metil Eugenol. Namun begitu saya menasihatkannya agar memasang perangkap lalat buah tersebut jauh sedikit daripada kawasan kebun bagi mengelakkan lalat buah daripada menghampiri buah-buah cili yang sedang membesar.
Antara faktor yang menjadikan tanaman beliau dapat hidup sihat adalah disebabkan persekitaran yang baru, sejuk dan yang pasti penjagaan nutrien dan kawalan serangga yang baik.
Tahniah diucapkan kepada En Ridzuan. Mudah-mudahan beliau akan terus maju lagi dengan hasratnya untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman.
Kebun Ridzuan, Taman Mas, Sepang-Puchong






