Hari Kelima Jumaat 24 Oktober 2008 - Proses memindahkan anak pokok cili Kulai ke dalam polybag berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh isteri saya sendiri dalam keadaan hujan rintik-rintik. Maka bermulalah episod baru bagi kehidupan anak pokok cili ke alam baru yang lebih selesa berbanding dengan tray semaian yang kecil lagi sempit.
Memindahkan Anak Pokok Cili Kulai
Selepas selesai memindahkan 19 anak pokok cili, dengan masa yang masih ada sementara menunggu Maghrib, kami memasang Polypipe berbentuk "U" untuk kesemua 20 petak tanaman. InsyaAllah, esok kerja-kerja pemasangan Polypipe, Micro Tube, Tangki Air Baja dan Sistem Penyiraman menggunakan Timer akan disiapkan (sepatutnya disiapkan terlebih dahulu...pasal tak sempat je)
Bekalan baja siraman telah saya perolehi daripada Sdr Akmal (Kambing Kita) sebanyak 10 liter yang telah siap dibancuh (Campuran bahan A dan B) pada hari yang sama. Maknanya, terpaksalah saya melakukan penyiraman secara manual terlebih dahulu sebelum penyiraman menggunakan sistem timer siap.