Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Supplement : Penggalak Pertumbuhan CY-787

CY-787 yang telah dikenali sejak lama dahulu, kini berwajah baru dengan keseluruhan warna pada botol plastik adalah berwarna putih untuk saiz 250ml dan 1.0L Liter.

Walaubagaimanapun, pengeluar produk CY-787 iaitu Farmcochem Sdn Bhd masih mengekalkan formulasi asalnya seperti dahulu dengan 3 jenis saiz iaitu 30ml (paket), 250ml dan 1.0L.

Pengusaha tanaman seringkali menghadapi masalah bunga dan buah gugur sebelum sempat dituai. Ianya sering terjadi terutama pada musim hujan menyebabkan banyak bunga (bunga cili, timun, terung dan lain-lain) gugur sebelum menjadi putik dan seterusnya buah.

Kini masalah tersebut boleh diatasi dengan penggunaan Bahan Pelekat Bunga dan Buah CY-787. Ia juga dikenali oleh kebanyakan pengusaha tanaman sebagai Gam Gajah kerana fungsinya yang dapat mempertahankan bunga dan buah daripada gugur.

CY-787 merupakan bahan penyelarasan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan. Bahan pelekat bunga dan buah ini akan cepat diserap oleh daun dan terus mengaktifkan sel-sel dan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis dan metabolisma.

Kelebihan Pelekat Bunga dan Buah
  1. Meningkatkan peratusan percambahan selepas menanam.
  2. Mempercepatkan pembungaan dan mengurangkan pengguguran bunga dan buah.
  3. Memperbaiki kualiti dan meningkatkan hasil keluaran.
  4. Meningkatkan daya tahan penyakit dan membantu tumbuhan dalan keadaan kesukaran.
  5. Meningkatkankan kecekapan racun serangga dan racun kulat.
Kesesuaian Jenis Tanaman:-
  • Sayur-sayuran Berbuah (cili, timun, terung, tomato dan lain-lain)
  • Sayur-sayuran berdaun (kailan, sawi, dan lain-lain)
  • Kekacang
  • Padi, Koko, Kelapa Sawit dan lain-lain
Aturan Penggunaan :-
  1. Larutkan 30ml kandungan Pelekat Bunga/Buah ini kepada 18 liter air.
  2. Lakukan semburan secara rata keseluruh bahagian tanaman seperti daun, pucuk, batang dan lain-lain.
  3. Ulangi semburan pada setiap 7-10 hari untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
NOTA :-
  • Pelekat Bunga/Buah ini boleh digunakan secara bersama dengan mana-mana racun serangga dan racun kulat untuk meningkatkan lagi keberhasilan penggunaan racun tersebut.
  • Untuk lebih baik, disyorkan juga menggunakan Pelekat Racun.

Maklumat lanjut berkaitan Penggalak Pertumbuhan CY-787
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.








Comments
6 Comments

6 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum pihak Romatech Agro.

Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pihak Romatech Agro atas blog yang sangat berguna ini.

Sebagai pengenalan, saya mempunyai tanah pertanian seluas 3 ekar di Johor. Namun saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan tiada kesempatan untuk berbakti kepada tanah.

Saya sangat berminat dengan potensi Cili Kulai F1 568 Fertigasi kerana mempunyai pulangan yang baik. Jika diberi kesempatan dan modal yang cukup, saya berniat untuk mengusahakan penanaman Cili Kulai F1 568 ini.

Namun, masih terdapat keraguan dihati saya berkenaan potensi sebenar Cili Kulai F1 568 ini. Diharap agar pihak Romatec Agro sudi memberi sedikit nasihat bagi pertanyaan berikut.

1. Masih relevenkah usaha penanaman Cili Kulai F1 568 Fertigasi bagi saya (orang baru) sedangkan mungkin di luar sana sudah terdapat terlalu ramai pembekal cili ini?

2. Berapakah anggaran modal peralatan lengkap bagi 3 ekar penanaman Cili Kulai F1 568 Fertigasi ini?

3. Dimanakah pasaran boleh dilakukan?

Semoga tunjuk ajar dari pihak Romatech Agro boleh membantu saya mengubah nasib keluarga. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik pihak Romatech Agro.

Terima kasih,
Hamba Allah

Romatech Agro said...

Assalamu'alaikum pihak Romatech Agro.
REPLY : Waalaikumsalam

1. Masih relevenkah usaha penanaman Cili Kulai F1 568 Fertigasi bagi saya (orang baru) sedangkan mungkin di luar sana sudah terdapat terlalu ramai pembekal cili ini?
REPLY : Selagi ada permintaan terutamanya pengguna di Malaysia yang memerlukan Cili di dalam masakan dan makanan, selagi itu ianya sangat relevan.

