Hari Keenam Sabtu 25 Oktober 2008 - Proses terakhir adalah menyediakan Tangki Air Baja untuk penyiraman, Dripper dan Baja Air.
Seawal jam 9 pagi saya keluar mencari ke kedai Hardware berdekatan untuk membeli sebuah tangki simpanan air baja dengan kapasiti 80 gelen air (lebih kurang 300 liter) . Puas mencari keluar masuk kedai Hardware, akhirnya saya dapat membeli dengan harga yang agak berpatutan iaitu RM140. Kemudian tangki air ini perlu dicuci terlebih dahulu untuk menghilangkan kekotoran.
Selepas itu kerja menyediakan sistem penyiraman perlu dilakukan. Saya menggunakan sebuah pam air aquarium terpakai sebagai penjimatan memandangkan ini adalah Projek Mini dengan kapasiti 20 batang pokok cili. Keperluan lain adalah penyediaan bekalan kuasa elektrik untuk menghidupkan pam air tersebut.
Kemudian kerja-kerja menyediakan peralatan siraman seperti dripper, nipple, tube micro (micro tube) dan lain-lain dilakukan dengan lebih cermat bagi memastikan laluan baja air siraman kepada pokok cili tidak menghadapi masalah nanti seperti tersumbat dan sebagainya.
Seterusnya adalah menyediakan baja air dengan menggunakan bahan A dan bahan B (serbuk) dan perlu dibancuh. Memandangkan saya tiada kemudahan peralatan EC Meter, maka saya terpaksa menggunakan kaedah manual iaitu bancuhan pada nisbah 1:1 sepertimana yang sepatutnya. Bahan A dengan kelikatan 10 liter dan bahan B dengan kelikatan 10 liter juga. Setiap 100ml bahan A dan 100 ml bahan B akan dicampurkan dengan 10 liter air (air paip). Alhamdulillah, selepas puas membancuh secara manual, akhirnya 80 gelen tangki air tersebut dapat dipenuhi.
Menyediakan Baja Air Siraman
Langkah terakhir adalah membuat ujian penyiraman. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Syukur, kerana langkah pertama saya dan isteri telah berjaya termasuk menguji sistem timer (5 minit siraman dengan 5 kali sehari) yang beroperasi dengan baik. Lepas ni...nak kena study balik berkenaan dengan tapak...takut nanti rumput-rumput kat bawah tu lebih sihat daripada pokok cili...