Sabtu 8 November 2008 - Hari ini bermulalah Projek Mini Cili Fertigasi Kebun Permai antara saya dan adik-beradik di Kampong Permai, Machap Umboo, Alor Gajah Melaka.
Hari ini saya dan adik-adik Mohd Nor, Mohd Naser dan Mohd Ali memulakan langkah dengan menyediakan tapak projek dengan membersihkan dan meratakan kawasan yang bakal ditanam dengan cili fertigasi. Kami memilih kawasan di sebelah rumah ayah yang pada mulanya jangkaan saya dapat memuatkan 100 polybag.
Kemudian kami memasang Silver-Shine dan meletakkan batu-bata sebagai tapak yang hanya dapat memuatkan sebanyak 78 pokok cili. Alhamdulillah semuanya siap dan hanya menunggu Sekam Padi dan anank pokok cili yang akan ditanam nanti.
InsyaAllah, minggu depan kami akan menyediakan kemudahan sistem penyiraman iaitu polypipe, micro-tube, nipple, dripper, timer dan lain-lain lagi.