Pada hakikatnya, dinegara Malaysia ini, masalah kekurangan bekalan senantiasa berlaku pada setiap tahun kerana kurangnya bilangan pengusaha tanaman cili itu sendiri.
Kebanyakan pengusaha tanaman Cili di negara kita adalah pada skala kecil iaitu kurang dari 5 ekar. Oleh yang demikian, maka agak sukar untuk memenuhi permintaan tempatan yang mengakibatkan kerajaan terpaksa mengimport cili dari negera luar.

2. Berapakah anggaran modal peralatan lengkap bagi 3 ekar penanaman Cili Kulai F1 568 Fertigasi ini?
REPLY : Anggaran kos permulaan tanaman cili secara Fertigasi Sistem Terbuka adalah RM25K seekar @5000 pokok. Oleh itu untuk 3 ekar lebih kurang RM75K

3. Dimanakah pasaran boleh dilakukan?
REPLY : Pasaran hasil cili boleh diedarkan melalui kedai runcit, pasar basah, pasar besar, supermarket (seperti Giant, TESCO dll).

Anonymous said...

Assalamu'alaikum pihak Romatech Agro.

Ribuan terima kasih atas nasihat yang diberikan. Saya amat hargainya.

Saya masih mempunyai beberapa pertanyaan jika pihak Romatech tiada keberatan memberi sedikit pencerahan. Berikut adalah soalannya:

1. Adakah 'Fertigasi Sistem Terbuka' bermaksud tiada 'Sistem Perlindungan Hujan'?

2. Adakah kos RM25K Seekar merangkumi benih cili, peralatan fertigasi lengkap (hose, paip, timer), rumah pam air, racun, penggalak pertumbuhan, baja (sepanjang 7 bulan usia pokok), pekerja dan sebagainya?

3. Adakah benar Cili Kulai F1 568 ini paling menguntungkan di pasaran berbanding cili gred lain.?

4. Adakah premis Romatech Agro di Puchong dibuka pada hari Sabtu? Saya berminat mencuba set 20 pokok RA-SM20 bernilai RM150 yang dipromosi untuk belajar menanam secara praktikal di rumah sebagai permulaan.

5. Paling penting, mohon pencerahan, di dalam kos RM25K Seekar di atas, adakah merangkumi 5000 Anak Pokok Cili yang sihat atau sekadar biji cili yang disediakan (bermaksud saya perlu lakukan semaian sendiri)?

Terima kasih,
Hamba Allah

Romatech Agro said...

Assalamu'alaikum pihak Romatech Agro.
REPLY : Waalaikumsalam

Saya masih mempunyai beberapa pertanyaan jika pihak Romatech tiada keberatan memberi sedikit pencerahan. Berikut adalah soalannya:
1. Adakah 'Fertigasi Sistem Terbuka' bermaksud tiada 'Sistem Perlindungan Hujan'?
REPLY : Ya

2. Adakah kos RM25K Seekar merangkumi benih cili, peralatan fertigasi lengkap (hose, paip, timer), rumah pam air, racun, penggalak pertumbuhan, baja (sepanjang 7 bulan usia pokok), pekerja dan sebagainya?
REPLY : Ya, semua peralatan yang diperlukan. Baja Fertigasi adalah untuk 1-2 bulan. Kos racun dan supplement bergantung kepada penggunaan.

3. Adakah benar Cili Kulai F1 568 ini paling menguntungkan di pasaran berbanding cili gred lain.?
REPLY : Cili Kulai F1 568 adalah diantara yang menjadi pilihan pengusaha pada peringkat awal tanaman dan amat digemari oleh End User

4. Adakah premis Romatech Agro di Puchong dibuka pada hari Sabtu? Saya berminat mencuba set 20 pokok RA-SM20 bernilai RM150 yang dipromosi untuk belajar menanam secara praktikal di rumah sebagai permulaan.
REPLY : Ya.

5. Paling penting, mohon pencerahan, di dalam kos RM25K Seekar di atas, adakah merangkumi 5000 Anak Pokok Cili yang sihat atau sekadar biji cili yang disediakan (bermaksud saya perlu lakukan semaian sendiri)?
REPLY : Kos anggaran RM25K adalah kos peralatan termasuk biji benih dan peralatan semaian. Semaian dan penanaman adalah kerja2 yang perlu dilakukan oleh pelanggan.

Nota : kami menasihatkan tuan, jika berkehendakkan sebutharga lengkap, sila emailkan ke romatechagro@gmail.com atau whatsapp 0192262125 dengan memberikan maklumat lengkap :-
1. Nama penuh
2. Alamat penuh
3. No. telefon
4. Alamat emel

Unknown said...

Email.fairuz6806@gmail.com
0126536307 -mohd fairuz bin abd.rahman

Unknown said...

Email.fairuz6806@gmail.com
0126536307 -mohd fairuz bin abd.rahman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.