Hari Pertama Projek Mini Cili Fertigasi saya bermula dengan membeli peralatan Fertigasi seperti Dripper, Micro Tube, Nipple, Polypipe, Timer, Polybag, Coco Peat, dan lain-lain yang berjumlah RM140.00 di Kebun Cili Fertigasi yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor pada 20 Oktober 2008 yang lalu. Sebelum itu, saya telah menerima anak pokok cili kulai 1 set (lebih kurang 30~40 pokok) dari Sdr Akmal Kambing Kita.
Hari Kedua Selasa 21 Oktober 2008 diteruskan dengan menyusun atur (test dulu) sebanyak 40 batu-bata (RM10.00) bagi menempatkan 20 pokok cili fertigasi yang bakal ditanam. Balik je dari kerja, saya terus menyusun batu-bata di tempat yang telah dipilih iaitu di tepi rumah di Batu 14, Puchong, Selangor. Pada kedudukan tersebut, cili yang bakal ditanam akan mendapat pancaran matahari pagi untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 jam.
Isteri saya turut membantu untuk memberikan pandangan tentang kedudukan tapak projek mini ini iaitu bersebelahan dengan projek mini yang diusahakannya seperti cili api, labu, bendi dan sebagainya.
Penyediaan Tapak