Ahad 9 November 2008 - Hari ke 17 pulang dari kampung, saya dan isteri berpakat untuk memasang Silver-Shine memandangkan rumput di kawasan sekeliling polybag menunjukkan tanda-tanda kegemukan yang ketara sejak beberpa hari ini. Ini disebabkan, air baja yang mengalir keluar dari polybag turut di nikmati oleh rumput-rumput tersebut.
Dan lagi kehadiran semut-semut dan lalat putih yang telah mula bertapak di bawah daun. Alhamdulillah, penggunaan racun yang telah saya sembur sebleum ini menunjukkan tanda positif bilamana tiada lagi semut yang menghurungi putik cili tersebut.
Kerja-kerja memasang Silver-Shine tidaklah susah sangat. Antara peralatan yang perlu adalah :-
- Silver-Shine (sebaiknya > 0.04mm)
- Kawat (sebaiknya bersalut plastik)
- Tukul Besi
Harap-harap selepas ini, pokok cili saya akan terus membesar dan mengeluarkan putih seterusnya menghasilkan buah cili yang cantik dan sihat.